Setiap kali kita menangis pasti kita menginginkan seseorang mendengar luahan hati kita tapi kawan tidak selalu berada bersama kita walaupun 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun mereka tak mampu sentiasa mendengar luahan kita. Tertekan macam mana pun kita terpaksa pujuk diri kita.
Mungkin dengan cara menangis kita dapat mengurangkan rasa tertekan. Maka menagislah sepuasnya! tapi jangan menangis seperti orang jahil. Menangislah sambil muhasabah diri. Kenapa Tuhan berikan kita ujian ni? Ujian sekecil zahrah pun susah untuk kita tempuhi apatah lagi yang besar. Betapa kerdilnya diri kita dihadapan Tuhan. Tundukkanlah egomu.
Setiap masalah pasti ada penyelesaianya. Jangan hanya kita tahu menangis meratapi segala masalah tapi kita perlu menyelesaikan dengan cara sendiri. Pujuk diri untuk tidak kelihatan lemah dihadapan orang tersayang. Sakit macam mana pun hati kita. kita perlu sentiasa tenangkan hati ini. Jangan semai sifat pendendam dalam nurani kita. Sekali kita semai, sukar untuk di ubati. Biar hati ini tenang menghadapi ujian dan masalah yang tertimpa biarlah kita anggap sebagai cabaran di dalam hidup. Jangan putus asa.
Satu perkara yang perlu kita tahu ialah kita perlu menghadapi masalah. Jangan sesekali lari dari masalah. Mungkin selepas kita hadapi masalah ada hikmahnya. Allah takkan cipta sesuatu yang sia-sia. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjuk/ berikan sesuatu yang bermakna. Bangkitlah dari tidurmu. Jangan hidup di alam fantasi ciptaanmu..
Saturday, August 14, 2010
Hadapilah
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment