Diubah, mengubah, berubah dan terubah perkataan ini berlainan maksud tetapi datangnya daripada satu perkataan iaitu 'ubah'. Di sini saya ingin berkongsi satu kata-kata:-
" Aku ingin mengubah diri ini menjadi lebih baik daripada hari ini, tapi aku takkan dapat diubah jika diri ini tiada keingin berubah tetapi aku takkan terubah dengan tersendirinya"
Kenyataan di atas bermaksud kita boleh mengubah diri kita jika ada keinginan tapi kita perlu ingat bahawa kita takkan berubah jika tiada usaha. Setiap manusia itu mempunyai keinginan untuk berubah tapi tak semua manusia berjaya berubah kearah kebaikan. Kita mempunyai akal jadi kita kita perlu guna dengan sebaiknya. Saya kategorikan perubahan ini kepada dua iaitu berubah kearah kebaikan dan berubah kearah keburukan. Manusia ini mudah berubah kearah keburukan tetapi sangat susah berubah kearah kebaikan. Kenapa ini berlaku? Ini berlaku disebabkan manusia itu telah dikawal oleh nafsu bukannya akal yang mengawal dirinya. Contohnya, kita bernafsu untuk makan tetapi apabila sudah kenyang kita masih makan sedangkan akal mengatakan tidak baik untuk kesihatan jika makan berlebihan bermaksud diri ini sudah dikalau oleh nafsu bukannya akal yang mengawal kita.
Berbalik kepada tajuk diatas, jadi akal perlu mengawal kita. Berubah kearah kebaikan sangat senang cuma pada pandangan manusia ianya sangat susah. Jika sudah dipandang susah maka susahlah ia. Dalam perjalanan mengubah diri kearah kebaikan kita memerlukan keinginan untuk berubah dan usaha yang gigih. Ada seorang manusia, dia punya keinginan untuk berkahwin tetapi dia tidak berusaha untuk mencari teman hidupnya sehinggalah dia menjadi seorang andartu. Kita jangan jadi seperti dia kerana dia telah mensia-siakan peluang hidup yang tuhan telah berikan.
Tanamkan dalam diri niat untuk berubah. Teruskanlah berubah. Ada satu ungkapan yang selalu mencabar diriku untuk berubah " Jangan kau berubah semata-mata kerana seorang manusia yang akan pergi meninggalkan dikau tapi berubahlah kerana ALLAH". Ungkapan yang penuh makna buat diri ini. Jangan tunggu sesuatu berlaku dalam hidup anda barulah anda hendak berubah. Jadikanlah diri anda lebih hebat daripada hari ini! Anda perlu tahu bahawa diri anda ini sememangnya hebat!
Andai anda sayang pada diri anda, BERUBAHLAH!
0 ulasan:
Post a Comment