Sejambak bunga mawar yang mempunyai 10 kuntum aku jumpai di atas katil dengan terselitnya kad yang berwarna merah hati. Aku tak pernah menerima bunga mawar yang hanya ada 10 kuntum, biasanya orang akan bagi 12 kuntum. Itu pun aku terus bagi jer kat kawan aku yang nak hias meja belajar mereka. 'Macam mana orang ni tahu aku suka bunga mawar? Mesti ada orang yang nak mainkan aku', bisik hati Lia.
"10 kuntum kesemuanya... setiap sekuntum mempunyai maksud yang tersirat tapi kuntuman terakhir melambangkan kasih dan sayang saya pada awak, Lia" itulah yang di tulis dalam surat tu.
"Dijah, sape yang bagi ni bunga?" soal Lia pada housematenya yang tengah sibuk melayan cerita Hindustan. "Manalah aku tahu. Tadi ada budak perempuan yang hantarkan bunga ni dia kata dari abang course medical tahun akhir. Dia kata lagi, ni bunga untuk kau. Aku terima jer" jawab Dijah dengan selamba. Tapi lelaki ni satu course dengan aku.
" Sape yang ajar hang terima barang dari orang yang hang tak kenal? Mungkin ada bom ker... ada racun ker. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Lain kali jangan terima. Lagipun kau tahukan aku ni di tahun akhir. Aku nak fokus pada pelajaran aku. Aku nak ayah dan umi bangga atas kejayaan aku. Aku tak nak lukakan hati keluarga aku. Cukuplah mereka menderita dengan kehilangan Abang Ijam" semua perasaanku menjadi satu. Sukar untuk digambarkan perasaanku. Aku terus melangkah ke bilikku. Aku tak nak airmata ni tumpah di hadapan sahabatku.
-----------------------------
" Ok, sekali lagi saya nak ingatkan kepada kamu semua. Besok ada pressentation dan bulan depan ada perkhemahan akhir buat semester ini bagi kamu. Perkhemahan ini akan diadakan selepas pepriksaan. Semua diwajibkan hadir" ujar Prof. Adnan kepada semua pelajar medic.
' Ya Allah... apa yang sudah aku lakukan' keluh Lia. Biasanya dia akan menyalin nota dengan lengkap tapi hari ini fikirannya melayang tentang surat dan sejambak bunga yang diterimanya seminggu yang lepas. Bunga tu pun masih dalam jagaannya. Tak seperti bunga yang aku terima dulu. Bunga ini umpama menyimpan satu rahsiah yang perlu aku ketahui.
" Lia.... Faiz" Prof memanggilku sebaik saja aku hendak melangkah keluar dari bilik kuliah. Faiz yang masih duduk di kerusi terus bangkit dan mengatur langkahnya ke arah prof" Ya prof. Ada yang boleh saya bantu" senyuman manisku ukirkan kepada Prof. Prof membalas senyumanku. " Saya nak beritahu awak berdua. Bulan depan semester akhir kamu jadi saya nak maklumkan bahawa kamu berdua merupakan 2 pelajar terbaik bagi semester ni. Jadi, ada penaja yang ingin menawarkan biasiswa belajar ke luar negara. Saya berharap kamu lakukan yang terbaik pada semester hadapan. Ingat ini peluang yang terbaik buat kamu".
------------------------------
" Lia!!!! Tunggu!!!" Rasyid berlari mengejar Lia. Lia mempercepatkan langkahnya. 'Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini' Lia berdoa dalam hatinya. Rasyid berjaya mencapai pergelangannya. Aku cuba melepaskan genggaman Rasyid.
" Apa pegang-pegang tangan orang ni. Lepaslah sakit. Nanti orang tengok" genggaman Rasyid makin erat.
" Kenapa awak lari dari saya. Kenapa awak tak berikan saya jawapan?" soal Rasyid bertubi-tubi dengan perasaan marah
" Saya kan dah jawab soalan awak tu. Saya tak terima. Saya tak boleh terima cinta awak! Berapa kali perlu saya ulang" airmata wanitaku mulai bertakung di tubir mata. Namun.... ku gagahkan diriku menempuhi segalanya. Tanpa ada rasa belas satu tamparan hinggap di pipiku. Berhamburan semua buku-buku. Cecair pekat mula mengalir. Segala drama ini hanya dilihat oleh segelintir para siswi dan siswa. Tiada siapa yang berani membantu. Siapa yang tak kenal pada samseng Kolej Amdi Raj.
" Rasyid!!! Lepaskan Lia" seorang lelaki tiba-tiba muncul menyelamatkan Lia. Dari tadi lelaki tersebut memerhatikan gerak-geri Lia dan Rasyid.
"Oooo... ni rupanya superhero awak yang baru. Wow! Hebat! Pandai awak pilih. Tapi awak perlu ingat, awak tu BEKAS saya" seperti pisau yang mencucuk jantungku saja kata-kata yang ditutur Rasyid.
" Apa masalah kau ni Rasyid. Lia takde buat salah kat kau. Kau perlu ingat dia bukan milik kau. Satu lagi yang perlu kau tahu.... Lia tu tunang aku. FAHAM!" di tenungnya mata Rasyid.
" Arggghhh... takutnya. Takpe hari ni hari kau. Nah ambillah BEKAS aku ni" Rasyid melangkah ke kereta sport. Sakitnya hatiku dengan tuduhan-tuduhan yang Rasyi lemparkan kepadaku. Semuanya tidak benar!
"Awak tak apa-apakan?" di hulurkan sehelai tisu kepadaku. Dia membantu mengutip buku-bukuku.
Dari jauh Dijah berlari ke arah kami" Lia... awak tak apa-apakan? Sorry aku tak temankan kau tadi. Aku betul-betul ada hal yang penting" tercungap-cungap Dijah menuturkan kata-kata itu.
" Nah. Buku awak. Lupakan saja tentang kata-kata saya tadi"
Aku menyambut hulurnnya. "Takpelah Dijah, salah aku. Terima kasih. Dijah mari kita balik" sempatku berpaling ke arahnya buat kali kedua.
-------------------------------
"Siswa sila ikut Prof. Adnan dan siswi sila ikut saya" ujar Dr. Hani. Kami tiba di lokasi perkhemahan dengan 3 buah bas. 2 bas untuk siswi dan 1 bas untuk siswa. Inilah petanda akhir zaman, wanita lebih banyak dari lelaki.
" Ok... pertama sekali kita akan mendirikan khemah, mencari kayu api dan mengangkut air. Ini senarai pembahagian tugas dan pembahagian kumpulan. Malam ni ada acara membuat logo kumpulan. Ingat! jangan sesekali berpecah dari kumpulan" Dr. mengagihkan senarai tersebut. Kerja aku dan Dijah cari kayu api dan yang penting aku satu kumpulan dengan Dijah.
----------------------------
" Kamu sudah biasa dengan aktiviti perkhemahan. So, dengar arahan ketua kumpulan kamu. Jangan ada yang ingkar. Sesiapa yang ingkar arahan ketua sila laporkan kepada saya" lantang Prof menerangkan perkara yang perlu dilakukan.
" Laa... satu kumpulan dengan si tudung labuh tu. Terpaksa lagi jadi ketua kumpulan. Penolong aku pulak ustazah tu. Ishk... apa aku nak buat. Hei... tudung labuh" awal-awal lagi si Faiz mengeluh
" Apa tudung-tudung labuh ni? Kenapa? Kau satu kumpulan dengan si Lia ker?" Pojie menegurku.
"Ha'ahlah... sape lagi yang ambik course medik yang pakai tudung labuh? Eh, yang kau ni. Buat apa kat sini bukankah kita kena cari kayu api. Nanti malam nak masak guna apa?"
" Aku tengah tunggu kaulah. Mengelamun apalagi jomla..." ajak Pojie.
----------------------
" Dijah... aku nak pegi tengok bunga kat sana tu"
" Yelah, tapi jangan pegi jauh sangat. Hati-hati"
" Bye.."
" Eeee... cantiknya bunga tu. Lah... tapi jauh. Takpelah, aku cuba"
Lia cuba untuk mencapai bunga yang cantik dipandangan matanya dengan menggunakan jari-jari mulus miliknya. "Ala... sikit lagi. Aku pasti boleh" semangat untuk mendapatkan bunga tu telah menusuk ke dalam diri Lia.
Tiba-tiba....
Gedebuk! Macam bunyi nangka busuk jatuh jer.
'Sape pulak yang kat sini. Setahu aku khemah siswi jauh dari sini' bisik hati Faiz. Ada sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya. Dia sebenarnya pulang awal ke khemah sebab perlu selesaikan sesuatu dengan Prof. Adnan. Dia tiada mengikuti jalan yang dilaluinya tadi.
" Aduh" seperti ada suara yang menahan sakit. Mata Faiz meliar mencari arah datangnya suara tersebut. Aik, mana pulak orangnya ni? Takkanlah hantu.
"Ya Allah, Lia!" terbeliak mata aku tatkala melihat sekujur tubuh sedang mengerang kesakitan. Bergegas aku lari ke arahnya. Aku lihat tangannya berlumuran darah. " Lia, awak ok?". Aku teragak-agak untuk memegang tanganya. 'Ahhh.. takkanlah aku nak biarkan jer begitu. Pegang saja sikit jangan lebih-lebih' dia masih tetap menasihati dirinya walaupun dalam keadaan darurat ini.
Dipegangnya pergelangan tangan kiri Lia. Perlahan-lahan dia menjiruskan air di tempat yang luka. " Aduh!" Lia cuba menahan sakit. " Sorry, tahan sikit" Faiz meneruskan kerjanya. Dikeluarkan sehelai sapu tangannya. Lalu, membalut dengan kemas. "Dah siap pun. Awak boleh bangun?" tanya Faiz. Perlahan-lahan Lia cuba untuk berdiri tapi dia terduduk semula. Dia cuba lagi buat kali kedua, gagal.
'Aik, apa aku nak buat ni? Takkan nak angkat anak dara orang pulak. Ermmm... aku papah sajalah' perlahan-lahan dia memegang tangan kanan Lia dan meletakkannya di bahu. Dia cuba untuk membantu Lia bangun dengan langkah yang cermat kami berjalan bersama. Sekejap-sekejap Lia minta aku berhenti untuk tarik nafas. Perjalanan kami perlahan. Biasanya jalan ni mengambil masa 15 minit untuk sampai ke khemah siswi dalam jangkaan Faiz. Setelah 15 minit berlalu, aku sandarkan Lia di sebatang pokok. Kesian aku tengok dia.
' Tak boeh lambat sampai ni, hari dah nak gelap. Apa aku perlu buat?' Tanpa disangka-sangka satu idea muncul. Memang idea gila, tapi apa boleh buat dah darurat. "Lia, maaf" tanpa menunggu bicara Lia seterusnya. Faiz lantas mencampung tubuh Lia. Dia cuba mengimbangi tubuhnya agar tidak terjatuh bersama-sama Lia.
Sampai di sekitar khemah sisiwi, ramai yang melihat kami. 'Pelikkah aku?' tertanya-tanya diriku. Terus aku bawa Lia ke khemah kecemasan. Seterusnya, di uruskan oleh siswi yang bertugas. Aku perlu memberitahu kepada Dr.Hani.
----------------------------
Beberapa bulan selepas kejadian tersebut....
"Assalamuaikum, Angah" umi menuturkan kata-katanya melalui telefon bimbit.
"Waalaikumussalam, umi. Umi sihat? Maaflah umi, lama sudah tak telefon umi. Angah sibuk sangat" suaraku sayu menuturkan kata-kata itu.
"Takpe, umi call ini pun sebab ada hal penting. Ada berita gembira buat Angah" berdebar-debar aku menunggu bicara selanjutnya daripada umi.
"Sebenarnya, minggu lepas ada seseorang yang datang merisik tapi umi kata kena tanya tuan punya badan dulu. Jadi, umi nak tanya Lia. Lia terima tak?" sengaja Puan Zakiah tidak memberitahu nama jejak itu untuk mengetahui sedalam mana keteguhan prinsip yang anaknya pegang.
"Umi, Angah tak dapat nak beri jawapannya sekarang. Boleh beri Angah masa 2 minggu untuk berikan keputusan?" sungguh aku sangat terkejut diatas berita ini.
"Pihak lelaki tak kesah, asalkan Angah beri jawapan. Angah janganlah terburu-buru. Fikir elok-elok, ini untuk masa depan Angah juga. Umi nak semua anak umi bahagia" Puan Zakiah memberikan nasihat buat anak kesayangannya.
----------------------------------
Setiap malam Lia memohon kepada Sang Pencipta. Memohon kejayaan dan kebahagiaan.
"Ya Allah, andai dia dicipta untuk satukanlah kami. Jika dia bukan milikku, aku pasarah. Ya Allah, bantulah aku dalam membuat pilihan ini. Sesungguhnya, engkaulah Maha Menegetahui segala yang baik dan buruk".
Selesai Lia menunaikan segala hajat. Terus saja Lia membaringkan tubuhnya diatas tilam sehingga tertidur. Tiap-tiap malam aku sering didatangi oleh mimpi yang serupa.
---------------------------------
Lantas Lia mencapai telefon bimbitnya. Dia nekad untuk memberitahu keputusannya. Sudah sebulan pihak lelaki menunggu jawapannya. Lantas dia menekan punat untuk menelefon uminya.
"Assalamualaikum, umi. Umi apa khabar? Sihat?" berbasa-basi dulu
"Waalaikumussalam. Umi sihat. Angah macam mana?" umi bertanya padaku.
" Angah sihat. Sebenarnya, Angah nak beritahu yang Angah terima pinangan tu" tergagap-gagap aku menuturkan ayat itu.
"Syukur alhamdulillah. Akhirnya anak umi terima juga pinangan tu. Nak umi dan ayah bincang tarikh pertunangan dan pernikahan dengan pihak lelaki. Nanti umi bagitahu jawapannya. Lia nak umi kirimkan gambar dia?" sungguh gembira hati seorang ibu mendengar berita gembira dari anaknya.
" Takpelah, umi"
-------------------------------------
'Alhamdulillah, selesai jua imtihan ini' bicara Lia di dalam hatinya. Kakinya melangkah keluar daripada dewan peperiksaan.
Tiba-tiba bahunya berlaga dengan seseorang yang dikenalinya, Faiz! Mata kami bertembung cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku. Tidak selesa aku dalam keadaan begitu.
"Maaf" hanya kata-kata itu yang tertutur dibibir Lia. Terus kami melangkah kearah yang dituju.
-----------------------------------
Lega sungguh kepala Faiz selepas kertas terakhir tadi. Cuba dipejam matanya tapi tak berjaya. Teringat-ingat kembali kejadian tadi tengahari. Dia terlanggar gadis yang dipujanya sejak tahun semester pertama. Tapi cuba di tepis segala perasaan cinta. Sekarang dia perlu melangkah agar gadis yang dipujanya tidak dipetik orang.
" Faiz, kau nak pergi jalan-jalan? Beli buah tangan buat keluarga kau." ajak Fairuz teman serumah dan sekampusnya.
"Takpelah Fairuz, aku masih penat lagi. Besok saja aku beli. Lagipun aku balik minggu depan" sebenarnya aku ingin memikirkan tentang pertunangannya dengan gadis yang dipujanya.
------------------------------------
"Makanan masuk kotak ni. Pakaian tu akak kemas sendiri" hati Lia berbunga riang. Sungguh gembira hatinya kerana dapat pulang melihat kampung halamannya dan dia bakal menjadi tunang seseorang yang belum dikenalinya.
Selesai Lia mengemas barang-barang yang akan dibawa pulang esok, Lia membersihkan dirinya dan menunaikan solat zohor. Selesai segala urusan dia bersandar dia di atas katil sambil memngingat kembali memorinya bersama kawan-kawan.
-------------------------------------
Tok... tok..tok
Pintu diketuk oleh seseorang. " Masuklah, pintu tak berkunci" tombol pintu dipulas wajah Dijah kelihaatan riang. " Hai kak, kenapa termenung saja ni? Jom, Dijah hantar kakak ke airport" tiba-tiba air mataku mengalir dengan laju. Segala-galanya sangat berat untuk aku tinggalkan. Lantas aku peluk Dijah. Dijah mengusap belakangku untuk meredakan tangisanku.
" Kak, kenapa ni? Dahlah, jangan nangis lagi. Tak cantik dipandang orang nanti bakal tunang akak lari. Jom kita pergi airport" Dijah cuba menceriakan suasana. Aku sapu airmataku, lantas bangkit dari tilam mengekori langkah Dijah ke kereta. Aku palingkan tubuhku untuk melihat rumah yang tercinta buat kali terakhir.
-----------------------------------------
" Ibu..." Lia berlari anak-anak kearah uminya. Rindu pada uminya tidak dapat dibendung lagi lantas Lia memeluk ibunya seerat-eratnya. Dikucup tangan ibunya. Harumannya masih seperti dulu.
" Perangai kalah macam budak-budak. Macam tak pernah jumpa umi" Umi menggeleng-gelengkan kepalanya. Kenakalan anak gadisnya yang sorang ni sukar untuk di katakan. Aku mencium tangan ayah. Tangannya masih kasar dan raut wajahnya tidak ubah sedikit pun cuma bertambah kedutan.
" Jom, kita balik. Kita sembang kat rumah. Mana barang-barang Angah? Biar ayah tolong angkatkan. Lepas ni bincanglah tentang hari perkahwinan Angah. Lagi cepat lagi suka umi kamu tu" ayah tersenyum memandangku. Tak lama lagi aku akan menjadi seorang isteri. Insyallah, aku akan menjadi seorang isteri yang solehah.
-----------------------------------------
Aduh, kenapa umi pula terlebih-lebih ini. Macam umi pula nak kahwin. Aku hanya tersenyum melihat gelagat umi semasa membeli barang hantaran.
"Oi... menungkan apa tu? Ini umi tanya nak pilih baju warna apa buat suami akak. Ooppss.. silap, bakal suami" macam kera sumbang saja si Achik.
" Dah, jangan usik kakak kamu ni. Angah, warna apa kamu nak pilih ni? Biru atau putih? Lepas ini kita pergi Butik Anggerik. Kita try busana pengantin kamu tu. Kak Sofia kata dah siap." soal ibunya.
" Umi, warna putih jer" warna itu nampak menarik pada pandanganku walaupun design baju itu nampak simple. Lagipun aku belum pernah tengok wajah lelaki tu. Aku tak tahu saiz bajunya.
-------------------------------------
Aku pasangkan busana pengantin itu ke arah tubuhku. Sungguh mempesonakan. Corak yang sangat elegan. " Umi, siapa yang buat corak baju ni? Lawa". " Adik kamu yang yang buat. Kan dia bakal menjadi pereka fesyen. Fabrik ni umi yang pilih. Baju ni Kak Sofia yang jahit" ulas umi panjang lebar.
" Macam mana dengan baju ni? Selesa? atau mahu diubah sedikit?" tanya Kak Sofia.
" Tak perlu. Memang padan dengan badan saya. Achik terima kasih".
" Lepas ni, belanja KFC!" Achik memang peminat KFC yang setia. Kalau hari-hari belanja dia KFC, belum sempat aku kahwin dah pokai.
" Umi, Angah nak pergi shopping mall kat sana. Umi berbuallah dengan Kak Sofia. Kejap lagi Angah datang".
---------------------------------
Beberapa bulan selepas pernikahan antara
Malam yang hening itu, suamiku bertanya padaku dengan suara paraunya " Ayang nak tau kenapa abang bagi ayang 10 kuntum bunga mawar?"Faizal Amir dan Noorlia
"Yelah, Lia hampir lupa tentang bunga tu. First time, dapat Lia pun hairan kenapa kena bagi 10 kuntum jer. Kenapa abang bagi 10 jer?" kehairanan menerjah mindaku.
" Sebenarnya setiap kuntum bunga itu punya nilai dan maksudnya tersendiri. Kuntuman pertama bermaksud, calon isteri abang merupakan hamba Allah yang taat" aku mendengar dengan tekun sambil merebahkan kepalaku di dadanya yang bidang sambil melihat ke arah langit. Sehinggalah kuntuman terakhir yang membuatkan aku menangis dalam kegembiraan, "kuntuman terakhir bermaksud, kasih dan sayang abang takkan pada sayang takkan pernah luntur sehingga akhir hayat abang" bulan bintang menjadi saksi pada malam yang indah ini.
0 ulasan:
Post a Comment