Thursday, September 30, 2010

Mohon maaf

Assalamualaikum. Apa khabar pembaca setia? Sihat? Saya mohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini. Bukan kerana saya sibuk cuma saya tidak ada idea dan mood. Beberapa kali saya masuk ke blog ini dan serta merta fikiran kosong, idea hilang entah ke mana. Oleh, kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat semua pembaca setia.

Ceritanya begini....

Wajahnya ayu. Kecantikan wajahnya menarik perhatian jejaka. Umurnya baru setahun jagung, baru 11 tahun. Kematangan diwajahnya sangat terserlah. Dia pelajar yang pintar dalam matematik tetapi lemah dalam subjek sains. Kawad kaki menjadi pilihan aktiviti luar. Dia terpilih sehingga peringkat kebangsaan. Itulah pencapaian yang dia banggakan. Orang selalu memanggil dia Ani. Yang membuatkan orang sukaa berbicara kepadanya kerana senyumannya yang menawan.
----------------------------
Faidzal. Itulah nama yang diberi oleh orang tuanya. Hari ini, merupakan hari yang pertama dia praktikal sebagai seorang guru di sebuah sekolah yang terbaik di Sabah. Azamnya, supaya semua pelajar yang dididiknya berjaya kerana dari dulu lagi itulah cita-citanya. Dia mahu melihat pelajarnya tersenyum dan bangga dengan pencapaian diri mereka sendiri. Dengan memakai kemeja dan  tali leher dengan kemas kakinya melangkah keluar rumah menuju ke satu arah.
---------------------------
"Everybody standup. Good morning, Teacher" itulah suara padu daripada kelas 4 Kinabalu. Semua mata terarah kepada Cikgu Jusmaine, guru matapelajaran sains. Di belakangnya ada seorang lelaki berbadan gempal. Jalannya juga tidak betul.

"Okay, semua boleh duduk. Hari ini, cikgu ingin kenalkan kepada guru baru kamu. Dia merupakan pelajar Maktab Perguruan dan akan praktikal di sini selama 3 bulan. Saya mahu kamu beri kerjasama kepada cikgu kamu. Silakan" ujar Cikgu Jusmaime. Cikgu yang sangat di benci oleh Ani sebab itulah dia tak pernah lulus  subjek sains. Cikgu Jusmaime terus berlalu keluar.

"Alright. Nama cikgu F.A.I.D.Z.A.L, Faidzal. Jangan salah sebut. Cikgu akan dinilai oleh pensyarah cikgu 3 kali jadi cikgu mohon sewaktu cikgu dinilai kamu beri kerjasama. Terus terang cikgu kurang fasih berbahasa Inggeris kerana cikgu belajar sains bukan dalam aliran Inggeris. Ada apa-apa soalan?" Diterangnya latar belakang dirinya. Semua nampak tidak berminat. Kalau diberi peluang begini, macam-macam mereka tanya.] tapi semuanya bisu. Mungkin di sebabkan bentuk tubuh cikgu tu yang membuatkan tiada sesiapa yang berminat.
------------------------
Selepas 2 bulan.......

Masa Cikgu Faidzal diilai oleh pensyarahnya. Semua orang tak buat bising cuma masing-masing buat kerja sendiri. Kelas tambahan yang dibuat oleh Cikgu Faidzal pun hanya 2-4 orang yang datang. Tapi setiap kali mengajar senyuman  tak pernah lekang dari bibirnya. Semangatnya seniasa berkobar-kobar. Ani tersangat-sangatlah hairan dengan guru yang berada dihadapannya. Sukar untuk ditafsir.

Penilaian terakhir, tiada seorang pun yang memberi kerjasama termasuklah Ani sehinggakan Cikgu Faidzal tidak mampu mengawal kelas yang hinggar-binggar. Ada sedikit kecewa terpamir di wajahnya. Dia tetap meneruskan sesi P&P seperti biasa.
------------------------
Suatu hari.....

PAAAAAANNNGGGG!!!! Bergegar papan hitam di hadapan. Air mata guru itu mengalir. Apa salahnya mereka semua? Hari ini, semua malas nak masuk ke makmal sains dan sengaja mereka lambat-lambaat ke makmal. Senyuman terpamer di wajah setiap pelajar. Apabila masuk ke makmal mereka di sambut dengan dentuman yng mengejutkan jantung semua orang.

" Kenapa kamu buat cikgu macam ni? Apa salah cikgu pada kamu? Kelas tambahan yang cikgu buat. Hanya beberapa orang yang datang! Cikgu boleh kira guna satu tangan! Cikgu cuma nak lihat kamu berjaya! Cikgu tahu kamu dari kalangan orang berada. Ibu bapa kamu mampu hantar kamu pergi tuisyen. Kamu tahu apa cikgu rasa sekarang? Cikgu KECEWA! Cikgu tahukamu tidak suka pada cikgu. Cikgu sedar tubuh cikgu gemuk. Tapi cikgu cuma nak kamu hormat pada cikgu! susah sangatkah?" jam tangan dan kaca matanya telah dia tanggalkan. Perasaan kecewa terpamer. Tiada sesiapa berani memandang wajah guru itu.

Ani yang sentiasa duduk di belakang cuba menahan air mata daripada gugur. Tapi saat perkataan kecewa dilontarkan air matanya gugur serta merta tanpa henti. Rakan-rakannya juga menangis. Cikgu Faidzal sudah terduduk di kerusi makmal itu. " Kamu boleh keluar sekarang". Semua bangun dengan tangisan dan melangkah ke kelas yang berada ditingkat bawah.

Itulah kali terakhir kami melihat dia. Tiada ucapan selamat tinggal. Tiada lagi senda guraunya. Yang hanya tinggal adalah kekesalan. Semua tidak tahu adakah CIkgu Faidzal berjaya menjadi seorang guru. Tidak mereka tahu nasib Cikgu itu. Ani, sangat merasai perasaan itu. Perasaan itu tidak dimiliki oleh guru lain Cikgu Faidzal lain daripada yang lain.

Kini, Ani tercari-cari lelaki yang bernama Faidzal. Di mindanya hanya kata-kata maaf yang terukir. " Maafkan saya cikgu" itulah kata-kata yang ingin dia tuturkan di hadapan seorang guru yang bernama Faidzal! Tolong carikan Faidzal!!!!

0 ulasan: