kamu semua dengar bahkan penolong kanan sidang petang cakap, yang ada kes buli mintak duit? apa yang aku ingin persoalkan disini ialah kenapa perkara ini terjadi? pada pandangan aku, perkara ini terjadi atas tiga sebab:-
1. kerana mencari keseronokkan
2. mak bapak tak mampu berikan kemewahan
3. kerana undang2 sekolah
'MENCARI KESERONOKAN'
mereka ini merupakan pelajar yang kurang mendapat kasih sayang daripada orang yang dekat. mereka rasa terpinggir. jadi, mereka cari keseronokan. mereka rasa seronok kalau membuli dapat tengok orang ketawa disamping itu dapat penuhkan poket mereka. so, dalam konteks ini ibubapa perlu peka terhadap kegiatan anak2 dan berikan kasih sayang yang secukupnya.
'MAK BAPA TAK MAMPU BERIKAN KEMEWAHAN'
siapa yang tak nak hidup mewah? bagi pelajar seperti saya, saya perlukan duit untuk hidup mewah. saya mahukan sesuatu yang saya inginkan. mak bapa aku manalah kaya. hujung bulan dapat duit.. bayar itu, bayar ini duit yang tinggal hanya untuk survive hidup. mau beli barang yang aku mahu pun tak dapat. so, inilah antara sebabnya.
'UNDANG-UNDANG SEKOLAH'
di sini yang saya mahu tekankan. seperti yang baru-baru berlaku ini yang aku tidak rasa tenang hanya kerana cikgu punggut duit RM1 dari pelajar yang tiada buku peraturan sekolah. hari makbapa bagi duit RM1 untuk makan tapi dibuat bayar denda. itulah terjadinya kejadian membuli mintak duit. itulah jugak sebabnya kegiatan ah long berlaku di sekolah dalam senyap. kalau cikgu nak denda plejar, bagilah denda yang bermanfaat jangan kejam pada perut mereka. tidak semua orang dalam sekolah tu mampu beli buku peraturan sekolah tu walaupun harga hanya RM4.
dalam perkara ni, benda seperti ini tidak sepatutnya berlaku!!! salah siapa kejadian mintak duit ini berlaku??
Monday, March 29, 2010
Kenapa ini terjadi???
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment