DARJAH 4
Dia seorang pelajar yang sentiasa hormat dan mengingati pesanan gurunya tetapi dia seorang yang anti-sosial kerana bagi dia aktiviti sosial tidak ada faedahnya. Dia juga hanya bercakap bila perlu. Cuma, dia ada satu masalah saja yang masih membelenggu dirinya. Masalah ini hanya berlaku semasa waktu pembelajaran Bahasa Inggeris.
“ Puteri, please read paragraph two” ujar guru Bahasa Inggerisnya, Teacher Suraya. Puteri yang kedudukannya dibelakang berdiri. Di angkat bukunya. Dipandang buku itu. Semua mata tertumpu kepadanya tetapi mulutnya terkunci.
1 minit…… 2 minit…… 3 minit
‘ Puteri you can do it. Kau bukan tak tahu cakap orang putih cuma kau takut, Puteri. Kau perlu yakin pada diri kau. Takkan selama-lamanya kau perlu takut? Wake up, Puteri!’
Sudah 3 minit masa berlalu satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Puteri menarik nafasnya dalam-dalam dan dihembusnya perlahan-lahan. Diulangnya beberapa kali.
“ Puteri, what’s wrong? Please read paragraph tu” Teacher Suraya dan manusia di sekelilingnya masih menunggu ‘mutiara’ keluar dari mulutnya.
“The….the… the man was walked….bla….bla…” di bacanya sampai habis.
DARJAH 6
“ Selamat sejahtera, sila ambil perhatian. Di sini ada pertandingan syarahan peringkat sekolah yang dianjurkan oleh PIBG. Sesiapa yang ingin mengikuti syarahan inii, bolehlah mendaftarkan nama kepada saya sekarang” Farhan dari kelas sebelah memberikan pengumuman yang menarik perhatian semua pelajar.
Di suatu sudut….
“Wawa, kau ikutlah pertandingan ni. Nanti aku ajarkan kau. Pelase, Wawa” Puteri merayu kepada Wawa kerana dia dapat melihat bahawa Syazwa ada potensi untuk Berjaya.
“Eeee… tak naklah. Aku bukannya pandai syarahan” balas Syazwa. Puteri mula menggaru kepala yang tidak gatal itu.
“ Okay, kau ikut saja. Aku janji akan ajar kau. Please Wawa” Puteri tidak mengikuti syarahan ini kerana dia tahu kelemahan dirinya. Dia masih berada ditakuk lama.
Tiap-tiap waktu rehat,
“Okay, first kita kena kasi betul dulu intonasi kau. Then, baru aku ajar kau pergerakan tangan. Cuba kau baca semua dulu. Ooooya, sebelum aku terlupa kau mesti rajin praktis depan cermin” dengan penuh semangat Puteri menerangkan kepada Syazwa.
“ Kau punya intonasi oklah. Ada yang perlu diubah. Sekarang pergerakan tangan. Kat perkataan ‘hadirin dan hadirat’ tangan kau buat macam ni. Cuba kau buat” dia mengajar Syazwa tanpa rasa jemu.
“ Put, nanti kalau aku menang. Hadiah tu kita bagi dua okay?””Okay”.
TIBA HARI PERTANDINGAN
“ Put, ko tengok aku ni” Puteri tengok Syazwa buat depannya. Tapi yang tidak memuaskan Puteri ialah Syazwa selalu mengulangi perkataan yang mempunyai huruf ‘s’ kerana sebutannya berbeza dengan orang lain.
“Syaz, aku tak nak kau ulang balik-balik perkataan yang sama. Kau perlu yakin! Jangan disebabkan kau tidak dapat menyebut ‘s’ macam orang lain kau anggap diri kau cacat. Itu keistimewaan untuk kau yang Tuhan telah bagi. Ok, itu saja good luck!” aku beredar untuk melihatnya di hadapan pentas.
Keputusan ditangan para hakim…. Jeng..jeng…jeng.. inilah saat-saat yang mendebarkan jiwa setiap peserta. Tempat pertama jatuh kepada, Siti Khadijah Farahani. Tempat kedua jatuh kepada Syazwa Zurain dan tempat ketiga dimenangi oleh Amir Arsyad. Bergema tepukkan gemuruh buat semua peserta yang Berjaya.
Dia menahan air mata daripada mengalir. Dia ukir senyuman buat sahabatnya yang berjaya. Sangat-sangat tidak dia sangka Syazwa boleh memenangi pertandingan ini walaupun hanya tempat kedua. Syukur tidak terhingga kepada Tuhan.
“Put, terima kasih. Ini untuk kau” Syazwa menghulurkan sebahagian hadiahnya kepada Puteri.
“Takpalah, itu kau punya. Itu hasil daripada usaha kau. Aku ikhlas bantu kau. Aku tak harapkan apa-apa balasan dari kau. Kau simpan saja hadiah tu buat kenangan” Sebak di dada tidak dapat ditahan oleh Puteri. Empangan itu akhirnya melimpah-ruah.
Itulah kisah seorang pelajar yang tidak pernah mempunyai apa-apa jawatan kerana dia tidak mempunyai keyakinan dalam diri. Hanya ketakutan kepada manusia yang menyelubungi dirinya. Kini, pelajar itu mempunyai keyakinan serta karisma yang sungguh mengkagumkan. Jawatan sentiasa menantinya tetapi Puteri bukan manusia yang mudah lupa, bak kata Dr. M ‘melayu mudah lupa’. Keinginannya selama ini yang ingin memegang sesuatu jawatan akhirnya tercapai tetapi dia baru mengetahui bahawa mempunyai jawatan itu tidak menggembirakan. Tetapi dia tidak mampu untuk memulakan perjalanan hidupnya semula……
Thursday, September 30, 2010
Cerita tentang 'Dia'
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment