Aku bertuah hidup di dunia ini kerana aku dapat merasakan kegembiraan, kesedihan, penderitaan dan sebagainya. Ianya umpama roda. Kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Kata ini datang daripada sahabatku Ina.
Andai masalah menimpa diriku. Aku tidak akan sesekali mengangap ianya sebuah penderitaan tetapi aku akan mengangap ianya sebuah ujian. Ujian yang perlu aku tempuhi kerana setiap ujian yang aku tempuhi pasti ada kegembiraan yang menjelma.
Syukur alhamdulillah, aku sungguh gembira diatas kejayaan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk hanya sekadar mahu berkongsi kegembiraan. Aku sebenarnya mengharapkan Kak Nina yang mendapat hadiah ini kerana usaha dia yang aku lihat itu membuatkan aku tertarik. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Teacher Christina dan kawan-kawanku terutamanya Kak Nina.
Tidak ada apa-apa rahsia ketika aku menjalankan tugas hanya sebuah kata-kata yang aku pegang ' You not need to work hard but you need to be the best' sebuah kata-kata dari seorang jejaka yang aku sayangi. Tatkala membuka hadiah yang diberi hatiku berbicara, ' Teacher suruh aku belajar memasak ker?'. Apa bila buka sampai habis, rupa-rupanya Teacher suruh aku belajar menabung. Lucu jugak hadiah tu.
Aku sangat berterima kasih kepada Teacher Christina kerana setiap hari dia mengajar aku sesuatu perkara yang baru. Dia bukan hanya mengajar aku matapelajaran sains tetapi lebih daripada itu. Sayang Teacher Christina.
p/s: Jangan hairan kalau ada party aku macam kurang bergaul sebabnya aku teringat seseorang. Nanti aku upload gambar hadiah tu.
Sunday, July 18, 2010
Aku Bertuah
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment