Sunday, October 17, 2010

Aku sayang mereka

Alhamdulillah, ibu bapa ku sudah berangkat ke Mekah untuk mengerjakan haji. Semoga mereka selamat pergi dan kembali. I love both of them...

Thursday, September 30, 2010

Cerita tentang 'Dia'

DARJAH 4

Dia seorang pelajar yang sentiasa hormat dan mengingati pesanan gurunya tetapi dia seorang yang anti-sosial kerana bagi dia aktiviti sosial tidak ada faedahnya. Dia juga hanya bercakap bila perlu. Cuma, dia ada satu masalah saja yang masih membelenggu dirinya. Masalah ini hanya berlaku semasa waktu pembelajaran Bahasa Inggeris.

“ Puteri, please read paragraph two” ujar guru Bahasa Inggerisnya, Teacher Suraya. Puteri yang kedudukannya dibelakang berdiri. Di angkat bukunya. Dipandang buku itu. Semua mata tertumpu kepadanya tetapi mulutnya terkunci.

1 minit…… 2 minit…… 3 minit

‘ Puteri you can do it. Kau bukan tak tahu cakap orang putih cuma kau takut, Puteri. Kau perlu yakin pada diri kau. Takkan selama-lamanya kau perlu takut? Wake up, Puteri!’

Sudah 3 minit masa berlalu satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Puteri menarik nafasnya dalam-dalam dan dihembusnya perlahan-lahan. Diulangnya beberapa kali.

“ Puteri, what’s wrong? Please read paragraph tu” Teacher Suraya dan manusia di sekelilingnya masih menunggu ‘mutiara’ keluar dari mulutnya.

“The….the… the man was walked….bla….bla…” di bacanya sampai habis.



DARJAH 6

“ Selamat sejahtera, sila ambil perhatian. Di sini ada pertandingan syarahan peringkat sekolah yang dianjurkan oleh PIBG. Sesiapa yang ingin mengikuti syarahan inii, bolehlah mendaftarkan nama kepada saya sekarang” Farhan dari kelas sebelah memberikan pengumuman yang menarik perhatian semua pelajar.

Di suatu sudut….

“Wawa, kau ikutlah pertandingan ni. Nanti aku ajarkan kau. Pelase, Wawa” Puteri merayu kepada Wawa kerana dia dapat melihat bahawa Syazwa ada potensi untuk Berjaya.

“Eeee… tak naklah. Aku bukannya pandai syarahan” balas Syazwa. Puteri mula menggaru kepala yang tidak gatal itu.

“ Okay, kau ikut saja. Aku janji akan ajar kau. Please Wawa” Puteri tidak mengikuti syarahan ini kerana dia tahu kelemahan dirinya. Dia masih berada ditakuk lama.

Tiap-tiap waktu rehat,

“Okay, first kita kena kasi betul dulu intonasi kau. Then, baru aku ajar kau pergerakan tangan. Cuba kau baca semua dulu. Ooooya, sebelum aku terlupa kau mesti rajin praktis depan cermin” dengan penuh semangat Puteri menerangkan kepada Syazwa.

“ Kau punya intonasi oklah. Ada yang perlu diubah. Sekarang pergerakan tangan. Kat perkataan ‘hadirin dan hadirat’ tangan kau buat macam ni. Cuba kau buat” dia mengajar Syazwa tanpa rasa jemu.

“ Put, nanti kalau aku menang. Hadiah tu kita bagi dua okay?””Okay”.

TIBA HARI PERTANDINGAN

“ Put, ko tengok aku ni” Puteri tengok Syazwa buat depannya. Tapi yang tidak memuaskan Puteri ialah Syazwa selalu mengulangi perkataan yang mempunyai huruf ‘s’ kerana sebutannya berbeza dengan orang lain.

“Syaz, aku tak nak kau ulang balik-balik perkataan yang sama. Kau perlu yakin! Jangan disebabkan kau tidak dapat menyebut ‘s’ macam orang lain kau anggap diri kau cacat. Itu keistimewaan untuk kau yang Tuhan telah bagi. Ok, itu saja good luck!” aku beredar untuk melihatnya di hadapan pentas.

Keputusan ditangan para hakim…. Jeng..jeng…jeng.. inilah saat-saat yang mendebarkan jiwa setiap peserta. Tempat pertama jatuh kepada, Siti Khadijah Farahani. Tempat kedua jatuh kepada Syazwa Zurain dan tempat ketiga dimenangi oleh Amir Arsyad. Bergema tepukkan gemuruh buat semua peserta yang Berjaya.

Dia menahan air mata daripada mengalir. Dia ukir senyuman buat sahabatnya yang berjaya. Sangat-sangat tidak dia sangka Syazwa boleh memenangi pertandingan ini walaupun hanya tempat kedua. Syukur tidak terhingga kepada Tuhan.

“Put, terima kasih. Ini untuk kau” Syazwa menghulurkan sebahagian hadiahnya kepada Puteri.

“Takpalah, itu kau punya. Itu hasil daripada usaha kau. Aku ikhlas bantu kau. Aku tak harapkan apa-apa balasan dari kau. Kau simpan saja hadiah tu buat kenangan” Sebak di dada tidak dapat ditahan oleh Puteri. Empangan itu akhirnya melimpah-ruah.

Itulah kisah seorang pelajar yang tidak pernah mempunyai apa-apa jawatan kerana dia tidak mempunyai keyakinan dalam diri. Hanya ketakutan kepada manusia yang menyelubungi dirinya. Kini, pelajar itu mempunyai keyakinan serta karisma yang sungguh mengkagumkan. Jawatan sentiasa menantinya tetapi Puteri bukan manusia yang mudah lupa, bak kata Dr. M ‘melayu mudah lupa’. Keinginannya selama ini yang ingin memegang sesuatu jawatan akhirnya tercapai tetapi dia baru mengetahui bahawa mempunyai jawatan itu tidak menggembirakan. Tetapi dia tidak mampu untuk memulakan perjalanan hidupnya semula……

Mohon maaf

Assalamualaikum. Apa khabar pembaca setia? Sihat? Saya mohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini. Bukan kerana saya sibuk cuma saya tidak ada idea dan mood. Beberapa kali saya masuk ke blog ini dan serta merta fikiran kosong, idea hilang entah ke mana. Oleh, kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat semua pembaca setia.

Ceritanya begini....

Wajahnya ayu. Kecantikan wajahnya menarik perhatian jejaka. Umurnya baru setahun jagung, baru 11 tahun. Kematangan diwajahnya sangat terserlah. Dia pelajar yang pintar dalam matematik tetapi lemah dalam subjek sains. Kawad kaki menjadi pilihan aktiviti luar. Dia terpilih sehingga peringkat kebangsaan. Itulah pencapaian yang dia banggakan. Orang selalu memanggil dia Ani. Yang membuatkan orang sukaa berbicara kepadanya kerana senyumannya yang menawan.
----------------------------
Faidzal. Itulah nama yang diberi oleh orang tuanya. Hari ini, merupakan hari yang pertama dia praktikal sebagai seorang guru di sebuah sekolah yang terbaik di Sabah. Azamnya, supaya semua pelajar yang dididiknya berjaya kerana dari dulu lagi itulah cita-citanya. Dia mahu melihat pelajarnya tersenyum dan bangga dengan pencapaian diri mereka sendiri. Dengan memakai kemeja dan  tali leher dengan kemas kakinya melangkah keluar rumah menuju ke satu arah.
---------------------------
"Everybody standup. Good morning, Teacher" itulah suara padu daripada kelas 4 Kinabalu. Semua mata terarah kepada Cikgu Jusmaine, guru matapelajaran sains. Di belakangnya ada seorang lelaki berbadan gempal. Jalannya juga tidak betul.

"Okay, semua boleh duduk. Hari ini, cikgu ingin kenalkan kepada guru baru kamu. Dia merupakan pelajar Maktab Perguruan dan akan praktikal di sini selama 3 bulan. Saya mahu kamu beri kerjasama kepada cikgu kamu. Silakan" ujar Cikgu Jusmaime. Cikgu yang sangat di benci oleh Ani sebab itulah dia tak pernah lulus  subjek sains. Cikgu Jusmaime terus berlalu keluar.

"Alright. Nama cikgu F.A.I.D.Z.A.L, Faidzal. Jangan salah sebut. Cikgu akan dinilai oleh pensyarah cikgu 3 kali jadi cikgu mohon sewaktu cikgu dinilai kamu beri kerjasama. Terus terang cikgu kurang fasih berbahasa Inggeris kerana cikgu belajar sains bukan dalam aliran Inggeris. Ada apa-apa soalan?" Diterangnya latar belakang dirinya. Semua nampak tidak berminat. Kalau diberi peluang begini, macam-macam mereka tanya.] tapi semuanya bisu. Mungkin di sebabkan bentuk tubuh cikgu tu yang membuatkan tiada sesiapa yang berminat.
------------------------
Selepas 2 bulan.......

Masa Cikgu Faidzal diilai oleh pensyarahnya. Semua orang tak buat bising cuma masing-masing buat kerja sendiri. Kelas tambahan yang dibuat oleh Cikgu Faidzal pun hanya 2-4 orang yang datang. Tapi setiap kali mengajar senyuman  tak pernah lekang dari bibirnya. Semangatnya seniasa berkobar-kobar. Ani tersangat-sangatlah hairan dengan guru yang berada dihadapannya. Sukar untuk ditafsir.

Penilaian terakhir, tiada seorang pun yang memberi kerjasama termasuklah Ani sehinggakan Cikgu Faidzal tidak mampu mengawal kelas yang hinggar-binggar. Ada sedikit kecewa terpamir di wajahnya. Dia tetap meneruskan sesi P&P seperti biasa.
------------------------
Suatu hari.....

PAAAAAANNNGGGG!!!! Bergegar papan hitam di hadapan. Air mata guru itu mengalir. Apa salahnya mereka semua? Hari ini, semua malas nak masuk ke makmal sains dan sengaja mereka lambat-lambaat ke makmal. Senyuman terpamer di wajah setiap pelajar. Apabila masuk ke makmal mereka di sambut dengan dentuman yng mengejutkan jantung semua orang.

" Kenapa kamu buat cikgu macam ni? Apa salah cikgu pada kamu? Kelas tambahan yang cikgu buat. Hanya beberapa orang yang datang! Cikgu boleh kira guna satu tangan! Cikgu cuma nak lihat kamu berjaya! Cikgu tahu kamu dari kalangan orang berada. Ibu bapa kamu mampu hantar kamu pergi tuisyen. Kamu tahu apa cikgu rasa sekarang? Cikgu KECEWA! Cikgu tahukamu tidak suka pada cikgu. Cikgu sedar tubuh cikgu gemuk. Tapi cikgu cuma nak kamu hormat pada cikgu! susah sangatkah?" jam tangan dan kaca matanya telah dia tanggalkan. Perasaan kecewa terpamer. Tiada sesiapa berani memandang wajah guru itu.

Ani yang sentiasa duduk di belakang cuba menahan air mata daripada gugur. Tapi saat perkataan kecewa dilontarkan air matanya gugur serta merta tanpa henti. Rakan-rakannya juga menangis. Cikgu Faidzal sudah terduduk di kerusi makmal itu. " Kamu boleh keluar sekarang". Semua bangun dengan tangisan dan melangkah ke kelas yang berada ditingkat bawah.

Itulah kali terakhir kami melihat dia. Tiada ucapan selamat tinggal. Tiada lagi senda guraunya. Yang hanya tinggal adalah kekesalan. Semua tidak tahu adakah CIkgu Faidzal berjaya menjadi seorang guru. Tidak mereka tahu nasib Cikgu itu. Ani, sangat merasai perasaan itu. Perasaan itu tidak dimiliki oleh guru lain Cikgu Faidzal lain daripada yang lain.

Kini, Ani tercari-cari lelaki yang bernama Faidzal. Di mindanya hanya kata-kata maaf yang terukir. " Maafkan saya cikgu" itulah kata-kata yang ingin dia tuturkan di hadapan seorang guru yang bernama Faidzal! Tolong carikan Faidzal!!!!

Tuesday, August 31, 2010

sejambak mawar... 10 kuntumnya

Sejambak bunga mawar yang mempunyai 10 kuntum aku jumpai di atas katil dengan terselitnya kad yang berwarna merah hati. Aku tak pernah menerima bunga mawar yang hanya ada 10 kuntum, biasanya orang akan bagi 12 kuntum. Itu pun aku terus bagi jer kat kawan aku yang nak hias meja belajar mereka. 'Macam mana orang ni tahu aku suka bunga mawar? Mesti ada orang yang nak mainkan aku', bisik hati Lia.

"10 kuntum kesemuanya... setiap sekuntum mempunyai maksud yang tersirat tapi kuntuman terakhir melambangkan kasih dan sayang saya pada awak, Lia" itulah yang di tulis dalam surat tu.

"Dijah, sape yang bagi ni bunga?" soal Lia pada housematenya yang tengah sibuk melayan cerita Hindustan. "Manalah aku tahu. Tadi ada budak perempuan yang hantarkan bunga ni dia kata dari abang course medical tahun akhir. Dia kata lagi, ni bunga untuk kau. Aku terima jer" jawab Dijah dengan selamba. Tapi lelaki ni satu course dengan aku.

" Sape yang ajar hang terima barang dari orang yang hang tak kenal? Mungkin ada bom ker... ada racun ker. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Lain kali jangan terima. Lagipun kau tahukan aku ni di tahun akhir. Aku nak fokus pada pelajaran aku. Aku nak ayah dan umi bangga atas kejayaan aku. Aku tak nak lukakan hati keluarga aku. Cukuplah mereka menderita dengan kehilangan Abang Ijam" semua perasaanku menjadi satu. Sukar untuk digambarkan perasaanku. Aku terus melangkah ke bilikku. Aku tak nak airmata ni tumpah di hadapan sahabatku.
-----------------------------
" Ok, sekali lagi saya nak ingatkan kepada kamu semua. Besok ada pressentation dan bulan depan ada perkhemahan akhir buat semester ini bagi kamu. Perkhemahan ini akan diadakan selepas pepriksaan. Semua diwajibkan hadir" ujar Prof. Adnan kepada semua pelajar medic.

' Ya Allah... apa yang sudah aku lakukan' keluh Lia. Biasanya dia akan menyalin nota dengan lengkap tapi hari ini fikirannya melayang tentang surat dan sejambak bunga yang diterimanya seminggu yang lepas. Bunga tu pun masih dalam jagaannya. Tak seperti bunga yang aku terima dulu. Bunga ini umpama menyimpan satu rahsiah yang perlu aku ketahui.

" Lia.... Faiz" Prof memanggilku sebaik saja aku hendak melangkah keluar dari bilik kuliah. Faiz yang masih duduk di kerusi terus bangkit dan mengatur langkahnya ke arah prof" Ya prof. Ada yang boleh saya bantu" senyuman manisku ukirkan kepada Prof. Prof membalas senyumanku. " Saya nak beritahu awak berdua. Bulan depan semester akhir kamu jadi saya nak maklumkan bahawa kamu berdua merupakan 2 pelajar terbaik bagi semester ni. Jadi, ada penaja yang ingin menawarkan biasiswa belajar ke luar negara. Saya berharap kamu lakukan yang terbaik pada semester hadapan. Ingat ini peluang yang terbaik buat kamu".

------------------------------
" Lia!!!! Tunggu!!!" Rasyid berlari mengejar Lia. Lia mempercepatkan langkahnya. 'Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini' Lia berdoa dalam hatinya. Rasyid berjaya mencapai pergelangannya. Aku cuba melepaskan genggaman Rasyid.

" Apa pegang-pegang tangan orang ni. Lepaslah sakit. Nanti orang tengok" genggaman Rasyid makin erat.

" Kenapa awak lari dari saya. Kenapa awak tak berikan saya jawapan?" soal Rasyid bertubi-tubi dengan perasaan marah

" Saya kan dah jawab soalan awak tu. Saya tak terima. Saya tak boleh terima cinta awak! Berapa kali perlu saya ulang" airmata wanitaku mulai bertakung di tubir mata. Namun.... ku gagahkan diriku menempuhi segalanya. Tanpa ada rasa belas satu tamparan hinggap di pipiku. Berhamburan semua buku-buku. Cecair pekat mula mengalir. Segala drama ini hanya dilihat oleh segelintir para siswi dan siswa. Tiada siapa yang berani membantu. Siapa yang tak kenal pada samseng Kolej Amdi Raj.

" Rasyid!!! Lepaskan Lia" seorang lelaki tiba-tiba muncul menyelamatkan Lia. Dari tadi lelaki tersebut memerhatikan gerak-geri Lia dan Rasyid.

"Oooo... ni rupanya superhero awak yang baru. Wow! Hebat! Pandai awak pilih. Tapi awak perlu ingat, awak tu BEKAS saya" seperti pisau yang mencucuk jantungku saja kata-kata yang ditutur Rasyid.

" Apa masalah kau ni Rasyid. Lia takde buat salah kat kau. Kau perlu ingat dia bukan milik kau. Satu lagi yang perlu kau tahu.... Lia tu tunang aku. FAHAM!" di tenungnya mata Rasyid.

" Arggghhh... takutnya. Takpe hari ni hari kau. Nah ambillah BEKAS aku ni" Rasyid melangkah ke kereta sport. Sakitnya hatiku dengan tuduhan-tuduhan yang Rasyi lemparkan kepadaku. Semuanya tidak benar!

"Awak tak apa-apakan?" di hulurkan sehelai tisu kepadaku. Dia membantu mengutip buku-bukuku.

Dari jauh Dijah berlari ke arah kami" Lia... awak tak apa-apakan? Sorry aku tak temankan kau tadi. Aku betul-betul ada hal yang penting" tercungap-cungap Dijah menuturkan kata-kata itu.

" Nah. Buku awak. Lupakan saja tentang kata-kata saya tadi"

Aku menyambut hulurnnya. "Takpelah Dijah, salah aku. Terima kasih. Dijah mari kita balik" sempatku berpaling ke arahnya buat kali kedua.
-------------------------------
"Siswa sila ikut Prof. Adnan dan siswi sila ikut saya" ujar Dr. Hani. Kami tiba di lokasi perkhemahan dengan 3 buah bas. 2 bas untuk siswi dan 1 bas untuk siswa. Inilah petanda akhir zaman, wanita lebih banyak dari lelaki.

" Ok... pertama sekali kita akan mendirikan khemah, mencari kayu api dan mengangkut air. Ini senarai pembahagian tugas dan pembahagian kumpulan. Malam ni ada acara membuat logo kumpulan. Ingat! jangan sesekali berpecah dari kumpulan" Dr. mengagihkan senarai tersebut. Kerja aku dan Dijah cari kayu api dan yang penting aku satu kumpulan dengan Dijah.
----------------------------
" Kamu sudah biasa dengan aktiviti perkhemahan. So, dengar arahan ketua kumpulan kamu. Jangan ada yang ingkar. Sesiapa yang ingkar arahan ketua sila laporkan kepada saya" lantang Prof menerangkan perkara yang perlu dilakukan.

" Laa... satu kumpulan dengan si tudung labuh tu. Terpaksa lagi jadi ketua kumpulan. Penolong aku pulak ustazah tu. Ishk... apa aku nak buat. Hei... tudung labuh" awal-awal lagi si Faiz mengeluh

" Apa tudung-tudung labuh ni? Kenapa? Kau satu kumpulan dengan si Lia ker?" Pojie menegurku.

"Ha'ahlah... sape lagi yang ambik course medik yang pakai tudung labuh? Eh, yang kau ni. Buat apa kat sini bukankah kita kena cari kayu api. Nanti malam nak masak guna apa?"

" Aku tengah tunggu kaulah. Mengelamun apalagi jomla..." ajak Pojie.
----------------------
" Dijah... aku nak pegi tengok bunga kat sana tu"

" Yelah, tapi jangan pegi jauh sangat. Hati-hati"

" Bye.."

" Eeee... cantiknya bunga tu. Lah... tapi jauh. Takpelah, aku cuba"

Lia cuba untuk mencapai bunga yang cantik dipandangan matanya dengan menggunakan jari-jari mulus miliknya. "Ala... sikit lagi. Aku pasti boleh" semangat untuk mendapatkan bunga tu telah menusuk ke dalam diri Lia.

Tiba-tiba....

Gedebuk! Macam bunyi nangka busuk jatuh jer.

'Sape pulak yang kat sini. Setahu aku khemah siswi jauh dari sini' bisik hati Faiz. Ada sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya. Dia sebenarnya pulang awal ke khemah sebab perlu selesaikan sesuatu dengan Prof. Adnan. Dia tiada mengikuti jalan yang dilaluinya tadi.

" Aduh" seperti ada suara yang menahan sakit. Mata Faiz meliar mencari arah datangnya suara tersebut. Aik, mana pulak orangnya ni? Takkanlah hantu.

"Ya Allah, Lia!" terbeliak mata aku tatkala melihat sekujur tubuh sedang mengerang kesakitan. Bergegas aku lari ke arahnya. Aku lihat tangannya berlumuran darah.  " Lia, awak ok?". Aku teragak-agak untuk memegang tanganya. 'Ahhh.. takkanlah aku nak biarkan jer begitu. Pegang saja sikit jangan lebih-lebih' dia masih tetap menasihati dirinya walaupun dalam keadaan darurat ini.

Dipegangnya pergelangan tangan kiri Lia. Perlahan-lahan dia menjiruskan air di tempat yang luka. " Aduh!" Lia cuba menahan sakit. " Sorry, tahan sikit" Faiz meneruskan kerjanya. Dikeluarkan sehelai sapu tangannya. Lalu, membalut dengan kemas. "Dah siap pun. Awak boleh bangun?" tanya Faiz. Perlahan-lahan Lia cuba untuk berdiri tapi dia terduduk semula. Dia cuba lagi buat kali kedua, gagal.

'Aik, apa aku nak buat ni? Takkan nak angkat anak dara orang pulak. Ermmm... aku papah sajalah' perlahan-lahan dia memegang tangan kanan Lia dan meletakkannya di bahu. Dia cuba untuk membantu Lia bangun dengan langkah yang cermat kami berjalan bersama. Sekejap-sekejap Lia minta aku berhenti untuk tarik nafas. Perjalanan kami perlahan. Biasanya jalan ni mengambil masa 15 minit untuk sampai ke khemah siswi dalam jangkaan Faiz. Setelah 15 minit berlalu, aku sandarkan Lia di sebatang pokok. Kesian aku tengok dia.

' Tak boeh lambat sampai ni, hari dah nak gelap. Apa aku perlu buat?' Tanpa disangka-sangka satu idea muncul. Memang idea gila, tapi apa boleh buat dah darurat. "Lia, maaf" tanpa menunggu bicara Lia seterusnya. Faiz lantas mencampung tubuh Lia. Dia cuba mengimbangi tubuhnya agar tidak terjatuh bersama-sama Lia.

Sampai di sekitar khemah sisiwi, ramai yang melihat kami. 'Pelikkah aku?' tertanya-tanya diriku. Terus aku bawa Lia ke khemah kecemasan. Seterusnya, di uruskan oleh siswi yang bertugas. Aku perlu memberitahu kepada Dr.Hani.
----------------------------
Beberapa bulan selepas kejadian tersebut....

"Assalamuaikum, Angah" umi menuturkan kata-katanya melalui telefon  bimbit.

"Waalaikumussalam, umi. Umi sihat? Maaflah umi, lama sudah tak telefon umi. Angah sibuk sangat" suaraku sayu menuturkan kata-kata itu.

"Takpe, umi call ini pun sebab ada hal penting. Ada berita gembira buat Angah" berdebar-debar aku menunggu bicara selanjutnya daripada umi.

"Sebenarnya, minggu lepas ada seseorang yang datang merisik tapi umi kata kena tanya tuan punya badan dulu. Jadi, umi nak tanya Lia. Lia terima tak?" sengaja Puan Zakiah tidak memberitahu nama jejak itu untuk mengetahui sedalam mana keteguhan prinsip yang anaknya pegang.

"Umi, Angah tak dapat nak beri jawapannya sekarang. Boleh beri Angah masa 2 minggu untuk berikan keputusan?" sungguh aku sangat terkejut diatas berita ini.

"Pihak lelaki tak kesah, asalkan Angah beri jawapan. Angah janganlah terburu-buru. Fikir elok-elok, ini untuk masa depan Angah juga. Umi nak semua anak umi bahagia" Puan Zakiah memberikan nasihat buat anak kesayangannya.
----------------------------------
Setiap malam Lia memohon kepada Sang Pencipta. Memohon kejayaan dan kebahagiaan.

"Ya Allah, andai dia dicipta untuk satukanlah kami. Jika dia bukan milikku, aku pasarah. Ya Allah, bantulah aku dalam membuat pilihan ini. Sesungguhnya, engkaulah Maha Menegetahui segala yang baik dan buruk". 

Selesai Lia menunaikan segala hajat. Terus saja Lia membaringkan tubuhnya diatas tilam sehingga tertidur. Tiap-tiap malam aku sering didatangi oleh mimpi yang serupa.
---------------------------------
Lantas Lia mencapai telefon bimbitnya. Dia nekad untuk memberitahu keputusannya. Sudah sebulan pihak lelaki menunggu jawapannya. Lantas dia menekan punat untuk menelefon uminya.

"Assalamualaikum, umi. Umi apa khabar? Sihat?" berbasa-basi dulu

"Waalaikumussalam. Umi sihat. Angah macam mana?" umi bertanya padaku.

" Angah sihat. Sebenarnya, Angah nak beritahu yang Angah terima pinangan tu" tergagap-gagap aku menuturkan ayat itu.

"Syukur alhamdulillah. Akhirnya anak umi terima juga pinangan tu. Nak umi dan ayah bincang tarikh pertunangan dan pernikahan dengan pihak lelaki. Nanti umi bagitahu jawapannya. Lia nak umi kirimkan gambar dia?" sungguh gembira hati seorang ibu mendengar berita gembira dari anaknya.

" Takpelah, umi"
-------------------------------------
'Alhamdulillah, selesai jua imtihan ini' bicara Lia di dalam hatinya. Kakinya melangkah keluar daripada dewan peperiksaan.

Tiba-tiba bahunya berlaga dengan seseorang yang dikenalinya, Faiz! Mata kami bertembung cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku. Tidak selesa aku dalam keadaan begitu.

"Maaf" hanya kata-kata itu yang tertutur dibibir Lia. Terus kami melangkah kearah yang dituju.
-----------------------------------
Lega sungguh kepala Faiz selepas kertas terakhir tadi. Cuba dipejam matanya tapi tak berjaya. Teringat-ingat kembali kejadian tadi tengahari. Dia terlanggar gadis yang dipujanya sejak tahun semester pertama. Tapi cuba di tepis segala perasaan cinta. Sekarang dia perlu melangkah agar gadis yang dipujanya tidak dipetik orang.

" Faiz, kau nak pergi jalan-jalan? Beli buah tangan buat keluarga kau." ajak Fairuz teman serumah dan sekampusnya.

"Takpelah Fairuz, aku masih penat lagi. Besok saja aku beli. Lagipun aku balik minggu depan" sebenarnya aku ingin memikirkan tentang pertunangannya dengan gadis yang dipujanya.
------------------------------------
"Makanan masuk kotak ni. Pakaian tu akak kemas sendiri" hati Lia berbunga riang. Sungguh gembira hatinya kerana dapat pulang melihat kampung halamannya dan dia bakal menjadi tunang seseorang yang belum dikenalinya.

Selesai Lia mengemas barang-barang yang akan dibawa pulang esok, Lia membersihkan dirinya dan menunaikan solat zohor. Selesai segala urusan dia bersandar dia di atas katil sambil memngingat kembali memorinya bersama kawan-kawan.
-------------------------------------
Tok... tok..tok

Pintu diketuk oleh seseorang. " Masuklah, pintu tak berkunci" tombol pintu dipulas wajah Dijah kelihaatan riang. " Hai kak, kenapa termenung saja ni? Jom, Dijah hantar kakak ke airport" tiba-tiba air mataku mengalir dengan laju. Segala-galanya sangat berat untuk aku tinggalkan. Lantas aku peluk Dijah. Dijah mengusap belakangku untuk meredakan tangisanku.

" Kak, kenapa ni? Dahlah, jangan nangis lagi. Tak cantik dipandang orang nanti bakal tunang akak lari. Jom kita pergi airport" Dijah cuba menceriakan suasana. Aku sapu airmataku, lantas bangkit dari tilam mengekori langkah Dijah ke kereta. Aku palingkan tubuhku untuk melihat rumah yang tercinta buat kali terakhir.
-----------------------------------------
" Ibu..." Lia berlari anak-anak kearah uminya. Rindu pada uminya tidak dapat dibendung lagi lantas Lia memeluk ibunya seerat-eratnya. Dikucup tangan ibunya. Harumannya masih seperti dulu.

" Perangai kalah macam budak-budak. Macam tak pernah jumpa umi" Umi menggeleng-gelengkan kepalanya. Kenakalan anak gadisnya yang sorang ni sukar untuk di katakan. Aku mencium tangan ayah. Tangannya masih kasar dan raut wajahnya tidak ubah sedikit pun cuma bertambah kedutan.

" Jom, kita balik. Kita sembang kat rumah. Mana barang-barang Angah? Biar ayah tolong angkatkan. Lepas ni bincanglah tentang hari perkahwinan Angah. Lagi cepat lagi suka umi kamu tu" ayah tersenyum memandangku. Tak lama lagi aku akan menjadi seorang isteri. Insyallah, aku akan menjadi seorang isteri yang solehah.
-----------------------------------------
Aduh, kenapa umi pula terlebih-lebih ini. Macam umi pula nak kahwin. Aku hanya tersenyum melihat gelagat umi semasa membeli barang hantaran.

"Oi... menungkan apa tu? Ini umi tanya nak pilih baju warna apa buat suami akak. Ooppss.. silap, bakal suami" macam kera sumbang saja si  Achik.

" Dah, jangan usik kakak kamu ni. Angah, warna apa kamu nak pilih ni? Biru atau putih? Lepas ini kita pergi Butik Anggerik. Kita try busana pengantin kamu tu. Kak Sofia kata dah siap." soal ibunya.

" Umi, warna putih jer" warna itu nampak menarik pada pandanganku walaupun design baju itu nampak simple. Lagipun aku belum pernah tengok wajah lelaki tu. Aku tak tahu saiz bajunya.
-------------------------------------
Aku pasangkan busana pengantin itu ke arah tubuhku. Sungguh mempesonakan. Corak yang sangat elegan. " Umi, siapa yang buat corak baju ni? Lawa". " Adik kamu yang yang buat. Kan dia bakal menjadi pereka fesyen. Fabrik ni umi yang pilih. Baju ni Kak Sofia yang jahit" ulas umi panjang lebar.

" Macam mana dengan baju ni? Selesa? atau mahu diubah sedikit?" tanya Kak Sofia.

" Tak perlu. Memang padan dengan badan saya. Achik terima kasih".

" Lepas ni, belanja KFC!" Achik memang peminat KFC yang setia. Kalau hari-hari belanja dia KFC, belum sempat aku kahwin dah pokai.

" Umi, Angah nak pergi shopping mall kat sana. Umi berbuallah dengan Kak Sofia. Kejap lagi Angah datang".
---------------------------------
 Beberapa bulan selepas pernikahan antara

Faizal Amir dan Noorlia
Malam yang hening itu, suamiku bertanya padaku dengan suara paraunya " Ayang nak tau kenapa abang bagi ayang 10 kuntum bunga mawar?"

        "Yelah, Lia hampir lupa tentang bunga tu. First time, dapat Lia pun hairan kenapa kena bagi 10 kuntum jer. Kenapa abang bagi 10 jer?" kehairanan menerjah mindaku.

       " Sebenarnya setiap kuntum bunga itu punya nilai dan maksudnya tersendiri. Kuntuman pertama bermaksud, calon isteri abang merupakan hamba Allah yang taat" aku mendengar dengan tekun sambil merebahkan kepalaku di dadanya yang bidang sambil melihat ke arah langit. Sehinggalah kuntuman terakhir yang membuatkan aku menangis dalam kegembiraan, "kuntuman terakhir bermaksud, kasih dan sayang abang takkan pada sayang takkan pernah luntur sehingga akhir hayat abang" bulan bintang menjadi saksi pada malam yang indah ini.

THE END

Monday, August 23, 2010

I can if I want to be...

Saya boleh jika saya mahu jadi apa yang saya ingin jadi. Mungkin suatu hari nanti saya akan menjadi seorang doktor, guru, polis dan macam-macam lagi. Alangkah gembiranya hati jika usaha kita itu dihargai. Tidak dapat ditutur perasaan gembira itu dengan lidah. Hanya air mata yang menemani tatkala suka duka dalam kehidupan ini.

GURU
Aku tahu... menjadi seorang guru itu bukan perkara yang mudah tetapi aku boleh jadi seorang guru jika aku mahu dan aku mampu. Aku akan lebih gembira melihat pelajar yang aku didik itu berjaya kerana kejayaan itulah yang membuat mereka hidup bahagia. Andai suatu hari nanti, mereka terserempak denganku pasti kata-kata terima kasih ditutur beribu-ribu kali. Ilmu sudah didada dicurahkan kepada manusia yang menginginkannya pasti wang ringgit tidak dapat menggantikan harta yang bernilai itu. Apabila melihat aku terlantar di hospital pasti mereka memberiku layanan yang sangat baik kerana aku mereka berjaya. Sebenarnya, aku menginginkan semua itu hanya kegembiraan itu yang ingin aku lihat di wajah mereka.

IBU
Andai aku menjadi seorang ibu. Betapa riangnya hati ini. Mengandungkan seorang anak selama 9 bulan. Aku bawa ke sana ke mari. Beban yang sangat berat tapi aku tabah kerana aku ingin memberikan dia peluang. Peluang untuk hidup di dunia supaya menjadi seorang hamba yang taat. Melihat wajahnya yang mulus sambil menyusukannya kuusap-usap ubun-ubunnya. Allahuakhbar!!! Sungguh indah. Ku pimpim dia sehingga dia menjadi seorang pemimpin yang beribawa. HEBAT!

PEMANDU BAS
Setiap hari, aku bangun awal semata-mata ingin menghantar para pelajar. Itu rutinku setiap hari. Kadang-kadang aku rasa muak. Aku bosan tetapi aku mahu mereka menjadi seorang yang berguna untuk negara. Membangunkan Malaysia menjadi negara yang maju dalam teknologi. Makin hari, usiaku bukan muda lagi. Ingatanku semakin hari semakin tidak kuat. Aku pandu kereta mencari ketenangan. Tiba-tiba polis menyuruh ke pinggir jalan. Aku turunkan tingkap keretaku. Polis itu merenungku, dia menanggalkan topi keledarnya. "Maaf, saya tahu saya salah. Saya tidak pakai tali pinggang keledar" aku kata begitu padanya. "Uncle, ini aku bah. Dulu pernah naik bas kau" kami pun berbual-bual sehinggakan polis yang pernah mengikut bas aku tidak jadi menyaman aku kerana dia tahu tanpa aku pasti dia tidak dapat menjadi seorang polis.

Sungguh bagus dapat menabur bakti kepada manusia yang memerlukan dan pandai menghargai jasa yang dicurahkan. Ingat jasa seseorang dan jangan ingat kesalahan seseorang.

Friday, August 20, 2010

Rentetan...

Aku lihat alam disekelilingku. Aku menangis. Tiada siapa yang pedulikan  aku. Setiap detik aku berasa rindu. Rindu pada alam. Ku lihat alam. Ada hijau. Ada biru. Ada merah. Ada kuning. Macam-macam warna yang aku boleh lihat. Segala cerita dari hatiku, aku luahkan pada alam. Aku berbicara dengan alam. Deruan ombak. Kicauan burung. Angin yang bertiup. Sungguh mendamaikan. Hatiku sungguh tenang. Andai aku diberi dua pilihan, antara hidup di kota metropolitan dengan di perkampungan orang asli. Pasti aku akan pilih untuk tinggal di perkampungan orang asli kerana jiwaku disana.

