Saturday, January 30, 2010

Guru perlu masuk kelas sopan-santun dan budi bahasa

Cantik sangat tajuk ini bagi aku. Aku geram tengok guru-guru yang kurang ajar ini. Aku pegang satu prinsip 'kalau kita nak orang hormat kita, kita mesti hormat orang tu terlebih dahulu'. Aku rasa ada sesetengah guru ini perlu kena ajar cara tegur pelajar dengan sopan-santun dan berkata-kata dengan baik.
Aku rasa tak salah guru itu berubah sikap menjadi seorang yang tegas tapi janganlah jadi orang yang pemarah. Memang patut pun cikgu-cikgu dekat sekolah aku tu berubah sikap. Yalah, sekarangkan sudah ada pengatua baru yang pada pandangan aku sanagt hebat dan aku yakin dia boleh mengubah sikap kita.
Adakah patut seorang guru memanggil pelajarnya SETAN? Bukan niat aku nak mengkritik guru ini. Cuma guru ini perlu belajar untuk berkata-kata dengan sopan. Balik-balik keluar perkataan SETAN. Aku rasa cikgu ni tiada kerja lain daripada menyebut perkataan ini. Ada sesetengah pelajar, perlu ditegur cara mereka tapi tegurlah dengan baik. Jangan sampai suatu hari nanti anak cikgu pula yang kena panggil SETAN. Aku tak nak perkara ini jadi turun-menurun seperti diwarisi.
Bolehkah seorang guru menolak kepala pelajar, hanya kerana malakukan kesalahan kecil? Aku nampak cikgu itu buat depan pentas. Menolak kepala pelajar hanya kerana pelajar melakukan kesalahan yang remeh-temeh. Kesal sungguh aku dengan perbuatan guru-guru aku dekat sekolah.
Andai aku menangis hanya kerana perbuatan guruku. Mesti kamu tak percayakan? Sungguh... aku nak sangat guruku yang dahulu. Hanya kerana berkawan dengan seseorang penyakit ni merebak. Makin lama penyakit ini merebak. Akhirnya, perkataan SETAN menjadi perkataan rasmi dekat sekolah tu dan acara menolak kepala pelajar menjadi satu rutin guru-guru.

Aku mohon maaf kepada kawan-kawanku

Aku minta maaf tentang yang aku marah-marah tak tentu pasal dengan kamu semua. Aku bukan nak marah, cuma secara jujurnya aku tak dapat kawal emosi aku. Ya, aku mengaku aku melakukan kesalahan itu.
Mungkin sebab dari tengahari lagi aku dengar satu lagu sehingga menyebabkan rinduku pada seseorang membuak-buak. Itulah aku tak nak ikut menari sebab ada lagu yang membuatkan rindu bertandang dalam hatiku. Kalau aku nak halau rindu tu, aku perlu telefon orang tu. Kalau nak telefon orang tu bukannya murah.
Walau apapun memang aku yang salah pada kamu dan MEMANG KAMU JUGA BERSALAH. Ya, kamu salah sebab tak jalankan tugas kamu. Hari-hari mahu kena suruh macam dulu-dulu. Itu tanggungjawab kamu, laksanakanlah. Bukannya susah. Ada dikalangan kita ni, ada orang gaji di rumah tapi perlu ingat... orang gaji kamu tiada di sekolah nak tolong kamu bersihkan kelas.

P/S: Jangan lupa siapkan sudut berfokus. Kamu semua hanya diberi sehingga bulan 2. Kalau tidak siap. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Ariey kau update blog kau tu dengan cerita yang gempak bah...

Sunday, January 17, 2010

Kenapa Aku Masih Memegang Jawatan Ini

KENAPA AKU MASIH MEMEGANG JAWATAN INI????

Masa cuti tahun lalu aku sudah fikir. tidak mahu lagi pegang jawatan ini tapi entah kenapa aku masih pegang jawatan ini. binggung kepala aku. ini baru jawatan yang kecik belum lagi jawatan perdana menteri.

sebenarnya, aku takut nak pegang jawatan ini buat kali kedua. aku takut diriku ini lupa... siapa aku pada waktu dahulu. aku tidak pernah merasa gelak ketawa bersama rakan-rakan. tulah kalau korang suruh aku cakap kat orang pendiam aku berani kerana aku seperti mereka dahulu. aku tahu rasa sakitnya hidup seorang diri di dunia ini.

aku ingat masih kata-kata ini " jangan pendamkan sesuatu yang menyakitkan hati sendiri". kadang-kadang aku terpaksa meluahkan sesuatu yang menyakitkan hatiku walaupun tiada siapa yang sudi mendengarnya.

aku takut kerana jawatan ini.... aku lupa pada diriku. aku tak nak jawatan ini tapi aku tak nak susahkan cikgu amy untuk mencari pengganti aku. dulu... orang fikir aku tiada rasa tanggungjawab dalam diriku. aku tebus kekalahan dulu... aku ingin buktikan aku ni berada di kalangan pelajar yang bertanggungjawab.

aku tidak mahu dipinggirkan seperti dahulu. di buat seperti kuli. aku tidak mau ini berulang. aku tidak mau nama aku dipermainkan lagi. bagi aku nama itu berharga. jangan sesekali mempersendakan aku. aku ada maruah. jangan sesekali lempar aku dengan SELIPAR DARI TANDAS.

aku cuba untuk tidak lupa pada diriku yang sebenar. aku ingin rakan-rakanku menghormati aku. aku ingin mereka tahu bahawa diriku ini mempunyai maruah. aku tidak akan tunduk pada orang yang bersalah, itu janji aku.

Friday, January 15, 2010

Ketua Kelas


Sudah sahlah aku ni ketua kelas korang buat kali kedua. thanks sebab teacher pilih eva jadi penolongku. sebenarnya aku bah yang bagi teacher calon2 untuk jadi penolong aku. korang nak tau siapa yang aku calonkan??????. first aku kenakan syarat2nya kenapa aku pilihan dorang2 ye.

SYARAT

1. mesti yg bertanggungjawab

2. mesti berani pergi bilik guru

3. boleh bekerjasama dgn aku

CALON-CALONNYA

1. Khalilah
2. syafizah

3. Eva Edna (entah knp aku pilih si eva ni)

4. Axelorna

Senang jer syaratnya, kan? terkejut jugak cikgu pilih si eva edna. maybe aku pilih dia sebab dia garang dan pandai tilik mata aku (hehehe). bagi aku dia ni lucu walaupun dia selalu marah2 aku. just, aku suka cara dia walaupun kadang2 dia ni 'over'. aku happy teacher pilih dia. tak nak aku macam dulu tu.... terpaksa aku pendam perasaan aku yang tak seronok bekerja dengan org2 tersebut. sekarang ni aku cuma perlu ajar si eva buat kerja dia. biasanya aku memang bagi2 tugas tapi untuk si eva ni aku kasi dia bebaslah mau buat apa tugas yang dia mau.

sebelum aku mau jadi ketua kelas buat kali kedua ni.... aku fikir habis2. 'tak puaskah aku jadi ketua kelas 1 tahun?' 'kenapa aku tak nak bagi peluang ni kat orang lain?'. aku ingat pesan guru besar aku..... kalau nak jadi pelajar cemerlang kita perlu ada 3 perkara:-

1. Kemahuan

2. Kemampuan

3. Peluang

aku dulu tak pernah rasa peluang pegang jawatan yang hebat2 ni. sebenarnya, aku nak sangat bagi peluang jadi ketua kelas ni pada orang lain. cuma aku fikir dia takkan dapat jadi ketua kelas melalui undian. aku tahu dari dulu lagi dia nak sangat jawatan ni walupun dia tak kata tapi aku dapat rasakan. aku memang ada calonkan dia jadi penolong tapi apa boleh buat dia tak kena pilih. aku nak sangat bagi jawatan ni kat org tu tapi aku tengok teacher amy nak sangat aku jadi ketua kelas. aku ambil jawatan ni sebab aku tak nak teacher amy kecewa. yang penting aku takut sangat ada perasaan bangga jadi ketua kelas.

janji sekarang ni aku mesti jalankan tanggungjawab aku dengan amanah dan dengan perasaan yang gembira. aku rasa aku perlu ubah cara aku jaga kelas. aku rasa macam ada something wrong. aku akan cuba betulkan apa yang salah

Jangan Marah


Kesian kat orang tu.... orang yang dia tak suka satu kelas dengan dia. aku tengoklah macam ndak mau bercakap antara satu sama lain.... tapi i dont care, asalkan dua-dua pintar. aku nak semua orang kat kelas tu baik2. aku tak naklah macam si________ ngan si________ bergaduh. lupakanlah tentang yang dah lalu tu. lagipun korang mesti ingat tahun depan kita PMR buat sehabis yang baik...caiiiiiiiyooookkk!!!!


tak silap aku si axelorna dan mahsuri yang tanya kat aku ni soalan.... "kenapa kau boleh tiba2 jadi pandai?" aku taklah pandai sangat. aku pegang pada satu kata2 ' kalau kita mau sesuatu kita mesti usaha'. maybe yang masa form 1 tu aku ada marah2 sebab sesuatulh tapi aku fikir balik buat apa aku mau marah, lagipun perkara tu sudah berlaku. aku sebenarnya, boleh buat apa yang aku mau janji asal hati aku sentiasa tenang.....

Thursday, January 7, 2010

Pengetua Sekolahku Hebat n macam2 lagi

Pertama kali aku sampai di sekolah tahun ni.... aku sangat2 tidak terkejut kalau pengetuaku buat rombakan/perubahan. segala perubahan yang dia lakukan setakat ini aku sokong 200%. bagai2 perubahan yang dia lakukan. adalah jugak budak2 kata dia ni jahat but for me dia tak jahat just tegas.
kenapa kamu mau aku jadi ketua kelas. bagilah orang lain jadi ketua kelas. aku tau tu... ada yang mau jadi ketua kelas. if tiada yang mau.... aku boleh jadi ketua kelas TAPI aku yang bagi calon2 untuk jadi penolong. aku tak mau macam dulu...... bikin sakit aku jak.
adik aku masuk stella maris..... guru kelas dia cikgu nadzeerah.hahahaha. punya main berlagak adik aku tu. boleh2 dia mau kasi jatuh martabat aku....puiii. teengok dulu bah siapa aku.

Saturday, January 2, 2010

Tahun Baru...

Tahun baru..... gula naik harga.hahha. selalu aku dengar "tahun baru azam baru". aku ni jenis tak kesah tahun baru pun tahun barulah. ianya umpama hari yang biasa saja. yang aku tahu, aku tak sabar2 nak pergi sekolah. nak tengok kehebatan pengetua kita sekarang. aku yakin dia hebat dan baik. satu lagi aku nak tahu sangat sape yang ganti ustazah hamidah. rindu sama ustazah. ooooya... selamat bertugas kepada semua guru stella maris terutamanya kepada kakak aku kat kl tu. aku harap perangai si strawberry berubah.... aku tahu dia ada naluri seorang guru. kepada kawan2 kita jumpa nant kat sekolah dengan satu perubahan yang hebat!!!!!!

Sweet 17

tajuk ni aku ambil dari kata2 abg aku yg kedua, ammar. tulah yg dia ckp kat abg sulungku sempena hari lahir dia yang ke-17, 31 Disember. happy birthday abang. aku tengok abang aku makin hensem. sekarang rambut dia pendek.... sedap mata memandang. first time aku tengok dia potong rambut dia macam ni. takla aku sakit mata lagi tengok dia punya rambut yang panjang. dan aku berharap dia dapat A untuk semua subjek dalma SPM. dia dah mendaftar untuk kursus kat CIDB tempa pak cik aku kerja.

P/S: adalagi berita gembira. alhamdulillah tahun depan aku masuk kelas 2S. i hope muslinah also masuk kelas yang sama dengan aku. aku harap jugak takde gaduh2 lagi macam dulu. "seorang guru mempunyai perancangan dan seorang guru besar mempunyai perancangan lebih besar dari orang bawahannya". RINDU AKU KAT CIKGU IJAM