Friday, August 20, 2010

Rentetan...

Aku lihat alam disekelilingku. Aku menangis. Tiada siapa yang pedulikan  aku. Setiap detik aku berasa rindu. Rindu pada alam. Ku lihat alam. Ada hijau. Ada biru. Ada merah. Ada kuning. Macam-macam warna yang aku boleh lihat. Segala cerita dari hatiku, aku luahkan pada alam. Aku berbicara dengan alam. Deruan ombak. Kicauan burung. Angin yang bertiup. Sungguh mendamaikan. Hatiku sungguh tenang. Andai aku diberi dua pilihan, antara hidup di kota metropolitan dengan di perkampungan orang asli. Pasti aku akan pilih untuk tinggal di perkampungan orang asli kerana jiwaku disana.

Aku tak mampu hidup di kota metropolitan. Aku tahu aku boleh kaya tapi jiwa aku. Adakah jiwaku akan tenang? Setenang air di lautan? Hatiku sering bergolak seperti ombak sehinggakan aku sukar untuk menenangkan. Aduh hati. Jangan kau begini. Jangan tambahkan beban dalam hidupku. Aku tak mampu menanggu penderitaan ini. Wahai Allah yang Maha Agung, bantulah hambamu ini.

Kanan kiriku penuh dengan pendustaan. Aku tidak mahu hidup dikelilinggi orang seperti mereka. Orang yang tiada fikiran. Apa yang ingin aku jadi suatu hari nanti? Aku nak jadi manusia! Apakah sekarang ini kau bukan manusia? Seseorang itu layak digelar manusia jika dia punya perasaan kasih terhadap orang lain. Tidak kira manusia itu saudaranya atau orang yang tidak dikenalinya.

Saban hari, aku melihat dikaca TV anak-anak tidak berdosa dibuang seperti sampah. Sungguh jijik perbuatan itu. Mereka yang melakukan perbuatan ini tidak layak digelar manusia. Tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Mana hati nuranimu? Kenapa kamu sanggup melakukan perkara ini? Apa kamu tidak memikirkan masa depan bayi itu? Aku sebagai remaja sedih melihat kejadian ini. Semakin menjadi-jadi.

Setiap masa, aku bayangkan. Aku menjadi seorang ibu. Sungguh aku takkan sanggup melakukan perkara seperti itu. 9 bulan bayi itu berada dalam tubuhku. Susah payah aku membawa kesana kemari. Apatah lagi, jika aku dapat menyusukannya. Ah... alangkah bahagianya. Aku didik dia dengan jari jemariku. Sungguh indahnya.

Anak yang dibuang seperti sampah ini. Sama sekali tidak pernah berdosa! Mereka hanya ingin peluang. Peluang untuk menghirup udara di bumi ini. Tapi kamu telah... Aku tak tahu ingin katakan apa lagi. Hanya kerana nafsu! Nafsu serakahmu! Suatu hari nanti, pasti bayi-bayi ini bertanya pada diri mereka. Siapa ibuku? Siapa ayahku? Kenapa aku dicampak? Kenapa ibu dan ayah tak sayang padaku? Apakah dia dapat menjawab persoalan yang diciptanya? Tidak. Malah kamu sepatutnya berasa bersalah kerana meninggalkan mereka!

Aduh... parah sudah hatiku ini. Aku tidak dapat menahan tangisan ini. Aku benci padamu. Alam ini jua benci padamu. Apatah lagi Allah. Bertaubatlah. Jangan sia-siakan hidup ini. Tinggalkan perkara yang merosakkan akhlakmu. Sesungguhnya, pintu taubat masih luas untukmu.

0 ulasan: