Thursday, July 16, 2009

Not Good Week...

Assalamualaikum...

apa khabar??? sorryla... this week kan. aku bz lagipun hari selasa tu aku sakit. kenala kesian kat aku ni... but today me happy banget!!! walaupun kena marah kat sigu shila a.k.a shila majid... hehehe nama glamour. aku kan kena jemput oleh sigu faridah (sigu praktikal) masuk kelas dia. aku pun setuju.. waktu tu sigu yusiah ganti... lepas tu sigu shila ganti... waduh...waduh...waduh... dia cari aku.. besala waktu PJK aku pandai lesap... hilang entah ke mana... hehehe. lepas tukan, tu uncle mervin guna bas putih... jadila kami PTI hari isnin tu. tapi syokla... ketawa2. Habis rahsiah tu terbongkar... angkara siapa ni???? ishk...ishk... adakah patut dorang kata aku olok si Wenanita... tula bahasa melayu pun ndak lulus. How about PPSMI... adakah anda setuju di tukarkan kepada bahasa melayu @ bahasa jiwa bangsa??? walauapapun pendapat anda aku tak kesah... manusia mempunyai pelbagai pendapat. apa2 pun kepala otak aku ni masih pusing pikir tentang apa yang kakak lia balas... " Allah menempatkan kita di sesuatu tempat pasti ada sebabnya, untuk uji atau untuk mengubah" soalan ni simple n senang but for me it's susah....


Sejak kebelakangan ni.. aku selalu pikir nak kawin...hehehe. dah pandai menggatal kah??? besalah... sekali sekala berangan2. imginasi yang sungguh canggih... betul ker ayat tu??? hehehe. relax2 sabarlah... nanti aku kawinlah jugak dengan putera kayangan...hehehe

Saturday, July 11, 2009

Hari yang paling bahagia...

Assalamualaikum...

khaifa halukum? hari jumaatkan, semalamla. naik bas yang teda tempat duduk.... berabis kami ketawa. sebab uncle bas (mervin) tangkap gambar. sudah dia lalu depan sekolah, lambat ambil kami. dalam bas dia guna video rakam kami... aku nampak kayu jadi aku pukul tangan dia tu... sudahla tadi tengahari dia buli aku. aku ni duduk atas tayar tempat yg akhirla, adakah tiba2 dia brek mengejut....hehehe. berabis dia ketawa di depan ndakkah aku geram???!!! ya, ni hari... hari ko, besok hari aku. ingat tu.. waktu kat trafik light tg. aru, ada lagi kereta yang ambil gambar kami. famous sangat kami hari tu...hahahaha. alamak!!! sigu2 pun nampak kami.

My teacher sigu Nadzeerah... ada berita gembira. aku baru dpt dari adik dia. sigu mengandung!!! patutla sejak kebelakangan ni dia suka marah2. emosi tidak terkawal. kepada adik sigu thanks sebab bagitau.

*kakak aku yg pki tudung biru tu
petang tu waktu rehatla, aku call kakak lia. yalah gembiranya hati aku dengar suara dia. entah kenapa aku sayang sangat kat dia... maybe jiwa dia tu, jiwa pendidik yang sebenar2nya yang aku cari. dahla jadi cikgu lahir pun hari guru...bestnyer. dia kata dah balas emel aku, dia ni pun cikgu aku merangkap kakak aku merangkap penasihat aku...hehehe (panjangnyer). kalau aku ada masalah aku selalu tanya dia. aku bacala emel dia lepas balik sekolah. ya Allah rupa2 orang kat sana tu sedang bergembira nak dapat baby baru. Tahniah kak, semoga selamat melahirkan baby tu. Apabila kita sabar... pasti ada hasil yang lumayan di sebaliknya, kan kak? hehehe. nanti saya balik emel kakak, ok? I LOVE YOU kakak.

Thursday, July 9, 2009

Blog Kelas


Assalamualaikum...

tadi baru kasi siap blog untuk kelas. korang tengok2la blog tu. kalau takder yang tengok aku sepak kang...hehehe. alahai ndak terror aku buat tu blog tapi akula org pertama posy kat blog tu. any problem bincang dalam ym or kat kelas kay.... aku belum lagi pikir tema/ warna blog tu. aku letak jer warna hijau sebab kelas aku warna hijau.


aku ni tengah boring. si shah, adik sigu jira jarang online dah. aku teda mau cerita2. wlpn dia ni lembab sikit but dia ni seorang pelawak. very lucu.


Wednesday, July 8, 2009

Bulan Kecergasan n Nariehan


Assalamualaikum..

minggu ni ialah bulan kecergasan....konon jer bulan kecergasan tapi pelajarnya ndak cergas pun... tadi adalah senaman dipimpin oleh parlimen. buruk benar senamannya. cikgu pun mana ada yang turun memeriahkan majlis yang ndak berapa mesra tu... cikgu praktikal tu ramai2 masuk pegi pusat sumber (ps). baru jer siap chat ngan si nariehan... kami bincang mau buat blog untuk kelas..

bincang2la tentang rulez, password n email. besok baru mau bagitau ttg cadangan ni. untuk menyenangkan.... tengah tunggu persetujuan. kalau dorang setuju aku boleh buat. Ni idea saper??? idea akular.hehehe. puji diri sendiri.


cerita tentang nariehan.

nariehan a.k.a eri. budak ni okla cuma panas badan dia. dia ni kalau bercakap macam susah dia mau kasi sampai mesej tu. dia ni macam ndak terurus masanya.kalu keluar gila2 dia ni...ishk2. dia ni periang... ada sedikit masalah tentang kehadiran. kalau bab makeup tu paling campain... kalah aku. kalau kau mau kasih makeup aku jgn harapla!!!!


Tuesday, July 7, 2009

Cerita Hari ni..

Assalamualaikum... wahai pembaca yang budiman.

Ya Allah mudahkanlah segala urusanku. today pun kena marah oleh cikgu Rohana... aku geramla. makin aku duduk kat kelas tu, makin aku marah. nasib baik waktu kena denda aku beristigfar. udahla, aku kena kasih tinggal bas. aku yang terkena bebel. sabar jerla... walau berapa bnyk pun uncle bas aku kasih tinggal tetap aku ndak mau pindah cari bas lain.. kenapa yer? wat everla... tadi balik pun... lambat sampai. kalau hari2 gini aku blh jalan kabut hidupku. tadi terlampau sibuk aku... banyak kerja. nasib boleh aku relax2kan kepala time ceramah 'rexona'. tapi masa susun meja tu... cikgu Melati bising. kotor banget kelas tu. Wenanita!!!! kenapa kau ndak jalankan tugas. aku rasa adil bah aku bagi2 tugas tu. kalau ko rasa ndak adil... kau bagitau aku. FAHAM!!!

My brother ndak tuisyen hari ni... dia masak. bagai2 dia masak. aku rasa boleh2la.... dia ni orang yang perasan sangat hensem. pernah dulu, aku sebelah dia jak.... ada cikgu lalu depan kami " cikgu hensemkah saya?" dia tanya kat cikgu tu. apalagi geleng2la kepala cikgu tu.hehehehe.
to nariehan a.k.a eri.... ko tunggu jak nnt aku tulis tentang ko. ok?

Monday, July 6, 2009

Hari membebel

Assalamualaikum...
besala... hari isnin tapi rasanya hari ni hari yg teruk. kamu mau tau??? waktu perimpunankan ada dua kelas kena iktiraf macam tong sampah minggu lalu, kelas 1s dan kelas 1a. jadi, kami pun kena denda oleh cikgu amy... dia suruh tulis "i must do my part to make the classroom clean" 80 kali. ndakah sengsara... mcm besala, aku main tipu aku lompat tu nombor. lepas tukan, time cikgu jira kan dia marah kitaorang sebab bising... banyak kali dia marah. macam tawar hati dia mau mengajar kelas kitaorang hari ni. pelajarnya pintar tapi tidak pandai menghormati guru. tula budak-budak zaman sekarang. aku lebih suka mau kelas terakhir... nyaman, tenag dan damai... teda gaduh2. Sekarang aku tengok bilik guru macam tempat recycle. semua complain itu inila... kenapa tadi ndak cakap terus ngan pengetua supaya letak kat luar bilik guru??? Ok2 jak bilik guru tu. sampai sini jakal aku tulis... no idea, lagipun tengah sibuk kasi siap kerj rumah.bye. wassalam

* kepada cikgu jira: jangan ambil hati terhadap perkara tadi. Jangan mudah putus asa kerana kami. teruslah menjadi seorang guru. Pasti suatu hari nanti ada berita yang membuatkan hati cikgu gembira.

Saturday, July 4, 2009

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

apa khabar iman hari ini sahabatku? Jagala iman anda setiap hari... Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi, aku lulus peperiksaan semester 1 walaupun pencapaian aku tak memberangsangkan disebabkan aku mempincangankan ilmu itu. aku skrg sedaya upaya untuk menekan kan terhadap diriku 'aku belajar kerana ilmu bukan kerana perkara yg lain'. aku senyum kerana gembira sebab pendidikan seni aku gagal... aku mau cikgu tu sedar.. dia sebenarnya tak layak jadi cikgu. kerana perkara silamkah yg membuatkan sains aku nyawa2 ikan??? aku ingin melupakan perkara itu tapi... ia tetap ada di mindaku atau di sebabkan ilmu itu tidak berkat... STOP!!! aku mau melupakannya. result aku ok2 jak tu... bapak aku still tak puas hati... bagi aku sekolah ni ndak mecabar.. aku mau sekolah yang mencabar. aku mau balik sri gaya... but umur aku dah lebih. aku suka di sana. dalam banyak2 sklh yg aku pernah pergi hanya satu sekolah jak yang terpaut kat hati aku 'madrasah assalam kampung contoh' sekolah ni membuatkan hatiku sentiasa tenang. lepas solat asar, aku suka duduk kat tingkat paling atas, dari situ aku dapat melihat pemandangan yang sungguh indah sambil angin meniup sesepoi bahasa.... aku duduk di situ, memikirkan ciptaan ilahi yang sungguh mempersonakan. Hidup ini umpama roda, kadang2 kita di atas dan kadang2 kita di bawah. biasanya, kita sentiasa ingin berada di atas... kita tidak suka pada kesusahan... sama seperti aku...hehehe

Friday, July 3, 2009

Kesian cikgu n abangku birthday

Assalamualaikum...
pada tarikh 2 Julai, Cikgu Nadzeerah binti Ibrahim a.k.a cikgu Jira. satu masa jer waktu dia, kena nilai oleh pengetua. sepanjang waktu tu aku nak ketawa jak... tak sangka pulak kawan2 aku pandai berlakon... cikgu pun sama tukar cara dia mengajar. dia speaking london...hehehe. cikgu tanya "okay class"... "ok teacher". sedangkan dorang tak paham. dengan tahap kefahaman aku yang kurang... so, lepas dia mengajar aku jumpa dia dan mintak dia ulang topik tu minggu hadapan. Dia pun dua kali lima kaku banget nak speaking london, sudah biasa dia mengajar kami dalam bahasa melayu untuk subjek math... tetiba jer tukar bahasa, tak ker rasa lain sikit. Dahla senyap memanjang dalam kelas tu... tula first time aku dengar dorang senyap macam tikus. Aku yang kurang pandai speaking london, pun tak mengutarakan soalan. biasanya akula yang paling banyak mulut nak tanya itu..ini. Aku pun kesian cikgu tu... aku tau dia nak mengajar dalam bahasa melayu tapi tak boleh tu peraturan kementerian, mesti ajar dalam bahasa inggeris. Ya Allah, ku mohon cikgu Nadzeerah dapat markah yang baik untuk penilaian tu...amin. Kesian cikgu.... sabar jerla. tawakal, lagipun cikgu dah sedaya upaya nak speaking london tu.


Alamak.... kesian kat abang aku takde kek. dahla dari hari tu... lagi dia kasih ingat tarikh birthday dia.... last2 lupa lak. 'aku tak taula kalau dia ingat, macam dia lupa jak'. sabar ada jugak kek ndak pun KFC... cian abang...hehehe. hadiah takde yer... bukan kedekut tapi takde buget... abang aku ni... dulu terkenal dengan habit dia kuat tido. pernah hari tu... kelas gantila. ramai tak datang... so darjah lima ngan darjah enam kena gabung. apalagi tidola dia waktu ustazah mengajar. tetiba jer ustazah suruh kawan dia kasi bangun... ustazah tanyala "kenapa 'nun' ni mati?" abang aku bangun dari kerusi " sebab 'nun tu tak bayar hutan" dengan selamba abang aku jawab. habisla kelas tu ketawa... aku pun join ketawa lucu sangat. Kenapalah ngan abang aku tu... mungkin dia masih angau..hahaha. Pengajarannya, lain kali jangan tido waktu cikgu/ustaz/ustazah mengajar.... faham anak2.

Wednesday, July 1, 2009

Cikgu Praktikal

Assalamualaikum...
maybe bagi korang tajuk ni tak best... tapi aku tetap nak cerita...hehehe. tengahari tadi masa aku nak hantar surat sakit si reyneilda. aku jalanla sambil senyum2 lepas tu ada sorang cikgu praktikal ni (ajar sidang pagi) aku memang tak kenal dia, dari ums "dapat surat dari boyfriend ker?" cikgu tanya. jadi aku pun jawabla "takla cikgu" . alahai... teknologi moden sekarang cikgu buat apa nak pakai surat2 ni 'low class' ler. waktu chek fizikal (perkara yg membuang masa ni) cikgu sejarah dtg ( cikgu praktikal gak. nama dia Faridah Musa) dia srh pegi lab. aku pun mengambil kesempatan tanya dia " cikgu kenal tak, cikgu praktikal yg hari ni dia pakai baju warna hijau... tudung putih n kulit dia hitam manis?" aku ni tau sangat. "ooo... yg pendek2 tu? dia tu housemate cikgu"... aku pun bagitau apa yg terjadi tadi tengahari tu...hehehe. waktu time dia mengajarkan kls kita orang mcm biasa bising. tiba2 cikgu marah... semua diam. aku seperti biasa senyum2 dalam diam. "takla... cikgu main2 jak" satu kelas pun ketawa, aku pun sama. cuma aku perasan kat akhir kata2 marah dia tu ada suara serak yg menandakan dia nak nangis. sebelum dia nak mula mengajar pun dia tarik nafas... maknanya dia tu betul marah kat kami. Aku ni selalu kesian kat ciku praktikal... mereka ni selalu kena pijak oleh pljr2 pintar. besala... pelajar kls pintar ni adalah yg tak respect cikgu but 'I HATE THAT HABITS'. kebiasaannya kls pertama ni pelajarnya petah sangat bercakap. sebenarnya... guru ni boleh di bawa berkawan tapi ada batas2nya. kadang bila di fikirkan balik salah cikgu jugak tak tegas... saya nak guru yg TEGAS bukannya GARANG. teda sape2 yg suka cikgu marah macam singa. sape yg suka???????.. ckp kat aku. cikgu2 ni terlampau mengikut prosedur2 kat dalam buku (maybe belum ada pengalaman)... buku tu hanya rujukan, cara mengajar terpulang kepada cikgu. aku nak lihat 'adakah cikgu Faridah akan menggunakan taktik yg selalu di gunakan oleh guru yg tak profesional untuk penilaiannya?'. kita tunggu dan lihat apa yg akan berlaku. ada gak cikgu ni suruh pelajarnya berlakon... jadi dpt markah tinggilah, result yg keluar. ada jugak cikgu yg tak sampai setengah jalan nak putus asa...

kepada para pendidik yg baru renung2kanlah kata2 ini...

"Apabila kamu telah keluar menjadi seorang pendidik, tanamkan dalam minda kamu bahawa, setiap pelajar adalah sangat berpotensi untuk berjaya. Jangan pandang pelajar melalui kacamata semata2 sama ada mereka pandai atau sebaliknya tapi lihat merek sebagai permata yg akan bersinar jika kita benar2 mendidik"

"Jika kita menganggap kerjaya guru sebagai beban, maka jadilah ianya beban. Jika kita menganggap ianya adalah suatu ibadah maka jadilah ia sesuatu yg wajib kita laksanakan. Jika kita menganggap ianya sesuatu yang menyeronokkan maka jadila ia perkara yg menyeronokkan"

*Renung2kanla mutiara kata ini