Aku tak mampu hidup di kota metropolitan. Aku tahu aku boleh kaya tapi jiwa aku. Adakah jiwaku akan tenang? Setenang air di lautan? Hatiku sering bergolak seperti ombak sehinggakan aku sukar untuk menenangkan. Aduh hati. Jangan kau begini. Jangan tambahkan beban dalam hidupku. Aku tak mampu menanggu penderitaan ini. Wahai Allah yang Maha Agung, bantulah hambamu ini.

Kanan kiriku penuh dengan pendustaan. Aku tidak mahu hidup dikelilinggi orang seperti mereka. Orang yang tiada fikiran. Apa yang ingin aku jadi suatu hari nanti? Aku nak jadi manusia! Apakah sekarang ini kau bukan manusia? Seseorang itu layak digelar manusia jika dia punya perasaan kasih terhadap orang lain. Tidak kira manusia itu saudaranya atau orang yang tidak dikenalinya.

Saban hari, aku melihat dikaca TV anak-anak tidak berdosa dibuang seperti sampah. Sungguh jijik perbuatan itu. Mereka yang melakukan perbuatan ini tidak layak digelar manusia. Tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Mana hati nuranimu? Kenapa kamu sanggup melakukan perkara ini? Apa kamu tidak memikirkan masa depan bayi itu? Aku sebagai remaja sedih melihat kejadian ini. Semakin menjadi-jadi.

Setiap masa, aku bayangkan. Aku menjadi seorang ibu. Sungguh aku takkan sanggup melakukan perkara seperti itu. 9 bulan bayi itu berada dalam tubuhku. Susah payah aku membawa kesana kemari. Apatah lagi, jika aku dapat menyusukannya. Ah... alangkah bahagianya. Aku didik dia dengan jari jemariku. Sungguh indahnya.

Anak yang dibuang seperti sampah ini. Sama sekali tidak pernah berdosa! Mereka hanya ingin peluang. Peluang untuk menghirup udara di bumi ini. Tapi kamu telah... Aku tak tahu ingin katakan apa lagi. Hanya kerana nafsu! Nafsu serakahmu! Suatu hari nanti, pasti bayi-bayi ini bertanya pada diri mereka. Siapa ibuku? Siapa ayahku? Kenapa aku dicampak? Kenapa ibu dan ayah tak sayang padaku? Apakah dia dapat menjawab persoalan yang diciptanya? Tidak. Malah kamu sepatutnya berasa bersalah kerana meninggalkan mereka!

Aduh... parah sudah hatiku ini. Aku tidak dapat menahan tangisan ini. Aku benci padamu. Alam ini jua benci padamu. Apatah lagi Allah. Bertaubatlah. Jangan sia-siakan hidup ini. Tinggalkan perkara yang merosakkan akhlakmu. Sesungguhnya, pintu taubat masih luas untukmu.

Saturday, August 14, 2010

Hadapilah

Setiap kali kita menangis pasti kita menginginkan seseorang mendengar luahan hati kita tapi kawan tidak selalu berada bersama kita walaupun 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun mereka tak mampu sentiasa mendengar luahan kita. Tertekan macam mana pun kita terpaksa pujuk diri kita.

Mungkin dengan cara menangis kita dapat mengurangkan rasa tertekan. Maka menagislah sepuasnya! tapi jangan menangis seperti orang jahil. Menangislah sambil muhasabah diri. Kenapa Tuhan berikan kita ujian ni? Ujian sekecil zahrah pun susah untuk kita tempuhi apatah lagi yang besar. Betapa kerdilnya diri  kita dihadapan Tuhan. Tundukkanlah egomu.

Setiap masalah pasti ada penyelesaianya. Jangan hanya kita tahu menangis meratapi segala masalah tapi kita perlu menyelesaikan dengan cara sendiri. Pujuk diri untuk tidak kelihatan lemah dihadapan orang  tersayang. Sakit macam mana pun hati kita. kita perlu sentiasa tenangkan hati ini. Jangan semai sifat pendendam dalam nurani kita. Sekali kita semai, sukar untuk di ubati. Biar hati ini tenang menghadapi ujian dan masalah  yang tertimpa biarlah kita anggap sebagai cabaran di dalam hidup. Jangan putus asa.

Satu perkara yang perlu kita tahu ialah kita perlu menghadapi masalah. Jangan sesekali lari dari masalah. Mungkin selepas kita hadapi masalah ada hikmahnya. Allah takkan cipta sesuatu yang sia-sia. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjuk/ berikan sesuatu yang bermakna. Bangkitlah dari tidurmu. Jangan hidup di alam fantasi ciptaanmu..

Sunday, August 1, 2010

Aku gila..maybe

entah apa yang aku nak coretkan. fikiran aku naik biol. aku dah tak tahu macam mana nak kasi happy hatgi aku ni. aku hanya tahu menulis dan menulis tapi aku nak teriak sekuat hati aku untuk legakan sebak di dada. Ah! tolong aku. aku benci. bosan. aku tak tahu nak buat apa.aku rasa fikiran aku ada something wrong. aku tak tahu. aku tak faham diri aku. aku rasa jauh dari diri aku. Halo! daryani wake up! Don't be lazy! you must think about your future. kalau ko terus begini ko akan ketinggalan. ayuh darayani. mana semangatmu??!! bagaimana kau mahu berjaya kalau kau sendiri sentiasa layu. ko tak bosan hidup macam ni. ko mau apa sebenarnya? aku tak tau... aku tak tau apa tujuab aku hidupp. aku tak tahu. bberhentilah ko bercakap. aku tak nak dengar lagi. aku nak lari. lari jauh dari tempat ni. hei! ko nak lari ke mana? ko fikir ko sudah hebat? cukuplah darayani. jangan ko hidup dalam fantasi. buka mata ko. lihat dunia ni. dunia ni perlukan ko. ko  mesti bergerak walau seinci biarpun ianya berat. Diam! ko siapa nak mengajar aku. ko fikir ko siapa???!!!!! aku tau apa yang aku perlu buat. aku.... aku... aku... aku benci melihat semua ini! aku tak suka. all of them  are selfish. I hate them!. Woi! ko marah sama siapa? suka hati ko jak nak marah sesiapa jak. ko ni kenapa apa masalah ko. ko ada problemkah? aku...aku.. tak tau pada siapa aku marah. aku tak tau aku ada problem. cuma hati aku sentiasa tak keruan. jantung aku berdetak sangat lain. aku tak tau! ko jangan tanya aku! aku tak tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!STOP!

Aku tidak mengerti!

Aku sudah tidak faham pada diri aku lagi. Aku tak tahu siapa sebenarnya aku. Aku bingung. Aku keliru. Aku tidak tahu macam mana mahu mengungkapkan kata-kata. Kenapa dengan diri ini. Akhir-akhir ini sering bermuram, malas belajar dan selalu berfikir benda yang pelik-pelik.

Tolonglah. Bantulah aku untuk memahami diriku.

Saturday, July 31, 2010

Oooo... Fotografi

Lepas balik dari sekolah, tangan ini mendesak aku untuk menaip. pergerakan jariku sama degupan jantungku. Fikiran aku kini, keliru, bingung.. macam-macam yang aku fikirkan. Aku tak tahu mahu tulis macam mana tapi aku perlu tulis juga.

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada kak nina. Terima kasih sebab calonkan aku jadi naib bendahari dan aku nak ucapkan banyak-banyak kemaafan kepada teacher christina. Aku tak boleh teima jawatan itu lagi. Aku tahu jawatan itu sangat-sangat bermakna tapi terpaksa tolak juga.

Persoalannya kenapa? kenapa aku tolak jawatan itu? Maybe, waktu teacher christina tanya aku tak boleh jawab. Aku sebenarnya, takut. Aku takut diri aku ni sombong sebab aku berpegang pada satu kata-kata ' kalau pegang jawatan biarlah seperti pokok kelapa, jangan seperti pokok pisang'. Bukan kerana PMR aku tolak. Aku tahu banyak pengalaman yang aku dapat. Aku tahu manusia ini memang banyak ragam. Teacher christina memang baik. Maybe teacher juga terkejut. Sorry teacher..

Photograhy is the best club!!!

Aku tulis ini supaya perasaan tertanya-tanya teacher christina itu terjawab dan supaya kak nina tak terlampau kecewa di atas penolakan ini. Saya harap semuanya faham dan tidak memaksa saya lagi.

p/s: teacher thanks for the comment in the note book.

Monday, July 26, 2010

Jangan Pandang Sebelah Mata!

Aku marah sangat kepada manusia yang memandang orang lain dengan pandangan jijik. Apakah menjadi tukang sapu, tukang kebun dan tukang kutip besi buruk itu pekerjaan yang jijik? Bagi aku tidak! Kerana tanpa mereka alam ini mungkin dipenuhi sampah, mungkin juga bunga-bunga layu dan mungkin juga manusia tidak akan menjadi manusia penyanyang. Apakah kamu mahu semua perkara itu berlaku?

Pengetua, Guru Disiplin dan Guru Kaunseling sama saja. Aku tak suka orang pandang rendah pada mereka. Memang gaji mereka sedikit tapi mereka punya hak untuk dihormati. Mereka itu manusia yang punya perasaan. Bencinya aku! Nama saja guru tapi fikir guna kaki.

Sepatutnya kami sebagai remaja tidak dipanggil sebagai budak-budak. Oleh sebab, kami digelar budak-budak makaa cara kami berfikir akan sama seperti budak-budak kerana kamu tidak mahu kami menjadi seperti orang dewasa! Bantu kami untuk berubah!

Impianku

Dalam hidup ini, semua manusia punya impian. Persoalannya, adakah kita mampu mencapainya? Setakat hari ini, aku cuma ada dua impian yang teringin aku capai walau bagaimanapun caranya asalkan halal. Aku tak nak impian aku ini hanya sekadar mimpi aku nak ianya jadi sebuah kenyataan yang sukar untuk digambarkan.

Impian pertama aku adalah untuk mendirikan sebuah sekolah agama dekat pantai. Aku tak nak keindahan yang Allah berikan itu hanya sekadar hiasan. Kita perlu hayati dan jaga. Aku nak anak murid aku sayang pada alam yang sangat indah dan sukar dicari ganti. Sekolah kecil pun tak kesah asalkan aku berjaya mendirika sebuah sekolah agama. Itu yang sebenarnya aku inginkan dari dulu lagi. Biar manusia tidak jahil tentang agamanya. Aku tak nak generasi akan datang hanya sekadar menjadi seorang manusia yang kaya dari segi harta tapi miskin dari segi ilmu. Aku sayang semua manusia. Kalau aku mampu aku nak ubah cara pemikiran manusia zaman sekarang.

Impian kedua aku hanya sekadar mahu tinggal bersama-sama orang asli. Kalau tak dapat tinggal pun aku nak ambil gambar sekitar kampung orang asli. Pasti cantik tempat tinggal mereka. Aku suka tengok hutan penuh dengan kehijauan. Warna kesukaan Rasulullah. Kalau aku boleh aku nak hidup aku ini di penuhi dengan kehijauan. Aku nak hidup dengan sebuah kegembiraan kerana aku dah bosan hidup di penuhi dengan airmata. Aku tak tahan hidup bersama airmata bukan untuk lari dari masalah cuma mencari sesuaru yang aku belum jumpai.

Hanya itulah impian aku. Aku pasti kamu mempunyai impian marilah kita berkongsi bersama-sama. Mungkin kita boleh bersama-sama menggapai bintang di langit!

Wednesday, July 21, 2010

Kenapa anda perlu takut?

"Kamu tak perlu takut sebab suatu hari nanti anda akan berhadapan dengan masyarakat"

Itulah pesanan seorang ustazah kepadaku kerana aku dulu meruakan seorang pelajar yang tidak berani berkata-kata dikhalayak ramai kerana aku seorang pelajar yang penakut. Aku perlu takut pada siapa? Aku sebenarnya takut pada diri aku sendiri. Aku cuba lawan perasaan takut itu tapi tak berjaya sehinggalah aku bertanya kepada diriku "Oii, kau itu tak perlu takut. Kau sebenarnya ada potensi untuk berjaya. Sampai bila kau nak berada ditakuk lama. Sampai bila???"

Aku sedih sebab aku tak berjaya lawan perasaan ini sehingga aku terpaksa mendesak diri aku untuk berkata-kata. Kerana kata-kata diataslah aku boleh berbicara dihadapan khalayak ramai. Kecuali di hadapan pentas, darah gemuruh aku masih ada.

Cara aku mengatasi masalah ini tidaklah terlampau mudah tetapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk berubah. Antara cara-caranya:

Aku punya teman yang sangat pandai berpidato sehinggakan akulah menjadi tukang kritik ketika dia berlatih di sekolah. Aku lihat dia berkata-kata dengan sangat yakin dan tutur bicaranya sangat jelas. Aku tanya apa rahsianya? Dia setiap hari berlatih dihadapan cermin. Berbicara dihadapan cermin. Aku cuba praktikkanya di rumah. Ianya sangat berhasil. Sehinggakan aku mengajar rakan ku berpidato dia berlawan hanya diperingkat sekolah. Hanya mendapat tempat kedua. Aku sangat gembira. Dari dia seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri sehinggalah menjadi seorang yang yakin dalam membuat sesuatu.

Jadi jangan takut berbicara. Aku berpesan kepada semua orang. Terutamanya, seorang wanita yang mengeletar kakinya ketika berbicara.

Sunday, July 18, 2010

Aku Bertuah

Aku bertuah hidup di dunia ini kerana aku dapat merasakan kegembiraan, kesedihan, penderitaan dan sebagainya. Ianya umpama roda. Kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Kata ini datang daripada sahabatku Ina.

Andai masalah menimpa diriku. Aku tidak akan sesekali mengangap ianya sebuah penderitaan tetapi aku akan mengangap ianya sebuah ujian. Ujian yang perlu aku tempuhi kerana setiap ujian yang aku tempuhi pasti ada kegembiraan yang menjelma.

Syukur alhamdulillah, aku sungguh gembira diatas kejayaan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk hanya sekadar mahu berkongsi kegembiraan. Aku sebenarnya mengharapkan Kak Nina yang mendapat hadiah ini kerana usaha dia yang aku lihat itu membuatkan aku tertarik. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Teacher Christina dan kawan-kawanku terutamanya Kak Nina.

Tidak ada apa-apa rahsia ketika aku menjalankan tugas hanya sebuah kata-kata yang aku pegang ' You not need to work hard but you need to be the best' sebuah kata-kata dari seorang jejaka yang aku sayangi. Tatkala membuka hadiah yang diberi hatiku berbicara, ' Teacher suruh aku belajar memasak ker?'. Apa bila buka sampai habis, rupa-rupanya Teacher suruh aku belajar menabung. Lucu jugak hadiah tu.

Aku sangat berterima kasih kepada Teacher Christina kerana setiap hari dia mengajar aku sesuatu perkara yang baru. Dia bukan hanya mengajar aku matapelajaran sains tetapi lebih daripada itu. Sayang Teacher Christina.

p/s: Jangan hairan kalau ada party aku macam kurang bergaul sebabnya aku teringat seseorang. Nanti aku upload gambar hadiah tu.

Hidup kita berbeza


 Setiap manusia itu mempunyai kehidupan yang berbeza. Manusia di sekeliling kita ini sebenarnya mempunyai berlainan sifat ataupun tabiat. Sebenarnya, orang di sekeliling kita juga memainkan peranan dalam membentuk diri kita. Kalau orang  di sekeliling kita jahat meka jahatlah kita dan sebaliknya tetapi orang yang tidak terpengaruh terhadap manusia di sekelilingnya merupakan manusia yang berpegang teguh pada prinsipnya.

Dia tak boleh kawan dengan aku sebab dia jahat. Budak-budak jahat pun boleh kawan dengan diri kita asalkan kita tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Ketika berkawan dengan mereka mungkin kita boleh mengubah perangai dia. Seperti sebuah kata-kata mutiara ini 'kita di tempatkan disini, mungkin untuk berubah ataupun mengubah keadaan di sini'. Kebiasaanya perangai kita dipengaruhi oleh keadaan disekeliling. Oleh sebab itu, para ibubapa perlu mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka.

Monday, June 28, 2010

Mereka BUKAN Jahat!!

Hari ini, aku nak kongsi dengan kamu semua tentang remaja. Ada sesetengah remaja dilabelkan sebagai budak jahat.  Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah, adakah mereka ini benar-benar jahat atau hanya nakal? Jahat dan nakal merupakan perkataan yang berbeza dan mempunyai maksud yang berbeza.

"Kau dari dulu sampai sekarang memang jahat. Tak boleh ubahkah perangai kau tu?" kata seorang wanita. Bagi saya remaja yang suka keluar malam, suka pergi kelab malam, dan sebagainya bukannya remaja yang jahat dan tidak ada maruah. Mereka hanya keliru! Keliru dalam memilih jalan yang benar. Seperti yang saya pernah saya kata sebelum ini,  manusia ini diberi pilihan memilih antara dua. Kalau salah memilih anda masih mempunyai peluang kerana di hujung perjalanan seseorang pasti adanya cahaya. Jangan sia-siakan peluang anda!

Remaja ini silap memilih kerana tiada sesiapa yang sudi membimbing. Kita ambil contoh yang mudah. Hisap rokok itu salah dan pelajar yang menghisap rokok itu jahat.


Kebiasaanya pelajar yang menghisap rokok ini mempunyai masalah ataupun tertekan. Bagi mereka hisap rokok ini dapat mengurangkan tekanan, ya memang betul. Rokok juga merupakan senaman tetapi merbahaya!

Kita tidak dapat paksa untuk seseorang berubah tetapi kita boleh ajak mereka untuk berubah. Kalau kita ajak pasti akan timbul keinginan untuk berubah. Jika seseorang sudah ada keinginan untuk berubah maka proses untuk berubah itu lebih senang. Banyak cara kita boleh buat orang berubah. Cuma ada satu cara yang aku suka guna. Dengan cara mendekati, mendengar rintihan mereka dan menyuruh mereka mengeluarkan perasaan benci dalam hati mereka. Cara ini sangat berkesan.

Aku bukan budak yang baik. Aku hanya yang sedang-sedang sahaja. Bohonglah kalau aku cakap aku tak pernah merokok. Merokok tu memang pernah tapi tiada kegembiraan yang aku dapat. Kebiasaannya, rokok LA merupakan rokok yang terlaris dikalangan pelajar kerana harganya yang murah yang merupakan rokok seludup. Walaupun kerajaan mengharamkan penjualan rokok 14 batang gejala rokok tidak akan di dapat dibendung di kalangan pelajar. Rokok yang paling sedap rokok Dunhill memang sedap! Cuma mahallah dari rokok LA.

Thursday, June 17, 2010

Kehidupan Sebuah Realiti

Hidup dalam fantasi. Hidup dalam angan-angan. Hidup dalam penipuan. Semua itu bukanlah sebuah kehidupan yang aku inginkan. Sebuah kehidupan bukan seperti cerita dalam sebuah novel tetapi kehidupan ini merupakan satu perjalanan. Kadang-kadang kita hidup dalam khayalan, angan-angan, fantasi dan penipuan! Jangan biarkan usia kita di sia-siakan.

Kehidupan merupakan sebuah realiti. Kehidupan ini merupakan satu perjalanan, perjalanan menuju ke sesuatu tempat  yang merupakan sebuah kebahagiaan tetapi dalam perjalanan itu pasti adanya rintangan dan halangan. Kita tidak boleh lari dari semua rintangan itu. Kita kena tempuhinya dengan menggunakan apa jua cara. Setiap manusia menginginkan sebuah kebahagiaan tetapi hanya kegelapan yang menghampirinya tapi anda perlu ingat bahawa kebahagiaan PASTI menjelma.

Jangan kita hidup dalam sebuah penipuan dan jangan kita memasang angan-angan yang takkan mampu kita kecapi. Tiada keseronokan yang akan kita dapat jika hidup dalam sebuah penipuan. Contoh hidup dalam sebuah penipuan;-
"Aku tak pernah sayang pada dia apatah lagi jatuh cinta dengan dia. Aku tak cinta pada dia! Aku tak cinta pada dia! Tapi kenapa airmataku menitis tatkala melihat dia berpelukan dengan teman karibku. Aku benci pada dia!" berbicara seorang wanita kepada dirinya sendiri. Wanita yang pernah dilukai seorang lelaki.

Dialog diatas menunjukkan bahawa dia menipu pada dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan hidup dalam sebuah penipuan! Wanita itu sebenarnya cinta pada lelaki itu tetapi dia menafikan kerana hatinya sudah hancur. Wanita itu telah tertipu dengan cinta seorang lelaki. Secara ringkasnya, ' bibirku mengatakan aku bencin pada dia tapi hatiku berkata aku sayang, cinta dan rindu padanya' itulah sebenarnya maksud yang aku ingin sampaikan.

Manusia ini suka memasang angan-angan, " Aku nak kahwin Tan Sri", " Aku nak tinggal di istana". Andai itu yang selalu kamu tuturkan aku ingin bertanya padamu, dapatkah engkau berkahwin Tan Sri? Layakkah kau tinggal di istana? Jika jawapan bagi soalanku ialah tidak, maka hapuskanlah segala angan-angan.

Di dalam ini, banyak yang perlu kau tempuhi. Jangan sesekali berputus asa. Cabar dirimu! Jangan menjadi seorang manusia yang lemah dari segala segi kerana aku yakin bahawa setiap manusia ini mampu untuk hidup di alam realiti.

Wednesday, June 16, 2010

1 Malaysia


RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

" 1 Malaysia" merupakan satu slogan untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum tetapi ada juga yang tidak suka pada slogan ini. Ada sesetengah manusia suka memandang ke arah negatif. Contohnya,  Apalah slogan ini pun nak tiru dari negara Israel dan negara Indonesia, 1 Malay ( Inggeris) Sia ( Saya) bermaksud 1 Melayu iaitu saya dan banyak lagi kritikan tentang slogan ! Malaysia.

Di sini saya ingin mengajak seluruh warga Malaysia berfikir kearah positif. 1 Malaysia, bukan hanya slogan biasa tetapi satu mesej yang sangat bermakna untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan untuk menghapuskan sifat perkauman. Saya ingin melontarkan satu persoalan, "Mahukan anda sejarah 13 Mei berulang lagi?". Sebagai manusia, aku tidak ingin sejarah 13 Mei berulang lagi. Hentikanlah sifat perkauman.

Kadang-kadang aku hairan. Kenapa anak-anak kecil sudah ditanam sifat membenci sesebuah kaum?. Mereka itu belum boleh berfikir secara rasional. Anda sebagai ibubapa yang membentuk peribadi anak-anak anda. Anak-anak inilah yang akan memimpin negara. Mahukah anda mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai sifat benci sesuatu kaum?. Cina, Melayu, India dan sebagainya adalah rakyat Malaysia.

Kadang-kadang di sekolah, di pejabat, di pasar dan terutamanya di kedai kopi. Rakyat Malaysia bercerita tentang slogan ini, '1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' slogan yang diilhamkan dari Perdana Menteri kita untuk membawa kearah kebaikan. Aku ingin mengucapkan taniah buat Perdana Menteri kita diatas segala pembaharuan yang telah beliau lakukan demi rakyat Malaysia. Beliaulah Bapa 1 Malaysia!

Hentikan sifat perkauman ini! Jangan turunkan sifat benci sesuatu kaum kepada anak-anakmu! Jangan sehingga sejarah 13 Mei berulang lagi baru anda ingin menyesal!

Ubah


Diubah, mengubah, berubah dan terubah perkataan ini berlainan maksud tetapi datangnya daripada satu perkataan iaitu 'ubah'. Di sini saya ingin berkongsi satu kata-kata:-

 " Aku ingin mengubah diri ini menjadi lebih baik daripada hari ini, tapi aku takkan dapat diubah jika diri ini tiada keingin berubah tetapi aku takkan terubah dengan tersendirinya"


Kenyataan di atas bermaksud kita boleh mengubah diri kita jika ada keinginan tapi kita perlu ingat bahawa kita takkan berubah jika tiada usaha. Setiap manusia itu mempunyai keinginan untuk berubah tapi tak semua manusia berjaya berubah kearah kebaikan. Kita mempunyai akal jadi kita kita perlu guna dengan sebaiknya. Saya kategorikan perubahan ini kepada dua iaitu berubah kearah kebaikan dan berubah kearah keburukan. Manusia ini mudah berubah kearah keburukan tetapi sangat susah berubah kearah kebaikan. Kenapa ini berlaku? Ini berlaku disebabkan manusia itu telah dikawal oleh nafsu bukannya akal yang mengawal dirinya. Contohnya, kita bernafsu untuk makan tetapi apabila sudah kenyang kita masih makan sedangkan akal mengatakan tidak baik untuk kesihatan jika makan berlebihan bermaksud diri ini sudah dikalau oleh nafsu bukannya akal yang mengawal kita.

Berbalik kepada tajuk diatas, jadi akal perlu mengawal kita. Berubah kearah kebaikan sangat senang cuma pada pandangan manusia ianya sangat susah. Jika sudah dipandang susah maka susahlah ia. Dalam perjalanan mengubah diri kearah kebaikan kita memerlukan keinginan untuk berubah dan usaha yang gigih. Ada seorang manusia, dia punya keinginan untuk berkahwin tetapi dia tidak  berusaha untuk mencari teman hidupnya sehinggalah dia menjadi seorang andartu. Kita jangan jadi seperti dia kerana dia telah mensia-siakan peluang hidup yang tuhan telah berikan. 

Tanamkan dalam diri niat untuk berubah. Teruskanlah berubah. Ada satu ungkapan yang selalu mencabar diriku untuk berubah " Jangan kau berubah semata-mata kerana seorang manusia yang akan pergi meninggalkan dikau tapi berubahlah kerana ALLAH". Ungkapan yang penuh makna buat diri ini. Jangan tunggu sesuatu berlaku dalam hidup anda barulah anda hendak berubah. Jadikanlah diri anda lebih hebat daripada hari ini! Anda perlu tahu bahawa diri anda ini sememangnya hebat!

Andai anda sayang pada diri anda, BERUBAHLAH! 

Wednesday, June 9, 2010

Jangan kata dia pelik!

Alhamdulillah. Aku sudah sampai di rumah dengan selamatnya. Hari Ahad aku sudah sampai di rumah. Keesokkan harinya aku ikut bapa aku pergi Kudat 2 malam. Tiada apa-apa sangat yang aku nak cerita.

Berbalik pada tajuk yang diatas. Kadang-kadang ada orang suka kata " Kau peliklah...". Persoalannya sekarang, kenapa kita kata dia pelik? Kalau diri anda mengatakan si Dia itu pelik, anda mesti tahu bahawa pada pandangan si Dia anda ini pelik. Kesimpulannya, anda dan si Dia adalah pelik!

Setiap manusia mempunyai sikap, tabiat dan perilaku yang berbeza yang membuatkan kita ini pelik di pandangan manusia.Ada juga beberapa faktor yang membuatkan diri kita ini pelik pada pandangan seseorang individu iaitu agama, adat, amalan seharian dan lain-lain. Contohnya, " Ayah, kenapa hari-hari kita makan nasi tapi adik makan bubur?" tanya Amir. Ayat ini menunjukkan bahawa makan bubur itu pelik pada pandangan Amir.

Sebenarnya, kita ini sama-sama pelik!



Pelikkah Jellyfish ini?

Monday, May 10, 2010

BUAT IBU YANG TERCINTA



Dikaulah ibu yang ku sayangi,
Ibu yang sanggup bertarung nyawa,
Ibu yang sanggup berkorban,
Ibu yang mendidik anaknya,
Ibu yang penyanyang,
Ibu aku sayang padamu!

Masa nan berlalu,
Meninggalkan segala kenangan,
Anakmu kini telah berjaya,
Berjaya ke menara gading,
Di atas segala usahamu.

Wahai ibuku,
Aku takkan pernah lupa padamu,
Pada jasamu,
Belaian manjamu,
Kerana dirimu membuatkan aku berada disini,
Membalas segala pengorbananmu,
Untukku berikan sebuah kebahagiaan.
SELAMAT HARI IBU...

KARYA DARAYANI JOHARI

Wednesday, May 5, 2010

THINK!!!

Setiap detik membuatkan aku alpa. Aku rasa seperti kekurangan sesuatu. Ada yang tidak kena dengan diriku. Kadang-kadang membuatkan aku tidak senang duduk. Kenapa? Aku berfikir dan terus berfikir tapi aku tidak ketemu jawapannya. Jangan membuatkan aku tertunggu-tunggu. Aku tak suka tertunggu.

Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Dimana?
Inilah kata-kata yang selalu aku lemparkan kepada diriku sehingga membuatkan aku buntu. Selagi aku boleh berfikir aku mesti berfikir, itu prinsip aku. Mungkin aku suka berfikir disebabkan oleh satu buku yang bertajuk "Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti". Dalam buku itu, aku tertarik dengan cara ahli falsafah berfikir. Kadang-kadang susah untuk aku fahami.

Kenapa Mahsuri dan Jumrah macam marah pada aku? Apa salah aku? Kalau Jumrah mungkin aku tahu kenapa dia marah aku tapi Mahsuri macam tak masuk akal pula dia marah aku. Aku taklah suka sangat fikir tentang perkara ni tapi aku nak fikir juga sebab aku rasa diri ini yang bersalah. Nanti aku cuba selesaikan sendiri.

p/s: abang aku dapat masuk pergi UITM. Syukur dia tak lagi menyemak dalam rumah ni.

Tuesday, May 4, 2010

Buat sahabatku, Siti Khadijah Farahani Sabdin

Sudah lama aku simpan puisi ini. Baru hari aku mahu meletakkannya di dalam blog aku. Aku memang buat khas untuk sahabatku, Siti Khadijah Farahani yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Toh Puan. Semoga dirimu berjaya dalam PMR tahun ini.

SAHABATKU

Ku renung matamu
Ku baca apa yang tersirat di hatimu
Sudah lama ku kenal pada dirimu
Engkaulah sahabatku

Sahabat yang teguh pendirian
Bersamalah kita berjuang
Menegakkan kalimah ALLAH dimuka bumi
Kalimah yang menjadi pedoman setiap umat Islam

Duhai sahabatku
Teruskanlah berjuang
Jangan sesekali semangatmu patah
Sekali patah hancur lebur
Segala impianmu...
KARYA DARAYANI JOHARI
JANGAN COPY SESUKA HATI!

Sunday, May 2, 2010

Entah apa-apa...


Aku sedar siapa diriku. Hanya insan biasa yang hidup serba kekurangan. Hati yang kosong, tiada siapa yang sudi mengisinya. Kenapa ini berlaku? Hidup hanya diselubungi kegelapan. Hidup hanya bertemankan air mata.
Tiada siapa yang kenal pada diriku. Mereka hanya melihat diriku sebagai seorang pelajar yang hanya tahu menyanyi. Jika mereka tahu siapa diriku ketika aku di sekolah rendah pasti tiada siapa yang sudi berteman denganku.
Aku bukanlah seorang pelajar yang pintar. Aku pelajar yang suka hidup bersendirian kerana mengangap kawan itu tidak bermakna. Seorang pelajar yang pernah dihumban selipar tandas oleh pengawas. Aku tidak pernah rasa dihormati ketika itu. Aku hanyalah seorang yang hina dipandangan mereka. Aku tahu mereka kaya tapi jangan hanya kekayaan harta emak bapa kamu sombong.

HIDUP

Ya Allah
Aku sering alpa
Diriku hanyut dalam medan masa
Merentas segala onak duri

Aku keseorang
Aku gagal mencari sang mentari
Mentari yang tak kunjung tiba
Aku bosan untuk terus menunggu

Aku terus melangkah
Tanpa arah tuju
Tiada siapa yang sudi memimpin
Aku terus alpa
Alpa pada yang Esa!

Seketika
Aku menangis
Meratapi nasibku
Hidup yang serba kekurangan

Ya Allah
Engkaulah yang biasa merawatku
Engkaulah yang kusanjung dimuka bumi
Engkaulah yang memberikan daku nikmat
Sungguh, aku reda dengan segala takdir
Yang Engkau tentukan!

Karya Darayani Johari.
Jangan copy sesuka hati!
Mintak kebenaran daripada saya!

Thursday, April 22, 2010

Budak baru yang tak berapa nak baru...

cerita yang tengah hangat dipasaran... ttg si hazirah @ timor. dia masuk kelas 2S! aku terkejut jugaklah tapi fenomena pelajar yang kurang pintar masuk kelas pintar ni.. aku tak heran. pelajar-pelajar 2S yang risau yang si hazirah akan buat bising.. kamu jangan risaulah. biasanya orang macam hazirah ni, dia akan diam. lagipun dia tiada kawan rapat untuk dibawa bercerita. hasil daripada pindah kelas ni biasanya positif. kamu jangan risau... si hazirah takkan berani tunjuk taring di kelas kita tu. relax..be cool. mungkin 2-3 hari dia akan rasa tidak selesa.... oooya, semoga hazirah berjaya di 2S.

p/s: Ya Allah, luluskanlah abangku dalam ujian memandu dia yang kali ke-3 ini...amin.

Monday, April 12, 2010

'guru itu'

guru itu semakin membuatkan aku terpikat kepadanya. guru itu punya prinsip dalam hidupnya. aku suka pada orang yang ada prinsip. guru itu seseorang yang merendah diri. tutur bicaranya... tingkah lakunya, sentiasa membuatkan aku tersenyum. sungguh belum pernah aku dengar kawan2ku memanggil guru itu dengan panggilan yang tidak baik, malah menghormatinya sebagai seorang guru. mulai sekarang... dia bukan hanya seorang guru dimataku tetapi dia adalah seorang PENDIDIK! guru itu merupakan seorang pendidik yang mendidikku dengan lemah-lembut tetapi TEGAS. makin hari.. membuatkan aku bertambah sayang pada guru itu. guru itu... ah, sukar sungguh untuk aku ungkapkan. aku berdoa... semoga dia menganuti agama islam suatu hari nanti. guru itu sangat berbeza dengan guru2 yang lain. jarang aku dapat jumpa seorang pendidik seperti dia. aku kagum! semoga aku menjadi seperti dia suatu hari nanti...amin. ooyah, cikgu tu birthday hari ni... happy birthday teacher!!!

Monday, April 5, 2010

Makin aku kagum pada guru itu...

setiap tutur kata 'guru itu' membuatkan aku bertambah kagum. walaupun dia hanya seorang guru sains tapi dia sering berpesan menggunakan hadis2 nabi. bicaranya jugak sering membuatkan aku sentiasa berfikir. setiap tuturnya sering membuatkan aku tersenyum sorang2.. sayangnya dia bukan ISLAM.

teringin jugak aku nak tengok dia masuk ISLAM. apa yang nampak pada dia ialah seorang guru yang lain daripada yang lain. kalau kita tak siap kerja rumah, dia tak marah cuma beri nasihat dalam nada yang tegas. Walaupun dia bukan ISLAM tapi pakaian ok daripada 'Cikgu Universiti @ Cikgu U' tu. dia sentiasa bersedia sebelum mengajar. bukan hanya setakat fizikal tapi mental dia pun selalu dalam keadaan bersedia.

Makin kagum aku pada 'guru itu'. cara dia mengajar, cara dia berjalan dan yang paling penting cara dia menjaga tutur katanya. kalau kamu masuk nampak dia termenung lebih baik jangan tegur sebab dia tengah berfikir. kalau kita tegur orang yang sedang berfikir boleh membuatkan seseorang itu terlupa. Aku sayang cikgu tu...

Thursday, April 1, 2010

Ariey mengingatkan aku kembali...

kemarin... ariey tanya aku.
"kau sebenarnya masih sayang pada jawatan kau bahkan?"
"tidaklah. aku just kesian ngan si eva. pergi perhimpunan lewat. aku kesian jak". aku tertanya-tanya kenapa aku mesti bohong pada ariey? ya, aku mengaku.. aku masih sayang jawatan ketua kelas tu tapi aku dah tak layak jadi ketua kelas. jawatan nilah yang mengajar aku banyak perkara. banyak kenangan aku simpan bersama jawatan ni.

Monday, March 29, 2010

Kenapa ini terjadi???

kamu semua dengar bahkan penolong kanan sidang petang cakap, yang ada kes buli mintak duit? apa yang aku ingin persoalkan disini ialah kenapa perkara ini terjadi? pada pandangan aku, perkara ini terjadi atas tiga sebab:-

1. kerana mencari keseronokkan
2. mak bapak tak mampu berikan kemewahan
3. kerana undang2 sekolah

'MENCARI KESERONOKAN'
mereka ini merupakan pelajar yang kurang mendapat kasih sayang daripada orang yang dekat. mereka rasa terpinggir. jadi, mereka cari keseronokan. mereka rasa seronok kalau membuli dapat tengok orang ketawa disamping itu dapat penuhkan poket mereka. so, dalam konteks ini ibubapa perlu peka terhadap kegiatan anak2 dan berikan kasih sayang yang secukupnya.

'MAK BAPA TAK MAMPU BERIKAN KEMEWAHAN'
siapa yang tak nak hidup mewah? bagi pelajar seperti saya, saya perlukan duit untuk hidup mewah. saya mahukan sesuatu yang saya inginkan. mak bapa aku manalah kaya. hujung bulan dapat duit.. bayar itu, bayar ini duit yang tinggal hanya untuk survive hidup. mau beli barang yang aku mahu pun  tak dapat. so, inilah antara sebabnya.

'UNDANG-UNDANG SEKOLAH'
di sini yang saya mahu tekankan. seperti yang baru-baru berlaku ini yang aku tidak rasa tenang hanya kerana cikgu punggut duit RM1 dari pelajar yang tiada buku peraturan sekolah. hari makbapa bagi duit RM1 untuk makan tapi dibuat bayar denda. itulah terjadinya kejadian membuli mintak duit. itulah jugak sebabnya kegiatan ah long berlaku di sekolah dalam senyap. kalau cikgu nak denda plejar, bagilah denda yang bermanfaat jangan kejam pada perut mereka. tidak semua orang dalam sekolah tu mampu beli buku peraturan sekolah tu walaupun harga hanya RM4.

dalam perkara ni, benda seperti ini tidak sepatutnya berlaku!!! salah siapa kejadian mintak duit ini berlaku??

Tuesday, March 23, 2010

cikgu sudah muak dengan perangai pelajar atau pelajar yang sudah muak dengar perangai guru?

Ahh.... aku takut. dia tu berlagak macam pengetua. konon dia tu hebat.

kalau kamu cakap begitu kat aku. apa boleh aku buat? sekarang ni... cikgu suka cari alasan. susah kita nak tegakkan kebenaran. cikgu susah nak terima pendat pelajar. kalau cikgu sudah muak dengan perangai pelajar... aku pun sudah muak dengan perangai cikgu. tiada guna lagi cakap dengan cikgu tapi aku tidak rasa membazir masa yang aku gunakan untuk 'pertikaikan' perkara itu. fikir jakla... adakah sekolah ini penjara????

Wednesday, March 17, 2010

BEBAS!!!!!

Ya... aku sudah bebas. aku gembira. aku tidak rasa terbeban. aku mahu jadi macam dulu. jadi diri aku sendiri. aku mahu diri aku yang dulu. aku nak ucapkan tahniah kepada eva edna yang sudah naik pangkat dan tahniah juga buat nur khalilah yang sudah memegang jawatan baru. aku sebenarnya tidak dapat mengekalkan gaya aku bekerja. aku sudah tidak dapat pisahkan kerjaya dan peribadi. aku telah satukan benda tu. lagipun aku nak semua orang gembira kat dalam kelas tu. biarlah mereka gembira. cukuplah kami saling sakit menyakiti. aku tidak suka kepada kebencian. aku mahu hapuskan kebencian dalam diri aku. aku tidak mahu perasaan itu wujud dalam diri aku lagi. cukup sekali.

aku tidak mahu melaksanakan sesuatu kerja yang aku anggap beban. aku mahu laksanakan dengan satu perasaan yang seronok. mungkin aku tidak rasa seronok jadi ketua kelas maybe disebabkan... aku terima ini jawatan dengan terpaksa. aku tersepit. aku tidak tahu kenapa aku katakan ya pada cikgu amy dulu. sedangkan hati aku kata tidak!!!.

aku sudah tidak rasa diri ini mampu melaksanakan tanggungjawab tu. semua orang ada tanggungjawab tapi tidak semua orang bertanggungjawab. aku tidak mahu jadi orang yang tidak bertanggungjawab. lagipun aku sudah rasa ada perasaan bongkak dalam diri aku. aku tak mahu perasaan itu menular.  yang paling penting tujuan aku letak jawatan sebab aku sudah lupa siapa diri aku yang dulu. aku mahu diri aku yang dulu. walaupun aku tak jadi ketua kelas lagi.. aku tetap sayang kamu terutamanya atiqah dan nariehan. kamulah penyeri hidup aku ketika jadi ketua kelas.

Monday, March 1, 2010

Kalau beginilah...

entahlah... mahu cakap macam mana lagi. pusing sudah mahu explain banyak kali sama korang. teda guna aku rasa mahu explain lagi. kita semua berbeza, ada citarasa yang berbeza. teacher amy dan aku tidak boleh puaskan hati seluruh pelajar dalam kelas. ini baru ditubuhkan sebuah kelas, belum lagi sabuah negara! beginilah kita tengok dibawah carta organisasi yang aku simpulkan...ini hanya sekadar organisasi kelas.

perdana menteri - teacher amy
timbalan perdana menteri - darayani
pen. timbalan perdana menteri - eva edna

dan seterusnya....
ok begini, kalau kamu tidak dengar cakap pen.timbalan perdana menteri... maybe boleh dimaafkan. kalau kamu lawan cakap timbalan perdana menteri... ok lagi tu. TAPI kalau kamu lawan cakap perdana menteri itu bermaksud kamu lawan seorang ketua. kalau tidak dengar cakap perdana menteri, hancurlah sesebuah negara. jadi tiada gunalah kalau kamu lawan cakap.
inilah, kamu tahukah sebenarnya di sekolah kita hanya diajar untuk menuruti bukan untuk memilih??? contohnya, cikgu suruh angkat buku, kamu terus angkat buku tu. kamu tidak fikirkah kenapa cikgu suruh angkat buku tu? sama jugak macam kalau kita pandu sebuah kereta. then kita tiba di sebuah simpang. kamu kena pilih jalan mana yang kamu mahu pergi. kalau tersilap jalan kita akan sesat, kita tidak boleh berpatah balik. so dalam memilih kita kena berhati-hati.
tidak payahlah cakap panjang2 lagi, kamu bukan faham kecuali orang yang suka cara berfikir scrotes dan anak muridnya n edward de bono. terima kasih kerana marah aku ^_^. aku tidak rugi apa-apa, kamu jak rugi air liur.

Sunday, February 28, 2010

sampai bila mahu marah aku???


ok... korang pun tahu ada benda yang meletup kat dalam kelas tu disebabkan oleh ketua kelas korang ni. mesti korang tertanya-tanya kenapa aku mintak cikgu amy tukar kedudukan kita dalam kelas. aku pun tertanya-tanya sampai bila korang nak marah kat aku ni.

aku mintak tukar kedudukan kita dalam kelas bukannya suka2. aku tidak suka buat benda tanpa sebab. sekarang ni, slogan 1malaysia dilaungkan dan diamalkan. apa yang aku lihat dalam kelas tiada semangat 1malaysia. kamu suka duduk berkelompok walaupun kamu tegur rakan-rakan yang lain. aku mahu lebih erat sesuatu persahabatan itu. 1malaysia... dimana kita kena bekerjasama. kalau waktu buat kumpulan, kamu macam... kamu-kamulah, kami-kamilah. bekas kelas 1s duduk dalam 1 kelompok, 1t 1 kelompok. so what the point kita berada dalam 1 kelas?

alasan keduanya...  beri peluang pada orang lain merasa duduk di depan. jangan terlampau suka memonopoli kawasan hadapan. kalau sudah dapat 1 peluang selepas itu berilah peluang itu pada pada orang lain. bukan semua peluang itu milik kita. jangan kedekut sangat. jangan pentingkan diri sendiri.

alasan terakhir... sebabnya aku sangat sama korang. aku mintak cikgu buat ni sebab aku sayang korang. korang nak marah kat aku marahlah. tapi suatu hari nanti korang pasti ucap terima kasih kat aku...kunun bah!

p/s: ni kerja 2T suruh aku baca sajak kat pentas. sabar jelah. aku memang takde bakat nak baca sajak anti-dadah ni. aku reti baca sajak jiwang jer....

Tuesday, February 23, 2010

Teacher Christina teach me something today...

(kasih sayang seorang guru terhadap pelajarnya)
Today aku tercipta lagi satu kata-kata hasil daripada kata-kata teacher christina, "Semua manusia ada tanggungjawab tapi tidak semua manusia ada rasa tanggungjawab". kenapa aku senyum2 dalam kelas, sebab nilah. Tapi aku memang always senyum2kan?hehe. for me, teacher christina nikan, kalau buat sesuatu dia mesti fikir dulu. tulah kalau aku masuk ke bilik guru mesti aku tengok dia yang macam orang mengelamun. tapi best jugak tengok dia gitu. dia tu suka berfikir dan tidak terlampau berfikir.
korang taukan aktiviti aku waktu pjk? hanya berjalan and cakap sorang2 and then you call me "OG marilah join". waktu tu pun teacher christina ajar pjk kan? kamu nampak tidak aku jumpa dia? korang mau tau apa aku talk dengan dia?

"kenapa?' teacher ask me.
"teacher, semua orang ada tanggungjawab tapi tidak semua orang ada rasa tanggungjawab. kenapa?"
"what? ulangbalik" so aku ulanglah apa yang aku cakap.
"sebab pertama adalah background seseorang. macam mana dia kena didik. sebab kedua 'aku x ingat'.
"bagi teacher, kenapa hati lebih penting daripada paras rupa?"
"yalah, hati tukan. kalau kita guna hati kita kan dapat menunjukkan diri sebenar seseorang".
"so, hati tu lagi betul daripada fikiran?"
"tidak (dlm keadaan ragu2 hendak menjawab). kamu nika bikin teacher keliru sudah".
" teacher dari mana teacher dapat, 'makanlah sebelum kenyang'?"
"teacher, just dengar2 orang cakap. kita ada ilmu kita kongsi. kita ada harta kita kongsi.just like that".
"ok, last. teacher rasa teacher kenal diri teacher? jujur"
" kadang2 ia, kadang2 tidak. bergantung pada alam sekeliling".
"kamu ndak payahlah mahu fikir tentang tu. just ENJOY".
"ok, thanks teacher".

teacher christina always want me to think n think. waktu dia mengajar pasti dia sampaikan sesuatu yang berharga. perkataan ENJOY tu memang trademark dia kalau sudah mau habis cakap ngan aku. bagi aku enjoy tu boleh tapi jangan terlebih enjoy. nanti binasa hidup. kalau tak caya kata2ku ini...korang cubalah. terkejut aku, ada jugak orang *tut* yang guna hadis nabi. aku gelar ini mesej bawah sedar sebab teacher christina dia tak tahu dia sedang guna hadis nabi. tidak tersangka aku. ini salah satu yang membuatkan aku respect ngan teacher christina. jenis yang suka berkongsi ilmu. aku memang rasa, teacher christina memilih seseorang bukan dari paras rupa tapi hati budi seseorang itu. i think teacher christina bukan jenis memilih tapi berhati-hati dalam memilih.tapi dalam memilih hati budi seseorang, teacher terlupa yang seseorag itu jugak perlu ada fikiran. seperti yang saya kata dulu, setiap orang ada otak tapi tidak semua pandai menggunakan akal.

"teacher ndak marah bahkan waktu teacher explain about orang mengandung saya pandang perut teacher?" wakakakawakakakakaka..... korang kasi ketawalh aku. aku just bayangkan. kalaulah aku sudah mengandung mesti aku gemuk. bukannya aku bayangkan teacher yang gemuk. Just be happy. I LOVE 2S 2010.

Thursday, February 18, 2010

Wajah baru..

sekarang aku sudah tukar wajah blog aku dan link blog aku. aku tukar sebab aku nak tukarlah hehehe. dulu aku pilih warna biru yang sangatlah mendamaikan hatiku ini. sekarang aku dah tukar... pergi warna hijau pulak. warna yang banyak sangat berjasa pada diri ini. inilah cara aku mengenang jasa. nama pun sudah aku tukar pergi raudhah sebab ada memori ketika aku disitu. aku pilih link ni http://www.kasihdiriku.blogspot.com/ bersempena trademark aku kat sekolah "kamu sayang aku kah?". kasih sayang merupakan perkara yang penting dalam kehidupan. tanpa kasih sayang hidup kita akan terasa kosong. jadi kita mesti saling sayang menyanyangi. aku tak berapa pandai pilih templat. so, aku just letak jer mana yang berkenan dihati. berjam jugak aku buat... dalam 1 jam setengah. kalau sudah baca harap berilah komen. komen2lah tentang blog aku ni. I LOVE 2S 2010......

To Ariey: kenapa ko tak update blog kau???? aku tangah tunggu berita hangat ko tu.

Wednesday, February 17, 2010

Happy Birthday to my friend



HAPPY BIRTHDAY TO....
NIA ELLYA... ANATHASIA... ANNABEL AND MY LOVELY. Aku tak tahu nak tulis apa. Aku just nak ucap happy birthday dan nak bagi korang kek (dalam mimpi korang jak)..

Otak letak kat mana???

Manusia yang suka sangat buang bayi nikan... mmg takde akal. Tuhan berikan otak tapi tak pandai guna dengan betul. Maybe, mereka ingat bayi tu barang mainan. Suka hati jer nak buang sana sini. Bila buat pandai tapi nak jaga bayi tu tak pandai. Bila berzina tak tahu malu tapi ada anak luar nikah tahu malu.

Bayi tu tak buat salah pun dengan korang. kenapa korang ni jahat sangat kat bayi tu??? bayi tu tak buat salah pun. korang ni nama jer orang dewasa tapi otak letak kat lutut. Lain kali fikir dulu sebelum buat sesuatu. Ni tak, main lantak jer ikut suka hati. Korang ni memang xde perasaan.

kepada sesiapa yang still ada ibubapa bersyukurlah. jangan suka sangat mempertikaikan kasih sayang mereka. terutamanya kepada kawan2 aku yang sesetengah mereka suka sangat mempertikaikan kasih sayang ibubapa mereka. kakak aku pernah kata " kalau ibubapa tak sayang kat adik... kenapa sampai sekarang ibubapa adik still jaga adik???". jadi sayanglah ibubapa anda...

Friday, February 12, 2010

Penatnya....

syukur alhamdulillah... kita cuti awal. tapi kalau pengetua bagi cuti awal aku rasa kalau nanti balik sekolah dia mahu kita tak langgar peraturan sekolah dan tidak mengambil cuti tambahan. jangan macam tahun lalu, semua rancangan yang kita rancang kena kasi batal sebab kita ni tak pandai menghargai. so, kita kenalah hargai jasa baik pengetua kita yang bagi kita cuti awal.

ok berbalik pad tajuk yang di atas. saja jer nak menulis tentang kepenatan meng'round' satu sekolah. kehulur kehilir pegang kamera. dari satu kelas ke kelas yang lain. pakai kamera sekolah. tema dia kerjasama, 1 malaysia dan (aku tak ingat satu lagi ni). aku paling suka bahagian sudut serasi kelas 2T. very nice.

tapi yang kesiannya, kelas 2A ni aku langsung tidak ambil gambar dorang sebab dorang teda buat kerja. tidak menepati tema pulak kalau aku ambil gambar mereka2 ini. ada juga yang bahagian baja kompos ni aku ambil gambar tapi tak banyak. yang bahagian pijak tin2 untuk dijual pun ada jugak aku ambil gambar.

ada jugak yang lucu ni, kan tema 1 malaysia.... jadi mahu cari pelajar india susah bah. aku pergi kelas 1E, ada budak ni rupa dia macam orang india. aku tanyalah "kau orang indiakah?" " tidakla, aku orang timur.".... hahahaha kuyakkkk bah waktu tu.

satu jam aku pusing tu sekolah. tempat terakhir destinasi aku ialah bilik SPBT dan waktu tulah habis bateri kamera. kesianlah kawan2ku yang kat bilik SPBT tu. lastly... aku memang penat satu pun kami tak belajar hari ni, cuma ada buat experiment kat makmal kimia. kepada kawan2 yang bnyk sngt aku mintak tolong tu, sorrylah. aku memang tak larat sudah tu. jalan pun tak betul sudah. thanks to my lovely friend. kamu sayang aku kah????

Wednesday, February 10, 2010

Open Your Eyes

YouTube - Maher Zain - Open Your Eyes [To All Photographer Open Your 'Lens'] - ماهر زين

Tuesday, February 9, 2010

TIGER MENANG!!!.... fenomena yang memalukan sekolah


* Setiap perbuatan yg anda lakukan, ada yg melihat.


YEYEYE!!!! tiger menang. johan keseluruhan rumah merah!!!!!!!! johan perbarisan rumah merah!!!!!! gembira cikgu yusiah (ketua rumah merah). kesian kadet polis tahun ni dapat nombor dua. tahniah kepada bsmm kerana berjaya mendapat nombor satu.

Tapi walaupun sukan ini diadakan ada juga kejadian yang tidak menyedapkan mata aku ni memandang. Fenomena membawa 'abang angkat' (cikgu speedy yg gelar dorang ni abang angkat). Kalau 'abang angkat' dorang tu hensem takpelah. Ni macam pokok krismas aku tengok. ada rantailah kat leher, antinglah dorang ni pakai. pakai seluar pun terlondeh. rambut ada yang macam berus jamban, ada yang macam ultraman. naik heran aku dengan perangai 'abang angkat' mereka ni.

Ada yang dating dengan 'abang angkat' dorang bawah pokok, ada yang kat tangga. takde 'class' langsung. bawaklah pegi makan kat restoran ker. suka sangat mereka ni sembang2 dengan 'abang angkat' mereka. 'abang angkat' dorang ni pun, datang stadium naik bas mini..hahaha. budak form 1 pun sudah ada 'abang angkat'.

Yang paling aku kesian ni... pelajar2 islam yang buat perkara ni. nasib baik tahun ni aku BELUM tengok perkara yang menjijikkan. kalau aku ingat2 balikkan perkara tu mesti aku nangis. sudahlah satu kelas dengan aku. aku pun tak tahu nak buat apa lagi. dan aku tak nak dia jadi tut...tut...tut...(faham2lah).

Monday, February 8, 2010

Permata hatiku...


"Engkaulah permata hati umi dan ayah. pengubat jiwa yang sepi. ketawamu sering membuatkan umi gembira. tatkala umi dilanda pelbagai rintangan aksimu membuatkan umi lupa seketika masalah umi.ketika ayahmu pergi berjuang engkaulah menemani umi. Engkaulah permata hati umi dan ayah."

1. " Kenapa umi dan ayah tak sayang saya?"
~ Kalau umi dan ayah tak sayang kamu dah lama umi dan ayah buang kamu.

2. " Kenapa ayah cari perempuan lain?"
~ Mungkin ayahmu berbuat begitu ada sebabnya kerana lelaki itu dikurniakan 1 nafsu 9 akal.

3. " Kenapa tiada seorang pun yang sudi mendengar kata hati saya?"
~ Mungkin umi dan ayah kamu sibuk.

4. " Pada siapa saya mesti meluahkan perasaan saya kalau umi dan ayah sibuk?"
~ ALLAh kan ada. ALLAH lah tempat mengadu kita selain manusia. ALLAH itu Maha Mendengar segala rintihan hambanya.

5. " Kenapa saya diuji?"
~ Kita diuji untuk mengetahui tahap iman kita.

6. " Apa yang ingin saya katakan pada umi dan ayah?"
~ Umiayah... saya tak nak kemewahan, saya nak kasih sayang dan perhatian dari umi dan ayah itu saja.

7. " Saat dirimu dilahirkan. Apa yang kamu ingin katakan?"
~ umi... terima kasih kerana sanggup mengandungkan dan melahirkan saya.

8. " Kenapa kasih sayang yang umi dan ayah berikan berbeza antara saya dan adik?"
~ Umi dan ayah tak membezakan antara kamu berdua, itu hanya perasaan kamu. Kamu tetap anak umi dan ayah.

9. " Apa yang selalu kamu doakan untuk umi dan ayah?"
~ Aku memohon agar ALLAH mengampunkan segala dosa umi dan ayah dan supaya umi dan ayah masuk ke dalam syurga.

10. " Apa harapan kamu?"
~ Saya nak merasakan menjadi seorang umi yang bertanggungjawab.

Friday, February 5, 2010

Siapa kaunseling siapa???


Alahai.... nak meletup aku punya mulut ni, menahan ketawa. Ada keslah.... budak form 1 sudah pandai menipu ibubapa, guru dan yang paling penting tipu diri sendiri. Kesian budak tu. nasib baik tak kena suruh berdiri kat atas pentas. kat dalam bilik guru pun ada pasal perkataan 'ngentot'. kesian cikgu kat sekolah tu sebab baru tahu tentang ni. budak2 yang kelas hujung2 tu ada yang sudah pandai buat. dan bagi mereka benda tu perkara biasa. setiap hari balik dengan lelaki... apa guna pergi sekolah kalau jual maruah???

Lepas tu ada guru kaunseling beri ceramah yang ringkas tentang 'tutur kata'. Sepanjang cikgu tu menceramah kami.. aku hanya menahan ketawa. korang pasti nak tahu kenapa aku nak ketawa, kan? because satu soalan yang berlegar-legar di ruangan fikiran aku tentang 'siapa yang perlu kena kaunseling guru atau pelajar?'. and semestinya aku akan katakan guru sebab tak lama lagi SETAN menjadi bahasa rasmi bagi guru-guru kat sekolah tu. Dari mana kami belajar semua tutur kata? dari mana kami mengenal abjad? jawapannya guru. seperti bak kata pepatah... kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari. kalau guru suka memaki pelajarnya lagi leser mulut dari cikgu. perkataan b***h yg digunakan oleh cikgu R. perkataan SETAN yang digunakan cikgu F. cikgu kaunseling tu bagi ceramah ttg tutur kata bagi aku apa yang dia cakap tu takde 'point' (manfaat) sebab mereka belajar dari guru-guru mereka sendiri. buang air liur cikgu kaunseling tu bagi ceramah jer. memang sesetengah guru kat sekolah ni tak layak kena hormat. buat apa hormat guru kalau guru tak hormat kita. Kalau nak orang hormat kita, kita mesti hormat orang tersebut terlebih dahulu.

kepada pk petang.... kalau nak cakap kat mikrofon tu tidak perlulah jerit2. bikin sakit telinga jak. bikin panas hati aku jak. suara anda cukup kuat untuk didengari pelajar kat dewan. tak payah nak pakai mikrofon awak tu... awak cakap benda yg kurang baik guna mikrofon 'inikah pelajar SM S******** yang berak bertaburan'. anda kata anda malu jika 'jiran sebelah' mengetahui tentang hal ini. jadi anda tak malu cakap kat mikrofon tu sehingga 'jiran sebelah' dengar? saya takde hak nak halang anda untuk berubah tapi saya berhak untuk bercakap. silakan berubah menjadi guru yang tegas tapi jangan sesekali berubah menjadi guru yang pemarah yang tak tentu pasal. perangai anda sekarang ni... sedang hinggap kat guru2 yang lain....

kepada kawan2 yang pernah mencabar aku... mungkin betul kata korang aku ni tak berani nak cakap depan cikgu. aku ni hanya berani kutuk belakang cikgu jer. aku sekarang ni sedang cuba mengawal perasaan marah aku ni. aku tak nak mcm dulu, cepat sangat marah dan meluahkan kata-kata dalam nada marah. sekarang aku nak cakap secara, baik lemah lembut tak nak lagi mcm dulu.

P/S: kepada cikgu chin fui moi yang aku sayangi. semoga cikgu cepat sembuh. betula kata cikgu, bekas pelajar sk sri gaya yang sudah berada di sekolah menengah pasti nak balik belajar kat sri gaya. lagipun saya rindu mahu belajar sama teacher. bestbah belajar sama teacher.