aku imbas kembali..... pada hari jumaat bersamaan 13 syawal (2 oktober). pada hari itu, aku telah menangiskan seorang kawan (namanya Ina) hanya dengan kata2. HEBATKAN! hebat apanyer??? Dalam hidup ini pasti kita mencari sesuatu seperti Ina jugak. dia mencari.....
~Apa erti sahabat?
~apa konsep bersahabat?
~Siapa sahabat sebenarnya?
sebelum kita mencari jawapan terhadap soalan tersebut. kita perlu mencari diri kita sebenarnya. kebanyakkan org hanya kenal dirinya daripada zahirnya tapi pada batinnya tidak... kenapa ini berlaku??? ini berlaku di sebabkan mereka sibuk mencari kebahagian yang sementara. selalulah bertanya, ' siapa diri aku sebenarnya?'. pada hari itu jugak, aku gunakan konsep 'bukan pada kuantiti tapi pada kualiti' dan apa yg aku ingin sampai telah terlaksana.
bagi saya cara mencari pelajar yang bermasalah terbahagi kepada 3 iaitu:-
1. pendiam
2. lain drpd yg lain
3. normal
PENDIAM mereka ini sebenarnya mempunyai masalah komunikasi sebab tulah ada sesetengah pelajar terpinggir, tiada sesiapa yg ingin berkawan dgn dia sebab bagi rakan-rakan yg lain pelajar tersebut memboringkan. ternyata mereka silap. mereka mungkin mempunyai masalh berkomunikasi tetapi saya yakin mereka mempunyai satu keistimewaan.
LAIN DRPD YG LAIN (selalu gembira). Jenis ini pulak.. mereka suka membuat rakan2 yg lain ketawa tapi hati pelajar ini sedih. ada sesetengah org, mereka suka renung mata pljr tersebut. kdng2 mata pljr itu tidak blh menipu. kamu fikir pelajar tu takde perasaan. sebenarnya ada... cuma tak nampak. tapi kita nampak pljr ini sngt berkeyakinan dan berkebolehan.
NORMAL... pljr yg sebegini susah untuk diketahui bermasalah atau tidak. tak bnyk sy nak komen ttg bahagian ni sbb sy belum habisfikirkan ttg ni.
Bagi saya Ina tergolong bahagian LAIN DRPD YG LAIN. disini jugak sy ingin menanyakan soalan, apa guna ada guru kaunseling???. adakah guru kaunseling ini di perlukan ketika pelajar sdh memberontak??? kita perlu bertindak sebelum pelajar memberontak... tengok sekarang guru tak pernah peduli ttg perasaan pelajar??? guru ni buta??? (maaf andai kata2 ini mengguris perasaan mana2 individu) mereka tak nampak perasaan pljr, bagi para guru cukup hanya mereka mengajar di dalam kelas tak peduli pelajar faham atau tidak. I'm give up dengan guru zaman sekarang.
note: selamat kembali ke sekolah Cikgu Nadzeerah. sy mengharapkan satu perubahan dalam diri cikgu selepas lama bercuti. Jangan sesekali berhenti menjadi seorang guru sbb sy yakin cikgu ada naluri seorang guru seperti ibu cikgu.
0 ulasan:
Post a Comment