Monday, August 23, 2010

I can if I want to be...

Saya boleh jika saya mahu jadi apa yang saya ingin jadi. Mungkin suatu hari nanti saya akan menjadi seorang doktor, guru, polis dan macam-macam lagi. Alangkah gembiranya hati jika usaha kita itu dihargai. Tidak dapat ditutur perasaan gembira itu dengan lidah. Hanya air mata yang menemani tatkala suka duka dalam kehidupan ini.

GURU
Aku tahu... menjadi seorang guru itu bukan perkara yang mudah tetapi aku boleh jadi seorang guru jika aku mahu dan aku mampu. Aku akan lebih gembira melihat pelajar yang aku didik itu berjaya kerana kejayaan itulah yang membuat mereka hidup bahagia. Andai suatu hari nanti, mereka terserempak denganku pasti kata-kata terima kasih ditutur beribu-ribu kali. Ilmu sudah didada dicurahkan kepada manusia yang menginginkannya pasti wang ringgit tidak dapat menggantikan harta yang bernilai itu. Apabila melihat aku terlantar di hospital pasti mereka memberiku layanan yang sangat baik kerana aku mereka berjaya. Sebenarnya, aku menginginkan semua itu hanya kegembiraan itu yang ingin aku lihat di wajah mereka.

IBU
Andai aku menjadi seorang ibu. Betapa riangnya hati ini. Mengandungkan seorang anak selama 9 bulan. Aku bawa ke sana ke mari. Beban yang sangat berat tapi aku tabah kerana aku ingin memberikan dia peluang. Peluang untuk hidup di dunia supaya menjadi seorang hamba yang taat. Melihat wajahnya yang mulus sambil menyusukannya kuusap-usap ubun-ubunnya. Allahuakhbar!!! Sungguh indah. Ku pimpim dia sehingga dia menjadi seorang pemimpin yang beribawa. HEBAT!

PEMANDU BAS
Setiap hari, aku bangun awal semata-mata ingin menghantar para pelajar. Itu rutinku setiap hari. Kadang-kadang aku rasa muak. Aku bosan tetapi aku mahu mereka menjadi seorang yang berguna untuk negara. Membangunkan Malaysia menjadi negara yang maju dalam teknologi. Makin hari, usiaku bukan muda lagi. Ingatanku semakin hari semakin tidak kuat. Aku pandu kereta mencari ketenangan. Tiba-tiba polis menyuruh ke pinggir jalan. Aku turunkan tingkap keretaku. Polis itu merenungku, dia menanggalkan topi keledarnya. "Maaf, saya tahu saya salah. Saya tidak pakai tali pinggang keledar" aku kata begitu padanya. "Uncle, ini aku bah. Dulu pernah naik bas kau" kami pun berbual-bual sehinggakan polis yang pernah mengikut bas aku tidak jadi menyaman aku kerana dia tahu tanpa aku pasti dia tidak dapat menjadi seorang polis.

Sungguh bagus dapat menabur bakti kepada manusia yang memerlukan dan pandai menghargai jasa yang dicurahkan. Ingat jasa seseorang dan jangan ingat kesalahan seseorang.

0 ulasan: