Monday, July 26, 2010

Impianku

Dalam hidup ini, semua manusia punya impian. Persoalannya, adakah kita mampu mencapainya? Setakat hari ini, aku cuma ada dua impian yang teringin aku capai walau bagaimanapun caranya asalkan halal. Aku tak nak impian aku ini hanya sekadar mimpi aku nak ianya jadi sebuah kenyataan yang sukar untuk digambarkan.

Impian pertama aku adalah untuk mendirikan sebuah sekolah agama dekat pantai. Aku tak nak keindahan yang Allah berikan itu hanya sekadar hiasan. Kita perlu hayati dan jaga. Aku nak anak murid aku sayang pada alam yang sangat indah dan sukar dicari ganti. Sekolah kecil pun tak kesah asalkan aku berjaya mendirika sebuah sekolah agama. Itu yang sebenarnya aku inginkan dari dulu lagi. Biar manusia tidak jahil tentang agamanya. Aku tak nak generasi akan datang hanya sekadar menjadi seorang manusia yang kaya dari segi harta tapi miskin dari segi ilmu. Aku sayang semua manusia. Kalau aku mampu aku nak ubah cara pemikiran manusia zaman sekarang.

Impian kedua aku hanya sekadar mahu tinggal bersama-sama orang asli. Kalau tak dapat tinggal pun aku nak ambil gambar sekitar kampung orang asli. Pasti cantik tempat tinggal mereka. Aku suka tengok hutan penuh dengan kehijauan. Warna kesukaan Rasulullah. Kalau aku boleh aku nak hidup aku ini di penuhi dengan kehijauan. Aku nak hidup dengan sebuah kegembiraan kerana aku dah bosan hidup di penuhi dengan airmata. Aku tak tahan hidup bersama airmata bukan untuk lari dari masalah cuma mencari sesuaru yang aku belum jumpai.

Hanya itulah impian aku. Aku pasti kamu mempunyai impian marilah kita berkongsi bersama-sama. Mungkin kita boleh bersama-sama menggapai bintang di langit!

0 ulasan: