RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
" 1 Malaysia" merupakan satu slogan untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum tetapi ada juga yang tidak suka pada slogan ini. Ada sesetengah manusia suka memandang ke arah negatif. Contohnya, Apalah slogan ini pun nak tiru dari negara Israel dan negara Indonesia, 1 Malay ( Inggeris) Sia ( Saya) bermaksud 1 Melayu iaitu saya dan banyak lagi kritikan tentang slogan ! Malaysia.
Di sini saya ingin mengajak seluruh warga Malaysia berfikir kearah positif. 1 Malaysia, bukan hanya slogan biasa tetapi satu mesej yang sangat bermakna untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan untuk menghapuskan sifat perkauman. Saya ingin melontarkan satu persoalan, "Mahukan anda sejarah 13 Mei berulang lagi?". Sebagai manusia, aku tidak ingin sejarah 13 Mei berulang lagi. Hentikanlah sifat perkauman.
Kadang-kadang aku hairan. Kenapa anak-anak kecil sudah ditanam sifat membenci sesebuah kaum?. Mereka itu belum boleh berfikir secara rasional. Anda sebagai ibubapa yang membentuk peribadi anak-anak anda. Anak-anak inilah yang akan memimpin negara. Mahukah anda mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai sifat benci sesuatu kaum?. Cina, Melayu, India dan sebagainya adalah rakyat Malaysia.
Kadang-kadang di sekolah, di pejabat, di pasar dan terutamanya di kedai kopi. Rakyat Malaysia bercerita tentang slogan ini, '1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' slogan yang diilhamkan dari Perdana Menteri kita untuk membawa kearah kebaikan. Aku ingin mengucapkan taniah buat Perdana Menteri kita diatas segala pembaharuan yang telah beliau lakukan demi rakyat Malaysia. Beliaulah Bapa 1 Malaysia!
Hentikan sifat perkauman ini! Jangan turunkan sifat benci sesuatu kaum kepada anak-anakmu! Jangan sehingga sejarah 13 Mei berulang lagi baru anda ingin menyesal!
0 ulasan:
Post a Comment