Aku marah sangat kepada manusia yang memandang orang lain dengan pandangan jijik. Apakah menjadi tukang sapu, tukang kebun dan tukang kutip besi buruk itu pekerjaan yang jijik? Bagi aku tidak! Kerana tanpa mereka alam ini mungkin dipenuhi sampah, mungkin juga bunga-bunga layu dan mungkin juga manusia tidak akan menjadi manusia penyanyang. Apakah kamu mahu semua perkara itu berlaku?
Pengetua, Guru Disiplin dan Guru Kaunseling sama saja. Aku tak suka orang pandang rendah pada mereka. Memang gaji mereka sedikit tapi mereka punya hak untuk dihormati. Mereka itu manusia yang punya perasaan. Bencinya aku! Nama saja guru tapi fikir guna kaki.
Sepatutnya kami sebagai remaja tidak dipanggil sebagai budak-budak. Oleh sebab, kami digelar budak-budak makaa cara kami berfikir akan sama seperti budak-budak kerana kamu tidak mahu kami menjadi seperti orang dewasa! Bantu kami untuk berubah!
Monday, July 26, 2010
Jangan Pandang Sebelah Mata!
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment