Thursday, December 17, 2009

Bisnesku....

Alhamdulillah...... bisnesku kini berjalan lancar. aku bisnes puding. kalau makan sekali mesti belik banyak kali..... sampai menjilat jari. kalau korang nak jumpa aku... just pegi kat pejabat perkeso aku always ada kat sana tapi pegi hari isnin-jumaat dari pukul 7.30 sampai 5.00. tadi aku n kakak jane menyanyi... sumbang berabis bah. oooya... untuk pengetahuan kamu semua aku udah ada no hotlink so... kalau sape2 nak tau no hotlink aku. nanti bukak sekolah korang tanyalah sama aku...... yang terakhir sekali. aku nak ucap selamat tahun baru hijrah 1431 H.

HAPPY BIRHTDAY ALIFF

apa khabar kamu orang? sihat? kalau ndak sihat makan ubat..... aku nak ucapkan selamat hari jadi kat sepupuku yang kiut. semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. kalau korang ma berkenalan dengan sepupu aku ni.... korang cari jak nama Aliff Haiqal. gamabr dia kat facebook lawa. kalau aliff dia suka main farmville kat facebook...

Thursday, December 10, 2009

Abang Haizar....

Aku suka sangat dengan cara abang haizar berkawan ngan aku n kakak jane. walaupun aku tau dia ni kaki rokok n suka sangat tengok perempuan seksi. kalau dia sudah gaji dia mesti belanja kitorang. tapi sayangnya dia kena berheni kerja bulan ni sebab ada manusia yang tak pernah bersyukur atas rezeki yang ALLAH beri. aku hairan sangat kat manusia2 ni. walaupun abang haizar tak berpelajaran tinggi janganlah menindas dia. kesian sama dia, dia ada anak yang perlu di beri makan.

dia kena pecat sebab ada yang berpelajaran tak puas hati dengan gaji mereka. company abang haizar tak dapat tampung gaji pekerja jadi terpaksalah dia pecat abang haizar. kesian abang haizar. dia ni selalu bikin lucu kadang2 sampai sakit perut aku ketawa. tapi sayangnya... dia ni macam pokok krismas, ada anting2lah... ada rantai. macam perempuan. tapi janji dia baik sudahla.. kalau dia ndak bz aku main ping pong sama dia tapi aku selalu kalah...hehe.

ooooya, baru aku ingat aku nak ucapkan selamat menyambut krismas kepada yang menyambut krismas...... sayang korang2 pelajar 1s 2009.

Wanita itu...

Assalamualaikum... apa khbar kamu urang? sorryla... aku takde on9 waktu cuti ni. aku busy dengan bisnes baru aku. sape2 yang masih tak siap nota kasih siaplah... nanti korang menyesal. jangan lupa pendaftaran ke tingkatan 2 pada 30 disember 2009.

aku bukan nak cerita pasal cikgu N tu tapi seorang wanita yang... entahlah. aku pun tak tahu nama dia, aku tak pernah tegur dia tapi ada yang membisik kepadaku untuk mengenali dia. aku sering nampak dia ketika pukul 5:10 petang. dia selalu jalan kaki dengan kawan2 dia. kalau dia jalankan, dia sentiasa pandang ke bawah walaupun ada lelaki yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek berjalan di hadapan dia (ada jaraklah kira2 5 meter). dia selalu jalan dengan kawan2 perempuan.

cara pemakaian dia... jarang sekali aku nampak Sabah ni. dia selalu pakai jubah hitam, tudungnya labuh, dan berpurdah. ya, jarang sekali aku nampak orang yang berada di Sabah pakai purdah. tapi yang tak sangkanya dia naik bas mini. kalau aku nampak dia aku selalu senyum. aku belum pernah nampak muka dia. apa2pun aku nak kenal sangat dengan dia.

Sunday, November 22, 2009

Jiwaku...

aku kadang2 tak faham dengan manusia di dunia ni. kadang2 membuatkan fikiranku tak tentu arah kerana memikirkan manusia2 di sekeliling aku. pelbagai kerenah mereka. pelbagai ragam mereka. aku terasa diriku ini tempat manusia2 meluahkan perasaan. aku tertanya-tanya, kalau aku ni tempat manusia meluahkan perasaan, dimana aku nak luahkan perasaan aku?? aku tahu aku jugak manusia biasa... aku perlukan seseorang mendengar rintihan hidupku. kadang2 aku ingin berlari di tepi pantai sambil menjerit sepuas hati aku. kadang2 aku buntu... aku tak tahu nak selesaikan masalah yang aku tahu cari masalah. aku tak tahu kenapa dengan diriku. korang selalu nampak aku happy tapi hati dan perasaan aku tiada sesiapa pun yang tahu selain ALLAH. aku tanya pada diriku, jahat sangatkah aku??? apa salahku sehingga ramai membenci aku. airmata ini terus-terusan mengalir.... aku cuba untuk menahan airmata ini daripada gugur... tapi aku tak mampu. aku tak kuat. aku tahu perjalan hidupku masih panjang.... tapi diri ini umpama kecundang di pertengahan jalan.

PUISI
airmata berguguran dipipiku,
entah apa yang ditangisi aku,
diriku masih lemah,
merangkak dalam melayari hidup ini,
hidup yang penuh suka duka,
hidup yang hanya berakhir dengan airmata,
aku tercari-cari erti kebahagiaan,
tatkala aku menghampiri kebahagiaan,
airmata ini kembali gugur,
airmata yang selalu berguguran di bumi,
airmata yang palingku benci,
aku terasa bodoh kerana menangisi lelaki,
lelaki yang pernah mengecewakan diri ini,
aku sukar untuk menerima kehadiran orang bernama lelaki,
kerana mereka aku hidup menderita,
aku benci mereka yang berasal dari kaum adam,
kini... hidupku dipenuhi kebencian,
sukar untuk aku memaafkan lelaki,
ya allah, kembalikan semangatku,
semangatku yang hilaang kerana kecewa,
ya allah, jangan lagi membuat diri ini menderita,
sesengguhnya... diri ini tahu bahawa hanya ada seorang adam yang tercipta untukku.

Friday, November 20, 2009

HAPPY BIRTHDAY!!!!

aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada :-
1.ANIS (sepupu), 12 November 1997
2.DG. KHAIRUNISA (adik), 3 November 1997
3.AZIZI (adik), 16 November 1997

bulan ni memang ramai yang birthday. jangan sedih2 kepada adik2ku yang tak dapat kek tapi KFC bolehkan??? kak cik jangan terlampau happy sebab dah dapat 5A.... perjalanan hidup belum berakhir...

aku tak pernahkan cerita kat korang yang aku ada kedai. nak tau kedai tu nama apa??? hehehe. nama akulah. DARAYANI TRADING. kenapa nama aku??? sebelum kedai tu belum ada lesen.... akulah yang jaga kedai tu. so, untuk mengenang jasa... letaklah nama aku. alhamdulillah, kedai aku dah maju.....

Result UPSR

Assalamualaikum....
untuk menyampaikan hasrat adik aku yang nak bagitau semua orang yang dia dapat 5A. jadi aku nak cerita sikitlah tentang result UPSR ni. untuk pengetahuan korang dari abang aku yang pertama sampai aku.... semuanya dapat 3A 2B dan subjek yang B tu pun sama....hahaha. jadilah kitaorang keluarga 3A tapi memandangkan adik aku dah pecah rekod kami..... gelaran yang aku buat tu xleh nak pakai dah. tahniah kat adik aku dah dapat 5A. kau nak masuk MRSM or Stella Maris??? if you go to stella maris, you tak payah cuci baju. i know you malas cuci baju. nak tanya kat MRSM ada dobi ker??? to my aunty thanks sebab hantar kek express.... ok sayang2 yang kat luar sana. terima kasih kerana sudi membaca blog ini....

p/s: to kakak jane, kalau nak kawin kenalah pikir.... kita kawin ni hanya sekali seumur hidup lainlah pada yang nak kawin banyak. kakak jane kalau kakak kawin jemput saya. jangan lupa bagitau keputusannya, 29.11.2009(AHAD)..... dapat bakal husband pun yang baik jangan ditolak.....

Thursday, November 12, 2009

Remaja zaman sekarang



bukan mau mengomen cuma mau mengata...hehehe. bukan apalah tajuk ni just nak bagitau keadaan sebenar. sikap remaja sering menjadi perbualan orang2 kat kedai kopi tu. kalau dididik seorang anak dari kecil dengan sebaik-baiknya, insyallah bila dia remaja akhlaknya baik. kebanyakkan remaja memang akhlak kurang. nama jer belajar agama dan pendidikan sivik tapi perkara tu tak di praktikalkan. mana sivik dan agama anda???


remaja zaman sekarang... merokok tak tentu hala. suka2 hati jak merokok depan sekolah. bagi tau mak ayah... mereka pulak yang tak percaya. manusia adalah pelakon yang terhebat di pentas dunia ni. fatwa kebangsaan telah mewartakan bahawa merokok tu haram dan bagi aku merokok tu sama jer dengan bunuh diri. cuma rokok ni bunuh kita slowly. punca2 remaja mengambil rokok kerana stress, keretakkan rumahtangga, pengaruh rakan dan lain2 lagi. ramai yang kata rokok tu sedap. mereka rasa dapat hilang masalah yang membelenggu diri mereka. aku tak kata aku ni budak baik... aku ni budak jahat dulu. lepas jumpa seseorang aku berubah hanya kerana kata2 dia.


perkara yang kedua... remaja suka buat, apa yer budak2 tu bagi tau kat aku? oooya... ngentot or amput. korang2 faham bahkan maksud tu. setakat ni remaja yang berumur 13 tahun ramai yang pernah buat. dan aku sangat pasti mereka melakukan semua ni kerana dorongan nafsu. nafsu berahi. jangan sesekali nafsu yang menguasai diri. biar kita yang kawal nafsu, tu baru betul. biasanya remaja wanita/ pelajar wanita suka melakukan perkara ini dengan lelaki yang berumur 20-an. lelaki2 tu bagi aku jenis yang kurang berpelajaran dan bekerja biasa2 jak. ada sesetengah pelajar wanita suka bertukar-tukar pasangan. dorang punya bf tu kasi tinggal doranglah lepas dah dapat apa yang lelaki mau selama ni. yang lama kasi tinggal cari yang baru buat lagi perkara tu. aku sangat sedih bila mendengar pelajar islam yang melakukan perkara itu. dorang kadang2 buat kat tangga... takde tempat yang privasi ker??? biasalah tu jumpa kat shopping kompleks. takde duit katakan sanggup buat depan orang ramai asalkan apa yang di hajati selama ini dapat.

p/s: korang2 ni cukup2lah nak berteriak. just be cool. like me hahahaha

Monday, November 9, 2009

Puisi buat kakak yang tersayang

puisi ini aku tulis sendiri. puisi ini khas buat kakakku yang berada di kl sekarang. thanks for everything n tahniah sebab dapat baby boy (muhammad faiz adli), nice name. adik karang puisi ini hanya untuk kakak.

kakaku hanya ada seorang di dunia,
dialah yang selalu aku rindui,
dialah yang terhebat di hatiku,
dikala kau ketawa; dia turut ketawa,
dikala aku sedih; dia cuba menggembirakan hatiku,
dikala aku menderita; dia berikan aku kata-kata azimat,
kata-katanya selalu membuatku menangis.

aku ceritakan segala derita hidupku,
agar dia dapat memberi nasihat,
aku ceritakan semuanya sebab,
aku percaya pada dia,
aku tahu dia sayang padaku,
aku tahu dia mahu yang terbaik buat diriku,
aku tahu nasihat dia sentiasa terpahat dihatiku,
aku selalu ingin mendengar kata-kata azimat dia,
kerana kata-kata dia sering aku rindui.

aku takut suatu hari nanti,
ada berita yang menyatakan,
kakak yang ku sayangi,
pergi meninggalkan diriku,
aku tabahkan hatiku diatas pemergian dia,
tapi aku gagal mengawal emosiku,
air mata terus mengalir tanpa henti,
jangan tinggalkan diriku,
kerana aku masih dahagakan kata-kata azimatmu,
I LOVE YOU KAKAK.

Khas buat Ariey

www.thewaytofindme.blogspot.com

1. dah lah... aku dah lali lah dengan perangai 'kononnya penasihat terbaik abad ni'...
- aku nak ucapkan terima kasih kat ko sebab kata aku ni penasihat terbaik abad ni, cuma aku rasa itu perangai semula jadi aku.

2. sebenarnya nak cakap, ko sepatutnya tengok diri ko dari atas sampai bawah dulu ye sebelum nak menasihati orang....
- sekarang ni aku tengok diri aku dari atas sampai bawah. tekde apa-apa pun. ok jer.

3. kau tuh suka jaga tepi kain orang
- aku mengaku aku memang suka jaga tepi kain orang sebab aku belajar sesuatu.

4. kau ni suka cakap berbelit-belit... kata taknak bela sapa2 tapi... (sambungannya kat blog ariey)
- ya aku memang tak bela sesiapa pun. just aku kat perempuan tu baik. salah ker???

5. yang part 'tulah cikgu kesayangan ko, kan?' (sambung)
- sejak bila aku salahkan korang??? rasanya aku tak salahkan korang.

6. cukup baik... aku tak rasa... ( sambung)
- aku rasa ko tak nampak apa yang dia dah tolong kau. dia banyak sangat tolong kita, semua pelajar 1s. bukan hanya aku seorang dia tolong.

7. cuba bawa beristifar wahai manusia itu...(sambung)
- aku tak tuduh kau menyiksa dia. aku kata jangan siksa dia. kena faham ayat tu....

8. geli aku baca....
- kau geli.... aku tak geli pun. sebab dia cikgu aku.

9. kenapa ko ni tak hormat orang ya...?(sambung)
- rasanya cukup aku kata dia budak daripada aku kata dia tu s***n. maaf ye nia.

10. kalau dia nak berdendam sekalipun itu hak dia....
- ya, memang itu hak seseorang individu. aku pesan sesuatu itu sebab aku takut mereka kecundang.

11. hahahahaa...aku rasa dia yang tak ikhlas bagi ilmu tu kat nia
-itu kau yang rasa....

12. hihi... hahahahahaa.!! (sambung)
- aku rasa kau kaitkan yang aku ni merokok. tulah ko suruh aku cermin diri aku dulu.

untuk akhir sekali.... to ariey: aku hanya sayang ko sebab aku anggap ko sebagai adik aku. aku mestilah nak yang terbaik buat adik aku. lebih baik aku gunakan perkataan sayang tu kat perempuan daripada aku guna buat lelaki. semua pelajar kat kelas 1s tu aku dah anggap mereka macam adik-beradik aku. sama ada mereka jahat atau baik, mereka tetap aku anggap macam adik-beradik aku. manusia ni sering mengukir kejahatan manusia diatas batu dan kebaikan manusia di tulis diatas pasir. ko tak suka perempuan tu sebab dia bertudung labuh atau sebab lain???

p/s: kalau ada yang saya silap taip apa yang ariey tulis kat blog dia. saya minta maaf sebab komputer ni tak betul.

Sunday, November 8, 2009

perempuan itu.... guruku

http://mynameisgila.blogspot.com/2009/11/wanna-know-something.html

kamu urang klik jak link ni. then baca apa yg budak nia ni tulis. aku bukan nak salahkan sesiapa pun dan aku tak berpihak pada sesiapa pun. aku just nak korang sedar. aku pernah rasa seperti yang nia rasa cuma situasi yang berbeza. aku nak pesan kat nia... jangan dendam dengan perempuan tu. kalau nak marah kat dia, marahlah. aku tak kesah. cuma jangan berdendam dengan dia. sekali kau berdendam dengan dia selama-lamanya kau takkan dapat maafkan dia. ilmu yang kau perolehi tak berkat. kau taukan aku punya markah sains selalu rendah. hanya kerana ilmu yang aku perolehi tidak berkat.

kepada perempuan yang si nia maksudkan tu. saya nak kata kat awak. jangan putus asa. apa pun yang anak muridmu lakukan pada dirimu, tabahkan dirimu. aku tau awak pernah kena marah kat mak awak sebab awak menyatakan hasrat nak berhenti jadi cikgu. awak adalah orang yang bertuah sebab awak terpilih menjadi seorang cikgu. aku yakin awak ada naluri seorang guru. i hope you will be my sister soon.

nia.... dunia ini adalah satu medan untuk kita berjuang memilih antara syurga atau neraka. itu terpulang kepada individu tersebut untuk memilih. jangan terlampau mengikut hawa nafsu kita. jangan biarkan diri dikawal oleh nafsu. aku sayang kau nia. aku nak berikan yang terbaik untuk diri kau. cerita kali ini... membuatkan pipiku terasa panas. air mata mengalir dengan deras tanpa henti.

Ya Allah, ku mohon padamu jangan biarkan ada pena yang berwarna hitam mencalit hatiku. Ya Allah, andai aku sedar bahawa hari ini hari terakhirku untuk menatap wajah orang yang kusayangi, ampunilah segala dosaku. hati ini terus tabah untuk mengharungi dugaan tapi hambamu ini lemah. bantulah diriku. jangan biarkan diriku kecundang hanya kerana aku mengikut hawa nafsu. amin...

Tuesday, November 3, 2009

Keje yang tak berfaedah

Ni keje2 Geng si Nia n aku. Entah modes sepa dorang guna. waktu ni boring. alah... waktu cikgu strawberi tu.... he good but kurang bercakap. kamu jangan bagitau cikgu2 stella maris...ok?? bnyk org kitaorang bagi kena. firstly, i want kasi tinggal tu modes untuk budak sidang pagi tapi kami takut nanati si gerlie marah. ni bukan darah betul2. just buat2. korang mau tau macam mana mau buat benda ni??? kasi sedia iodine warna kuning, ink pen merah dan air. kamu tuang tu iodine banyak2 sikit. then kamu ambik ink pen merah guna ink pensel... kamu calit2kan tu ink pen merah atas modes ni. lastly, letak air sikit supaya nampak real.

Gambar nikah n kawin cikgu jira

KAWIN











NIKAH












Wednesday, October 28, 2009

Gila Bercinta

* ingin sekali cincin ini disarungkan ke jari tapi aku mengharapkan lelaki yang menyarungkan cincin ini setia pada diriku.

mengapa sejak akhir2 ni... airmataku sering mengalir. aku tidak mengerti tentang semua ini... adakah aku perlu benci pada lelaki??? apa yang aku lihat sekarang ni, merekalah yg menyeksa kaum hawa. kadang2 aku terfikir jugak apa salah kaum hawa pada kaum adam. kadang2 kaum adam sesuka hati mau kawin, then cerai sesuka hati. dan paling aku tak suka jika kaum adam hendak berpoligami, mereka tak bagitau ketika nak kawin isteri lain. sakit tau...apa salah kaum hawa sehingga kaum adam sanggup melakukan semua ini????

aku jugak hairan dengan kaum hawa. mereka tidak serik bercinta dengan kaum adam walaupun sering di sakiti oleh kaum adam. cikgu nadzeerah kata gila bercinta. mereka tidak sedar... mereka tidak ingat dan mereka sering dilukai. aku tergolong dalam kaum hawa tapi secara jujurnya aku tak pernah bercinta kerana aku takut bercinta. bagi aku biarlah cinta itu datang sendiri.

apakah pelik sebuah perkahwinan tanpa percintaan sebelum bernikah??? TIDAK. malah percintaan selepas kawin lebih suci. sesuci mawar yang harum. Allah lebih meredhai perkahwinan itu. tapi bagi mereka yang pernah bercinta dgn lelaki lain sebelum berkawin ada lebih banyak risikonya. contohnya:-

" sayang, abang pegi keje dulu. assalamualaikum" kata suamiku. kuhulurkan beg kejenya lalu ku ciumi tangannya.

" waalaikumussalam. hati-hati bawa kereta tu" balasku dengan senyuman yang manis terukir di bibirku.

kat pejabat

" apalah isteriku sedang buat..." monolog Azman sambil merehatkan fikirannya. persoalan ini sering bermain di fikiran Azman ketika meninggalkan isterinya di rumah. dia selalu meragui kesetiaan isterinya.

kat rumah

" alahai abang.... apa abang buat sekarang. keje atau dengan perempuan lain???" kata2 itu meluncur laju dari bibir seorang isteri yang meragui kesetiaan suaminya sendiri.

perkara diatas sering berlaku kepada remaja2 yang 'kawin koboi' ( kahwin sebab di tangkap khalwat) sering tuduh-menuduh tidak setia. kerana ' sedangkan dia berani melakukan perkara tidak senonoh dengan diriku. pasti dia sanggup melakukan perkara itu dengan lelaki lain '.

p/s: aku baru keluar dari hospital bukit padang...hehehe. aku bukan gila yer. aku ikut bapak aku bagi ceramah kat situ. aku ni kiranya menyemak jer. adalah jugak aku jumpa pengerusi PIBG sekolah kita. dia tu wakil pengerusi pelawat hospita bukit padang jer. Aku nak ucapkan selamat menyambut hari kesihatan mental sedunia. jangan kamu kadi orang yang kat bukit padang tu. belajar2 jugak jang over tau... bye. kepada kakak lia, jagalah anakmu sehingga menjadi seorang khalifah yang terbaik.

Thursday, October 22, 2009

Ijam@Idham..hehe

Akhirnya nama dia pun muncul..... geramlah aku. Aku tak dapat siapakan nota sejarah. bukak jer buku sejarah muka dia kat depan aku. sukalah kena buat muka tembok depan cikgu yusiah... adakah aku pergi tulis kat folio geografi nama cikgu ijam... ishk2 kronik dah penyakit angau aku ni...hehehe. saja sesekali jiwang karat. cikgu ijam orangnya jenis yg menghargai sesuatu. dia hensem.... jangan jelous yer. aku suka cara dia berfikir.... labih kurang mcm aku berfikir. but aku nak cikgu ijam yang dulu, pelawak. tak macam sekarang membebel jer. sekarang kalau masa dia jak mesti aku murung tak mcm dulu ketawa jak. but aku still suka cikgu ijam. bukan cinta pada cikgu ijam tapi sayang mcm antara guru dan pelajar. cikgu ijam.... sy nak cikgu ijam yg dulu, please.............

Wednesday, October 14, 2009

PPSMI

First I want to congrats to Tun Dr Mahathir. because he do something that's good for rakyat. walaupun it's take time to complete what Dr Mahathir wants. Bukan apa, rancangan untuk menukarkan pembelajaran math and science to english is good. di mana kebanyakkan buku math dan sains dlm bahasa inggeris. cuma dalam perancangan Dr Mahathir ada sedikit silap. kita tidak boleh terus mengubahcara percakapan kita 100% kepada bahasa inggeris. kalau kita guna half-half, bahasa inggeris dan bahasa melayu di campur. memang rosak bahasa kebanggan kita tu tapi kita dapat tukar bahasa tu secara perlahan-lahan. aku pun memang ada masalah dengan menggunakan bahasa inggeris untuk pembelajaran math dan sains. di sebabkan aku kurang memahami maksud perkataan itu dlm bahasa melayu sehinggakan apa yang cikgu cakap aku terpaksa translate ke dalam bahasa melayu. lagipun aku di rumah mmg menggunakan bahasa melayu.

satu punca lagi... kepada guru-guru yg tak fasih berbahasa inggeris mereka menganggap ini sesuatu beban. mereka memang pandai mengajar subjek math and sains but they not good english. sampaikan ada sesetengah guru mengajar menggunakan bahasa rojak. guru-guru ini dari mereka sekolah di ajar dalam bahasa melayu. ada guru ada yang mintak ajar cara menyebut sesuatu perkataan. sedih saya tatkala math dan sains ni di tukarkan pembelajarannya ke dalam bahasa inggeris 100%.

Aku kesal sangat.... kerajaan sudah menetapkan tahun 2010 PPSMI akan di hapuskan sepenuhnya. Apa nak jadi dengan dunia ni jadilah ko.... aku pun sekarang dah naik bingunggung.

Monday, October 12, 2009

Faridah Musa

* Kakak Ida n Ain


Satu nama yang sedap di dengar dan sedap untuk di sebut.... macam nak makan tuan punya nama pulak hehehe. kenapa aku nak cerita pasal dia? apa aku nak cerita pasal dia? aku nak cerita pasal dia maybe sebab dia lahir hari guru, 16 Mei atau dia ni sama jak ngan cikgu nadzeerah. Entahlah. Aku nak cerita tentang Faridah Musa a.k.a Kakak Ida.

dia ni pun jenis happy go lucky. that sifat aku suka. kalau tengok dari jauh dia nampak pendiam... kalau tengok dari dekat, masyallah. hari terakhir kita orang ada gambar2 n give present. dia kata dialah yang paling banyak dapat hadiah. tapi antara banyak2 hadiah tu... aku rasa ada satu hadiah yang istemewa. tak ramai guru dapat hadiah yang istemewa itu. hanya guru yang bertuah jer dapat.

aku pun naik heran. adik aku kata aku suka kawan ngan orang tua. tapi tak tua sangat dalam 20-an. aku jadi cepat boring kawan ngan rakan sebaya kecuali ngan Siti Khadijah Farahani. Kalau borak ngan Kakak Ida pun best. sporting. kdng2 sowt2 gak.

p/s: korang2 jangan heran kalau aku suka duduk kat luar bilik SPBT. Aku suka duduk kat situ. Tenang. Damai. bagai2 aku blh fikirkan kat situ.

C.I.N.T.A

Pilihlah cara yang HALAL


Persoalan cinta tak pernah lekang dari menjadi perbualan remaja dan anak muda. Mungkin ramai yang memandang remeh. Bagi mereka yang suka bersosial, cinta dikaitkan pergaulan bebas, hubungan romantik, seks, memenuhi kehendak nafsu dan berbagai lagi definisi yang songsang dan menyedihkan. Bagi mereka yang Islamic dan syadid, cinta sering dikatakan jalan menghampiri zina, HARAM, melalaikan dan sebagainya. Aku bukanlah orang yang arif mengenai cinta tapi orang kata aku arif mengenai cinta. Tapi sebenarnya aku minat untuk mengetahui erti cinta yang sebenarnya. Oleh kerana minat itu, aku sering membaca buku mengenai cinta. Coretan aku kali ini tidak ada niat untuk mengutuk atau memerli sesiapa pun. Malah terus terang lagi bersuluh aku katakan, ini adalah hasil pengalaman insan yang tak pernah bergelumang dalam dunia cinta. Dalam erti kata mudah, tulisan ini adalah mengenai apa yang aku lihat di sekeliling aku dan apa yang sedang berlaku dalam dunia realiti ini.

Pertama sekali aku ingin menyentuh tentang definisi. Definisi cinta itu sendiri luas dan bersifat subjektif. Aku tidak setuju bila cinta dikaitkan dengan bercouple. kesilapan di dalam mendefinasikan inilah yang menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan antara HALAL dan HARAM. Love in Cinta, Coupling is Berpasangan. Bukankah itu jauh berbeza? Di mana persamaannya? Tidak semestinya kita bercouple wujudnya perasaan cinta dan kalau kita bercinta sekalipun tidak semestinya kita bercouple. Pening??? Keliru??? Tapi inilah yang kita perlu fikirkan.


CINTA ITU FITRAH

Mungkin sudah biasa kita dengar kata-kata keramat ini. Malah ia juga menjadi hujah untuk segelintir manusia menghalalkan hubungan. Aku tak kata bercinta itu salah? Cuma cara kita yang salah. Kenapa aku katakan bercinta tak salah? Aku nak tanya korang... Siapa yang mengajar kita bercinta? Allah yang mengajar kita bercinta. Itulah gunanya Allah wujudkan perempuan dan lelaki, saling berpasangan.

Cuba fikirkan.... bagi mereka yang bercinta dengan lelaki yang masih belajar. Korang rasa apa lelaki itu boleh bagi selepas kahwin nanti? Bagi anak... Korang nak bagi makan apa dekat bayi itu? Nak bagi pakai apa? Mungkin sekarang, couple awak boleh bagi hadiah yang mewah. Dari mana couple awak dapat duit? Itu semua hasil duit biasiswa couple awak!

Cuba fikirkan.... bagi mereka yang bercinta dengan lelaki yang kaya-raya. Duit itu duit couple awak atau couple ayah awak? kalau ayah couple awak takde, semua harta itu akan dibahagikan kepada adik-beradik dan couple awak. kalau couple awak ini dulu manja dengan harta. Jangan harap dia nak bekerja. Duit ayah couple awak habis, mana awak nak cekup duit?

INGIN TAHU

Salah satu sifat yang ada dalam diri setiap makhluk yang bergelar manusia, ialah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Perasaan ingin tahu nikmat cinta ini lebih hangat dan panas bila mana seseorang itu menjejak kaki ke alam remaja. Lebih-lebih lagi bila melihat rakan- rakan bercinta, timbul perasaan 'nak'.

Bila sudah tahu, timbul pula keinginan mencuba. Apa yang hendak dicuba? Percubaan dimulakan dengan 'ringan-ringan'. Dimulakan perbualan telefon yang singkat, kemudian berpanjangan. Dari perbincangan pelajaran, masuk ke soal hati dan perasaan. Lantas diatur pertemuan demi pertemuan. Melepaskan rindu katanya. Kemudian dicucuk syaitan yang mula menjadi 'menteri agama'nya untuk berpegangan tangan.


'Ah dosa kecil je' monolog couple awak bersendirian. Menyedapkan hati dengan maksiat yang dilakukan. Lepas tu, peluk-peluklah, ' Alah dia pun suka'. Dan berlanjutan seteusnya. Begitulah kita, walaupun diingatkan oleh Allah tapi kita sering lupa.

JALAN MUJAHADAH
WIRDANI

Bermula langkah kali pertama
Ketika terbuka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana

Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang
Tersemat di jiwa

Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana

Jalan mujahadah itu
berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah
Melawan arusnya

Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi
Cabaran kehidupan
Di alam remaja

Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran
Iman dan taqwa landasannya

p/s: sorrylah terlampau panjang entri kali ni. sebab aku suka tajuk ni. lagipun korang suka katakan aku ni jiwang karatkan...hehe. Entri ini khas buat mereka yang bercinta atau yang sedang break dengan couple korang.

Thursday, October 8, 2009

Ada apa pada nama???

SAYANG... Abang Aliff

tajuk ni mmg famous... bila di baca sekali mmg tak faham. kenalah baca 2 kali baru afdhal. hari aku pilih tajuk ni ssb teringat raya tahun ni... ada perubahan. sehingga melekat smpi hari ini. kita mulakan dgn nama panggilan dlm keluarga aku.

mak + bapak = mak long & pak long

mom + papa = mak ngah & pak ngah

umi + ayah = aunty aishah & abg idi

ibu + babah = aunty lila & abg cani

terima kasih kat ibu... sbb bagi idea nak tulis tajuk ni. hairan aku... knp ibu tiba2 panggil mak aku ' mak ' besanya dia panggil mak long. pelik2. aku apa lagi.. aku pun panggil dia ibu... sy cuba untuk tekankan ttg perasaan hormat terhadap seseorang individu.

cerita aku...

dulu... sebelum ada anak. anak2 buah blh panggil 'aunty' tapi lepas dah ada anak sy rasa lebih sesuai panggil dengan panggilan 'mak, mom,umi,ibu' or anything spy anak mereka panggil dgn panggilan itu. kadang2 ada anak2 yg panggil 'mak long' kepada maknya sendiri. betapa kurangnnya rasa hormat itu sdh. itulah kita kena tukar panggilan seseorang jika mereka mempunyai anak.

untuk org asing, biasanya kita akan panggil.. kakak, abg, pak cik n mak cik. tapi kdg2 ada jugak lelaki ni bikin geram (adalah ceritanya tu)...... sehingga membuatkan aku panggil semua lelaki asing pak cik tak kira dia muda or tua kerepot.

p/s: saya ingin menawarkan khidmat nasihat ttg kehidupan secara percuma. terbuka kepada warga sm stella maris yg beragama islam. jadi sesiapa yg mempunyai masalah kehidupan.. contohnya boyfriend curang, hati rasa kosong, org kat sekeliling aku tak sayang kat aku dan sebagainya. segala masalah yg di ceritakan akan di rahsiakan. sebarang masalah ttg kehidupan blh di emelkan ke syukran_rabb@ymail.com. sekian terima kasih

Monday, October 5, 2009

Bukan pada kuantiti tapi pada kualiti

Satu kata-kata yang berharga buat yg memahami maksudnya, 'bukan pada kuantiti tapi pada kualiti'. kata-kata ini aku ambil dari buku 'Aku Terima Nikahnya' hasil karya Hasrizal Abdul Jamil. aku tak nak terangkan maksud kata-kata ini yg berkait dgn perkahwinan tapi berkait dgn pembelajaran.

Semua guru memang pandai mengajar tapi mereka selalu merungut masa yg diperuntukkan tak cukup... sedangkan masa yg di berikan kerajaan melebihi. kita tak perlukan masa yg banyak bersama pelajar tapi apa yg kita ajar dapat pelajar terima. itu maksud aku. kita mengajar pelajar itu tapi hati kita tak bersama pelajar sehingga menyebabkan apa yg kita ingin sampaikan tidak tersampai.

Kita mengajar kena ada kualiti. Pekerjaan sebagai guru ini memerlukan jiwa, perasaan dan hati kita. bukan seperti zaman sekarang, bagi guru mengajar hanya cukup di kelas... antara pelajar faham atau tidak... kita sebagai guru kurang ambil pedulikan??? bukan aku nak kutuk cikgu tapi aku kesian... setakat ini aku hanya berjumpa beberapa guru yg aku rasa profesional di mataku. antaranya:-

1. Noor Adliah
2. Faridah Musa
3. Nadzeerah Ibrahim
4. Faidzal (ssh nak sebut nama dia ni)

Tatkala mereka mengajar aku dapat merasakan hati mereka bersama aku. mereka bersungguh-sungguh inginkan pelajar mereka berjaya. tidakkah guru itu merasakan nikmatnya tatkala....

"Alhamdulillah, aku dah berjaya. anak ayah sayang jom jalan. Eh...eh... itu cikgu ayah dulu" ucap Faiz yang kini bergelar usahawan yg termuda.
" Assalamualaikum, cikgu. apa khabar?" sapa Faiz sesudah sampai di hadapan wanita tua.
" Waalaikumussalam. awak saper? macam mana boleh kenal saya?" soal wanita tua itu... kebingunggan. dia cuba mengingati org yg berdiri di hadapannya.
" Saya cikgu, Faizal Hamdi. yang selalu cikgu denda sebab tak siap kerja rumah" dia cuba menolong mengingati.
" O.. dah besar panjang kamu, Faiz. kamu kerja apa skrg? ni sape pulak" tanyanya pulak sambil menundingkan jari ke arah anak Faiz.
" saya sekarang dah jadik usahawan... sy nak ucap terima kasih. mana mungkin saya mempunyai syarikat sendiri tanpa cikgu. ni anak saya, namanya Nurul Ain. sy ambil nama ni sempena nama cikgu" air mata Cikgu Ain tak terbendung lagi. satu persatu air matanya gugur. di salamnya tangan cikgu tua itu.

Tidakkah seorang guru itu merasa amat dihargai. seorang pelajar jugak tidak blh berdendam dengan guru. sekali saja pelajar berdendam... dia akan menyesal seumur hidup!!! Cikgu zaman sekarang memegang prinsip JERIS- Jasmani, Emosi, Rasional, Intelek dan Sosial. sosial... bermaksud komunikasi antara pelajar dan guru. di mana guru kena bijak dalam berkata-kata. jangan sakiti hati pelajar tersebut. nnt DIA AKAN MEMBERONTAK.

Sunday, October 4, 2009

Komunikasi antara guru dan pelajar


aku imbas kembali..... pada hari jumaat bersamaan 13 syawal (2 oktober). pada hari itu, aku telah menangiskan seorang kawan (namanya Ina) hanya dengan kata2. HEBATKAN! hebat apanyer??? Dalam hidup ini pasti kita mencari sesuatu seperti Ina jugak. dia mencari.....
~Apa erti sahabat?

~apa konsep bersahabat?

~Siapa sahabat sebenarnya?

sebelum kita mencari jawapan terhadap soalan tersebut. kita perlu mencari diri kita sebenarnya. kebanyakkan org hanya kenal dirinya daripada zahirnya tapi pada batinnya tidak... kenapa ini berlaku??? ini berlaku di sebabkan mereka sibuk mencari kebahagian yang sementara. selalulah bertanya, ' siapa diri aku sebenarnya?'. pada hari itu jugak, aku gunakan konsep 'bukan pada kuantiti tapi pada kualiti' dan apa yg aku ingin sampai telah terlaksana.

bagi saya cara mencari pelajar yang bermasalah terbahagi kepada 3 iaitu:-

1. pendiam

2. lain drpd yg lain

3. normal
PENDIAM mereka ini sebenarnya mempunyai masalah komunikasi sebab tulah ada sesetengah pelajar terpinggir, tiada sesiapa yg ingin berkawan dgn dia sebab bagi rakan-rakan yg lain pelajar tersebut memboringkan. ternyata mereka silap. mereka mungkin mempunyai masalh berkomunikasi tetapi saya yakin mereka mempunyai satu keistimewaan.


LAIN DRPD YG LAIN (selalu gembira). Jenis ini pulak.. mereka suka membuat rakan2 yg lain ketawa tapi hati pelajar ini sedih. ada sesetengah org, mereka suka renung mata pljr tersebut. kdng2 mata pljr itu tidak blh menipu. kamu fikir pelajar tu takde perasaan. sebenarnya ada... cuma tak nampak. tapi kita nampak pljr ini sngt berkeyakinan dan berkebolehan.


NORMAL... pljr yg sebegini susah untuk diketahui bermasalah atau tidak. tak bnyk sy nak komen ttg bahagian ni sbb sy belum habisfikirkan ttg ni.


Bagi saya Ina tergolong bahagian LAIN DRPD YG LAIN. disini jugak sy ingin menanyakan soalan, apa guna ada guru kaunseling???. adakah guru kaunseling ini di perlukan ketika pelajar sdh memberontak??? kita perlu bertindak sebelum pelajar memberontak... tengok sekarang guru tak pernah peduli ttg perasaan pelajar??? guru ni buta??? (maaf andai kata2 ini mengguris perasaan mana2 individu) mereka tak nampak perasaan pljr, bagi para guru cukup hanya mereka mengajar di dalam kelas tak peduli pelajar faham atau tidak. I'm give up dengan guru zaman sekarang.


note: selamat kembali ke sekolah Cikgu Nadzeerah. sy mengharapkan satu perubahan dalam diri cikgu selepas lama bercuti. Jangan sesekali berhenti menjadi seorang guru sbb sy yakin cikgu ada naluri seorang guru seperti ibu cikgu.

Monday, September 28, 2009

Hari Raya Aidilfitri

* Nilah sepupu aku ( Ariff). Adik kenapa blurr jak?

Assalamualaikum.

Hari raya tahun ni, something berlaku. Ikuti selanjutnya. malamnya macam biasa ada khatam Al- Quran dan main mercun. Ketua main mercun ni Pak Ngah. dikasi cantum2 tu mercun baru bakar. Sedap bunyinya. Kalau ada yang rajin ambillah buluh kat belakang ... baru ada kick. Lepas tu kasih bersih rumah atok. aik... bang ujang n acu takkan nak susun sofa tu pun pening??? aku susun pun sekejap jer... takder pening2. Ada sup tulang... sedap. rendang Wan(nenek) yang masak tapi kali ni pedas....

* Nana dan Abang Fahim


Di pagi raya... cian kat Mak Ngah jatuh kat tandas. Dia hari tu pun pergi pengebumian pak cik nya. Anak2 dia yang lain tak ikut dorang pergi sembahyang raya. Alamaik... my mom punya cermin mata pecah. Terpaksalah kitaorang pergi k.k buat cermin mata. kita jalan awal... buat cermin mata tu then... pergi kubur. nnt jam tiga ambil cermin mata. yg bestnya tahun ni kami sekeluarga dlm satu kereta... ndak mcm raya dulu... pecah2 ssb mau main ngan baby.

* Ayah dan umi family


waktu sampai kat kubur dorang yg lain dah siap. jadi kami pergi kubur kat atas ( nenek & atuk ) kat bawah kubur my moyang. then, pergi rumah atok Bong ( bapa Fatin, 2 T). rumah ni jak aku terlepas duit raya ssb dukung my sepupu ( Ariff ). Tulah my Aunty2 ni tak besar macam aku... Si Ariff dapat pulak tu.... GERAMNYA!!! sakit telinga dengar itu ini.....



* Tak nampaklah umi...

tengahari singgah rumah aku.... solat n rehat2 kejap. then sambung jalan2..... sampailah petang. rumah terakhir... ialah rumah Abang Idi ( pak cikku ). balik Tuaran semula..... malam tu aku sakit perut muntah2... aku ada sakit dari kecil yg menyebabkan aku sensitif bahagian perut. bah itu jak untuk kali ini.


* Gara2 motor nilah Aliff tak nak balik


p/s: seperti yang di janjikan... aku dah masukkan gambar raya.

Thursday, July 16, 2009

Not Good Week...

Assalamualaikum...

apa khabar??? sorryla... this week kan. aku bz lagipun hari selasa tu aku sakit. kenala kesian kat aku ni... but today me happy banget!!! walaupun kena marah kat sigu shila a.k.a shila majid... hehehe nama glamour. aku kan kena jemput oleh sigu faridah (sigu praktikal) masuk kelas dia. aku pun setuju.. waktu tu sigu yusiah ganti... lepas tu sigu shila ganti... waduh...waduh...waduh... dia cari aku.. besala waktu PJK aku pandai lesap... hilang entah ke mana... hehehe. lepas tukan, tu uncle mervin guna bas putih... jadila kami PTI hari isnin tu. tapi syokla... ketawa2. Habis rahsiah tu terbongkar... angkara siapa ni???? ishk...ishk... adakah patut dorang kata aku olok si Wenanita... tula bahasa melayu pun ndak lulus. How about PPSMI... adakah anda setuju di tukarkan kepada bahasa melayu @ bahasa jiwa bangsa??? walauapapun pendapat anda aku tak kesah... manusia mempunyai pelbagai pendapat. apa2 pun kepala otak aku ni masih pusing pikir tentang apa yang kakak lia balas... " Allah menempatkan kita di sesuatu tempat pasti ada sebabnya, untuk uji atau untuk mengubah" soalan ni simple n senang but for me it's susah....


Sejak kebelakangan ni.. aku selalu pikir nak kawin...hehehe. dah pandai menggatal kah??? besalah... sekali sekala berangan2. imginasi yang sungguh canggih... betul ker ayat tu??? hehehe. relax2 sabarlah... nanti aku kawinlah jugak dengan putera kayangan...hehehe

Saturday, July 11, 2009

Hari yang paling bahagia...

Assalamualaikum...

khaifa halukum? hari jumaatkan, semalamla. naik bas yang teda tempat duduk.... berabis kami ketawa. sebab uncle bas (mervin) tangkap gambar. sudah dia lalu depan sekolah, lambat ambil kami. dalam bas dia guna video rakam kami... aku nampak kayu jadi aku pukul tangan dia tu... sudahla tadi tengahari dia buli aku. aku ni duduk atas tayar tempat yg akhirla, adakah tiba2 dia brek mengejut....hehehe. berabis dia ketawa di depan ndakkah aku geram???!!! ya, ni hari... hari ko, besok hari aku. ingat tu.. waktu kat trafik light tg. aru, ada lagi kereta yang ambil gambar kami. famous sangat kami hari tu...hahahaha. alamak!!! sigu2 pun nampak kami.

My teacher sigu Nadzeerah... ada berita gembira. aku baru dpt dari adik dia. sigu mengandung!!! patutla sejak kebelakangan ni dia suka marah2. emosi tidak terkawal. kepada adik sigu thanks sebab bagitau.

*kakak aku yg pki tudung biru tu
petang tu waktu rehatla, aku call kakak lia. yalah gembiranya hati aku dengar suara dia. entah kenapa aku sayang sangat kat dia... maybe jiwa dia tu, jiwa pendidik yang sebenar2nya yang aku cari. dahla jadi cikgu lahir pun hari guru...bestnyer. dia kata dah balas emel aku, dia ni pun cikgu aku merangkap kakak aku merangkap penasihat aku...hehehe (panjangnyer). kalau aku ada masalah aku selalu tanya dia. aku bacala emel dia lepas balik sekolah. ya Allah rupa2 orang kat sana tu sedang bergembira nak dapat baby baru. Tahniah kak, semoga selamat melahirkan baby tu. Apabila kita sabar... pasti ada hasil yang lumayan di sebaliknya, kan kak? hehehe. nanti saya balik emel kakak, ok? I LOVE YOU kakak.

Thursday, July 9, 2009

Blog Kelas


Assalamualaikum...

tadi baru kasi siap blog untuk kelas. korang tengok2la blog tu. kalau takder yang tengok aku sepak kang...hehehe. alahai ndak terror aku buat tu blog tapi akula org pertama posy kat blog tu. any problem bincang dalam ym or kat kelas kay.... aku belum lagi pikir tema/ warna blog tu. aku letak jer warna hijau sebab kelas aku warna hijau.


aku ni tengah boring. si shah, adik sigu jira jarang online dah. aku teda mau cerita2. wlpn dia ni lembab sikit but dia ni seorang pelawak. very lucu.


Wednesday, July 8, 2009

Bulan Kecergasan n Nariehan


Assalamualaikum..

minggu ni ialah bulan kecergasan....konon jer bulan kecergasan tapi pelajarnya ndak cergas pun... tadi adalah senaman dipimpin oleh parlimen. buruk benar senamannya. cikgu pun mana ada yang turun memeriahkan majlis yang ndak berapa mesra tu... cikgu praktikal tu ramai2 masuk pegi pusat sumber (ps). baru jer siap chat ngan si nariehan... kami bincang mau buat blog untuk kelas..

bincang2la tentang rulez, password n email. besok baru mau bagitau ttg cadangan ni. untuk menyenangkan.... tengah tunggu persetujuan. kalau dorang setuju aku boleh buat. Ni idea saper??? idea akular.hehehe. puji diri sendiri.


cerita tentang nariehan.

nariehan a.k.a eri. budak ni okla cuma panas badan dia. dia ni kalau bercakap macam susah dia mau kasi sampai mesej tu. dia ni macam ndak terurus masanya.kalu keluar gila2 dia ni...ishk2. dia ni periang... ada sedikit masalah tentang kehadiran. kalau bab makeup tu paling campain... kalah aku. kalau kau mau kasih makeup aku jgn harapla!!!!


Tuesday, July 7, 2009

Cerita Hari ni..

Assalamualaikum... wahai pembaca yang budiman.

Ya Allah mudahkanlah segala urusanku. today pun kena marah oleh cikgu Rohana... aku geramla. makin aku duduk kat kelas tu, makin aku marah. nasib baik waktu kena denda aku beristigfar. udahla, aku kena kasih tinggal bas. aku yang terkena bebel. sabar jerla... walau berapa bnyk pun uncle bas aku kasih tinggal tetap aku ndak mau pindah cari bas lain.. kenapa yer? wat everla... tadi balik pun... lambat sampai. kalau hari2 gini aku blh jalan kabut hidupku. tadi terlampau sibuk aku... banyak kerja. nasib boleh aku relax2kan kepala time ceramah 'rexona'. tapi masa susun meja tu... cikgu Melati bising. kotor banget kelas tu. Wenanita!!!! kenapa kau ndak jalankan tugas. aku rasa adil bah aku bagi2 tugas tu. kalau ko rasa ndak adil... kau bagitau aku. FAHAM!!!

My brother ndak tuisyen hari ni... dia masak. bagai2 dia masak. aku rasa boleh2la.... dia ni orang yang perasan sangat hensem. pernah dulu, aku sebelah dia jak.... ada cikgu lalu depan kami " cikgu hensemkah saya?" dia tanya kat cikgu tu. apalagi geleng2la kepala cikgu tu.hehehehe.
to nariehan a.k.a eri.... ko tunggu jak nnt aku tulis tentang ko. ok?

Monday, July 6, 2009

Hari membebel

Assalamualaikum...
besala... hari isnin tapi rasanya hari ni hari yg teruk. kamu mau tau??? waktu perimpunankan ada dua kelas kena iktiraf macam tong sampah minggu lalu, kelas 1s dan kelas 1a. jadi, kami pun kena denda oleh cikgu amy... dia suruh tulis "i must do my part to make the classroom clean" 80 kali. ndakah sengsara... mcm besala, aku main tipu aku lompat tu nombor. lepas tukan, time cikgu jira kan dia marah kitaorang sebab bising... banyak kali dia marah. macam tawar hati dia mau mengajar kelas kitaorang hari ni. pelajarnya pintar tapi tidak pandai menghormati guru. tula budak-budak zaman sekarang. aku lebih suka mau kelas terakhir... nyaman, tenag dan damai... teda gaduh2. Sekarang aku tengok bilik guru macam tempat recycle. semua complain itu inila... kenapa tadi ndak cakap terus ngan pengetua supaya letak kat luar bilik guru??? Ok2 jak bilik guru tu. sampai sini jakal aku tulis... no idea, lagipun tengah sibuk kasi siap kerj rumah.bye. wassalam

* kepada cikgu jira: jangan ambil hati terhadap perkara tadi. Jangan mudah putus asa kerana kami. teruslah menjadi seorang guru. Pasti suatu hari nanti ada berita yang membuatkan hati cikgu gembira.

Saturday, July 4, 2009

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

apa khabar iman hari ini sahabatku? Jagala iman anda setiap hari... Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi, aku lulus peperiksaan semester 1 walaupun pencapaian aku tak memberangsangkan disebabkan aku mempincangankan ilmu itu. aku skrg sedaya upaya untuk menekan kan terhadap diriku 'aku belajar kerana ilmu bukan kerana perkara yg lain'. aku senyum kerana gembira sebab pendidikan seni aku gagal... aku mau cikgu tu sedar.. dia sebenarnya tak layak jadi cikgu. kerana perkara silamkah yg membuatkan sains aku nyawa2 ikan??? aku ingin melupakan perkara itu tapi... ia tetap ada di mindaku atau di sebabkan ilmu itu tidak berkat... STOP!!! aku mau melupakannya. result aku ok2 jak tu... bapak aku still tak puas hati... bagi aku sekolah ni ndak mecabar.. aku mau sekolah yang mencabar. aku mau balik sri gaya... but umur aku dah lebih. aku suka di sana. dalam banyak2 sklh yg aku pernah pergi hanya satu sekolah jak yang terpaut kat hati aku 'madrasah assalam kampung contoh' sekolah ni membuatkan hatiku sentiasa tenang. lepas solat asar, aku suka duduk kat tingkat paling atas, dari situ aku dapat melihat pemandangan yang sungguh indah sambil angin meniup sesepoi bahasa.... aku duduk di situ, memikirkan ciptaan ilahi yang sungguh mempersonakan. Hidup ini umpama roda, kadang2 kita di atas dan kadang2 kita di bawah. biasanya, kita sentiasa ingin berada di atas... kita tidak suka pada kesusahan... sama seperti aku...hehehe

Friday, July 3, 2009

Kesian cikgu n abangku birthday

Assalamualaikum...
pada tarikh 2 Julai, Cikgu Nadzeerah binti Ibrahim a.k.a cikgu Jira. satu masa jer waktu dia, kena nilai oleh pengetua. sepanjang waktu tu aku nak ketawa jak... tak sangka pulak kawan2 aku pandai berlakon... cikgu pun sama tukar cara dia mengajar. dia speaking london...hehehe. cikgu tanya "okay class"... "ok teacher". sedangkan dorang tak paham. dengan tahap kefahaman aku yang kurang... so, lepas dia mengajar aku jumpa dia dan mintak dia ulang topik tu minggu hadapan. Dia pun dua kali lima kaku banget nak speaking london, sudah biasa dia mengajar kami dalam bahasa melayu untuk subjek math... tetiba jer tukar bahasa, tak ker rasa lain sikit. Dahla senyap memanjang dalam kelas tu... tula first time aku dengar dorang senyap macam tikus. Aku yang kurang pandai speaking london, pun tak mengutarakan soalan. biasanya akula yang paling banyak mulut nak tanya itu..ini. Aku pun kesian cikgu tu... aku tau dia nak mengajar dalam bahasa melayu tapi tak boleh tu peraturan kementerian, mesti ajar dalam bahasa inggeris. Ya Allah, ku mohon cikgu Nadzeerah dapat markah yang baik untuk penilaian tu...amin. Kesian cikgu.... sabar jerla. tawakal, lagipun cikgu dah sedaya upaya nak speaking london tu.


Alamak.... kesian kat abang aku takde kek. dahla dari hari tu... lagi dia kasih ingat tarikh birthday dia.... last2 lupa lak. 'aku tak taula kalau dia ingat, macam dia lupa jak'. sabar ada jugak kek ndak pun KFC... cian abang...hehehe. hadiah takde yer... bukan kedekut tapi takde buget... abang aku ni... dulu terkenal dengan habit dia kuat tido. pernah hari tu... kelas gantila. ramai tak datang... so darjah lima ngan darjah enam kena gabung. apalagi tidola dia waktu ustazah mengajar. tetiba jer ustazah suruh kawan dia kasi bangun... ustazah tanyala "kenapa 'nun' ni mati?" abang aku bangun dari kerusi " sebab 'nun tu tak bayar hutan" dengan selamba abang aku jawab. habisla kelas tu ketawa... aku pun join ketawa lucu sangat. Kenapalah ngan abang aku tu... mungkin dia masih angau..hahaha. Pengajarannya, lain kali jangan tido waktu cikgu/ustaz/ustazah mengajar.... faham anak2.

Wednesday, July 1, 2009

Cikgu Praktikal

Assalamualaikum...
maybe bagi korang tajuk ni tak best... tapi aku tetap nak cerita...hehehe. tengahari tadi masa aku nak hantar surat sakit si reyneilda. aku jalanla sambil senyum2 lepas tu ada sorang cikgu praktikal ni (ajar sidang pagi) aku memang tak kenal dia, dari ums "dapat surat dari boyfriend ker?" cikgu tanya. jadi aku pun jawabla "takla cikgu" . alahai... teknologi moden sekarang cikgu buat apa nak pakai surat2 ni 'low class' ler. waktu chek fizikal (perkara yg membuang masa ni) cikgu sejarah dtg ( cikgu praktikal gak. nama dia Faridah Musa) dia srh pegi lab. aku pun mengambil kesempatan tanya dia " cikgu kenal tak, cikgu praktikal yg hari ni dia pakai baju warna hijau... tudung putih n kulit dia hitam manis?" aku ni tau sangat. "ooo... yg pendek2 tu? dia tu housemate cikgu"... aku pun bagitau apa yg terjadi tadi tengahari tu...hehehe. waktu time dia mengajarkan kls kita orang mcm biasa bising. tiba2 cikgu marah... semua diam. aku seperti biasa senyum2 dalam diam. "takla... cikgu main2 jak" satu kelas pun ketawa, aku pun sama. cuma aku perasan kat akhir kata2 marah dia tu ada suara serak yg menandakan dia nak nangis. sebelum dia nak mula mengajar pun dia tarik nafas... maknanya dia tu betul marah kat kami. Aku ni selalu kesian kat ciku praktikal... mereka ni selalu kena pijak oleh pljr2 pintar. besala... pelajar kls pintar ni adalah yg tak respect cikgu but 'I HATE THAT HABITS'. kebiasaannya kls pertama ni pelajarnya petah sangat bercakap. sebenarnya... guru ni boleh di bawa berkawan tapi ada batas2nya. kadang bila di fikirkan balik salah cikgu jugak tak tegas... saya nak guru yg TEGAS bukannya GARANG. teda sape2 yg suka cikgu marah macam singa. sape yg suka???????.. ckp kat aku. cikgu2 ni terlampau mengikut prosedur2 kat dalam buku (maybe belum ada pengalaman)... buku tu hanya rujukan, cara mengajar terpulang kepada cikgu. aku nak lihat 'adakah cikgu Faridah akan menggunakan taktik yg selalu di gunakan oleh guru yg tak profesional untuk penilaiannya?'. kita tunggu dan lihat apa yg akan berlaku. ada gak cikgu ni suruh pelajarnya berlakon... jadi dpt markah tinggilah, result yg keluar. ada jugak cikgu yg tak sampai setengah jalan nak putus asa...

kepada para pendidik yg baru renung2kanlah kata2 ini...

"Apabila kamu telah keluar menjadi seorang pendidik, tanamkan dalam minda kamu bahawa, setiap pelajar adalah sangat berpotensi untuk berjaya. Jangan pandang pelajar melalui kacamata semata2 sama ada mereka pandai atau sebaliknya tapi lihat merek sebagai permata yg akan bersinar jika kita benar2 mendidik"

"Jika kita menganggap kerjaya guru sebagai beban, maka jadilah ianya beban. Jika kita menganggap ianya adalah suatu ibadah maka jadilah ia sesuatu yg wajib kita laksanakan. Jika kita menganggap ianya sesuatu yang menyeronokkan maka jadila ia perkara yg menyeronokkan"

*Renung2kanla mutiara kata ini

Tuesday, June 30, 2009

Hatiku merana!!!

Assalamualaikum...


Today., si eugenie udah jadi pengawas so... jawatan dia sebagai penolong ketua kelas kena bagi kat org lain. Ya Allah, knp aku dpt penolong yg.... entahla mau ckp mcm mana. knp ndak blh si Nia yg jadi penolong... berila pada dia peluang... aku yakin dia boleh. aku masih ingat kata2 seorang pensyarah dari ums.. 'untuk berjaya kita perlu tiga perkara, pertama kemahuan, kedua kemampuan dan ketiga peluang'. aku ndak mau bekerja dgn org yg lesbian... aku belum buta cuma rabun saja... aku nampak apa yg korang buat. depan cikgu macam angel... belakang cikgu, puiiii. semua yg dlm kls pengecut... takut... pada siapa kamu perlu takut... aku ndak pernah takut pada korang. tapi aku MESTI terima hakikat yang aku terpaksa bekerjasama ngan dia. SABAR....SABAR...SABAR.... pasti ada hikmah di sebalik pelantikan ini. ko happyla.... nasib baik akal aku ni masih waras... aku ndak dgr kata2 Uncle bas aku tu... aku mesti pasrah.... aku yakin aku masih boleh lakukan tugas aku sebagai ketua kelas yg berdedikasi. cuma aku sangat kesian kat remaja zaman sekarang rosak akhlak mereka. sampaikan senang sangat air mata ini mengalir. kenyataannya aku sklh kat sklh kristian.... bkn sklh pilihan hatiku... hanya kerana ego aku terpaksa duduk kat sklh tu..

*nilah abg aku... hensem ker???

ada satu lagi cerita, korang nak tau???? abg aku ada girlfriend. mau muntah aku baca sms dia tu.... sapela gadis pilihan hati dia tu... oooiii abg lupakah abg tu masih belajar. bercinta sebelum berkawin itu dilarang dalam islam.... mana agama yg selama ini ko pegang??? sy tak nak kerna seorg wanita abg lupa pada cita2 abg... sy nak abg buktikan abg blh dpt sekurang2nya 9A dlm spm... pecahkan rekod abg yg dulu... pmr dpt 8A jer... buktikan pada adik2 abg ni... walaupun sy ni selalu cemburu ngan kepintaran abg.... sy tak tau apa rahsia abg.... jarang sangat nak nampak abg bljr.... apa2 pun belajarla kerana ilmu... org akan pandang tinggi terhadap kita kerna ilmu bukannya harta....

*komen2lah jgn malu2... aku sedia membaca komen itu

Monday, June 29, 2009

Blogku...

Assalamualaikum...
ni bukanlah blog yg pertama yg aku ada.... sajer2 nak buat blog untuk meluahkan rasa hati yang ndak puas...yela... klu ada yg tak suka aku menulis takya bacala... buatla keje hang.... aku tak kesah pun... aku ni jenis 'happy go lucky'.... aku tak kesah org nak bergaduh depan aku.... aku bersedia nak tepuk tangan....hehehe... besala sudah kena iktiraf 'OG' orang gila.... tp aku ni jenis think positif... ingat jer benda tu 'org glamour'. tak payah nak serabutkan kepala otak tu... hidup tak perlu stressss!!! mesti gembira setiap waktu, setiap saat dan bla..bla..bla... aku ni boleh di katakan tak layak jadi ketua kelas..... sapela aku ni.... aku sedar aku ni budak kolot. budak ketinggalan zaman orang kata.... tapi dalam hati aku... aku mempunyai azam... azam setinggi gunung kinabalu...hehehe perasan. jgn selalu nak pandang rendah trhadap budak2, kdg2 mereka ni terlebih pintar.... klu cikgu BM nampak aku tulis ni.... mesti dia kasi gagal bm.... sudahla laser mulut cikgu tu... tapi sape kenal dia dgn lebih dekat... sebenarnya dia tu baik mcm pelangi di langit....hehehe puji melambung tinggi. maybe kat dlm ni blog aku bincang perkara yg terlintas di fikiran aku... korang boleh komen.... lagipun untuk berkongsi maklumat...bertukar-tukar pendapat... tidakpun... bincang topik2 hangat mcm pisang goreng... dan pastinya aku akan cerita sikit2 ttg diri aku.... teda sapa2 yg knl sangat kat aku kecuali org yg rapat dgn aku.... korang jgn heran klu kadang2 aku ni perasan sngt nak jadi cikgu..... cikgu dipandang mulia di mataku yg selalu mengantuk.....hahahaha. aku rasa sampai sini sajala.... kamu org tunggu posting aku yg seterusnya.....