Sunday, May 2, 2010
Entah apa-apa...
Aku sedar siapa diriku. Hanya insan biasa yang hidup serba kekurangan. Hati yang kosong, tiada siapa yang sudi mengisinya. Kenapa ini berlaku? Hidup hanya diselubungi kegelapan. Hidup hanya bertemankan air mata.
Tiada siapa yang kenal pada diriku. Mereka hanya melihat diriku sebagai seorang pelajar yang hanya tahu menyanyi. Jika mereka tahu siapa diriku ketika aku di sekolah rendah pasti tiada siapa yang sudi berteman denganku.
Aku bukanlah seorang pelajar yang pintar. Aku pelajar yang suka hidup bersendirian kerana mengangap kawan itu tidak bermakna. Seorang pelajar yang pernah dihumban selipar tandas oleh pengawas. Aku tidak pernah rasa dihormati ketika itu. Aku hanyalah seorang yang hina dipandangan mereka. Aku tahu mereka kaya tapi jangan hanya kekayaan harta emak bapa kamu sombong.
HIDUP
Ya Allah
Aku sering alpa
Diriku hanyut dalam medan masa
Merentas segala onak duri
Aku keseorang
Aku gagal mencari sang mentari
Mentari yang tak kunjung tiba
Aku bosan untuk terus menunggu
Aku terus melangkah
Tanpa arah tuju
Tiada siapa yang sudi memimpin
Aku terus alpa
Alpa pada yang Esa!
Seketika
Aku menangis
Meratapi nasibku
Hidup yang serba kekurangan
Ya Allah
Engkaulah yang biasa merawatku
Engkaulah yang kusanjung dimuka bumi
Engkaulah yang memberikan daku nikmat
Sungguh, aku reda dengan segala takdir
Yang Engkau tentukan!
Karya Darayani Johari.
Jangan copy sesuka hati!
Mintak kebenaran daripada saya!
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
salam...
nak minta copy puisi ni boleh?
boleh tapi sila sertakan nama pengkarya...
Post a Comment