Hidup dalam fantasi. Hidup dalam angan-angan. Hidup dalam penipuan. Semua itu bukanlah sebuah kehidupan yang aku inginkan. Sebuah kehidupan bukan seperti cerita dalam sebuah novel tetapi kehidupan ini merupakan satu perjalanan. Kadang-kadang kita hidup dalam khayalan, angan-angan, fantasi dan penipuan! Jangan biarkan usia kita di sia-siakan.
Kehidupan merupakan sebuah realiti. Kehidupan ini merupakan satu perjalanan, perjalanan menuju ke sesuatu tempat yang merupakan sebuah kebahagiaan tetapi dalam perjalanan itu pasti adanya rintangan dan halangan. Kita tidak boleh lari dari semua rintangan itu. Kita kena tempuhinya dengan menggunakan apa jua cara. Setiap manusia menginginkan sebuah kebahagiaan tetapi hanya kegelapan yang menghampirinya tapi anda perlu ingat bahawa kebahagiaan PASTI menjelma.
Jangan kita hidup dalam sebuah penipuan dan jangan kita memasang angan-angan yang takkan mampu kita kecapi. Tiada keseronokan yang akan kita dapat jika hidup dalam sebuah penipuan. Contoh hidup dalam sebuah penipuan;-
"Aku tak pernah sayang pada dia apatah lagi jatuh cinta dengan dia. Aku tak cinta pada dia! Aku tak cinta pada dia! Tapi kenapa airmataku menitis tatkala melihat dia berpelukan dengan teman karibku. Aku benci pada dia!" berbicara seorang wanita kepada dirinya sendiri. Wanita yang pernah dilukai seorang lelaki.
Dialog diatas menunjukkan bahawa dia menipu pada dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan hidup dalam sebuah penipuan! Wanita itu sebenarnya cinta pada lelaki itu tetapi dia menafikan kerana hatinya sudah hancur. Wanita itu telah tertipu dengan cinta seorang lelaki. Secara ringkasnya, ' bibirku mengatakan aku bencin pada dia tapi hatiku berkata aku sayang, cinta dan rindu padanya' itulah sebenarnya maksud yang aku ingin sampaikan.
Manusia ini suka memasang angan-angan, " Aku nak kahwin Tan Sri", " Aku nak tinggal di istana". Andai itu yang selalu kamu tuturkan aku ingin bertanya padamu, dapatkah engkau berkahwin Tan Sri? Layakkah kau tinggal di istana? Jika jawapan bagi soalanku ialah tidak, maka hapuskanlah segala angan-angan.
Di dalam ini, banyak yang perlu kau tempuhi. Jangan sesekali berputus asa. Cabar dirimu! Jangan menjadi seorang manusia yang lemah dari segala segi kerana aku yakin bahawa setiap manusia ini mampu untuk hidup di alam realiti.
Thursday, June 17, 2010
Kehidupan Sebuah Realiti
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment