Satu kata-kata yang berharga buat yg memahami maksudnya, 'bukan pada kuantiti tapi pada kualiti'. kata-kata ini aku ambil dari buku 'Aku Terima Nikahnya' hasil karya Hasrizal Abdul Jamil. aku tak nak terangkan maksud kata-kata ini yg berkait dgn perkahwinan tapi berkait dgn pembelajaran.
Semua guru memang pandai mengajar tapi mereka selalu merungut masa yg diperuntukkan tak cukup... sedangkan masa yg di berikan kerajaan melebihi. kita tak perlukan masa yg banyak bersama pelajar tapi apa yg kita ajar dapat pelajar terima. itu maksud aku. kita mengajar pelajar itu tapi hati kita tak bersama pelajar sehingga menyebabkan apa yg kita ingin sampaikan tidak tersampai.
Kita mengajar kena ada kualiti. Pekerjaan sebagai guru ini memerlukan jiwa, perasaan dan hati kita. bukan seperti zaman sekarang, bagi guru mengajar hanya cukup di kelas... antara pelajar faham atau tidak... kita sebagai guru kurang ambil pedulikan??? bukan aku nak kutuk cikgu tapi aku kesian... setakat ini aku hanya berjumpa beberapa guru yg aku rasa profesional di mataku. antaranya:-
1. Noor Adliah
2. Faridah Musa
3. Nadzeerah Ibrahim
4. Faidzal (ssh nak sebut nama dia ni)
Tatkala mereka mengajar aku dapat merasakan hati mereka bersama aku. mereka bersungguh-sungguh inginkan pelajar mereka berjaya. tidakkah guru itu merasakan nikmatnya tatkala....
"Alhamdulillah, aku dah berjaya. anak ayah sayang jom jalan. Eh...eh... itu cikgu ayah dulu" ucap Faiz yang kini bergelar usahawan yg termuda.
" Assalamualaikum, cikgu. apa khabar?" sapa Faiz sesudah sampai di hadapan wanita tua.
" Waalaikumussalam. awak saper? macam mana boleh kenal saya?" soal wanita tua itu... kebingunggan. dia cuba mengingati org yg berdiri di hadapannya.
" Saya cikgu, Faizal Hamdi. yang selalu cikgu denda sebab tak siap kerja rumah" dia cuba menolong mengingati.
" O.. dah besar panjang kamu, Faiz. kamu kerja apa skrg? ni sape pulak" tanyanya pulak sambil menundingkan jari ke arah anak Faiz.
" saya sekarang dah jadik usahawan... sy nak ucap terima kasih. mana mungkin saya mempunyai syarikat sendiri tanpa cikgu. ni anak saya, namanya Nurul Ain. sy ambil nama ni sempena nama cikgu" air mata Cikgu Ain tak terbendung lagi. satu persatu air matanya gugur. di salamnya tangan cikgu tua itu.
Tidakkah seorang guru itu merasa amat dihargai. seorang pelajar jugak tidak blh berdendam dengan guru. sekali saja pelajar berdendam... dia akan menyesal seumur hidup!!! Cikgu zaman sekarang memegang prinsip JERIS- Jasmani, Emosi, Rasional, Intelek dan Sosial. sosial... bermaksud komunikasi antara pelajar dan guru. di mana guru kena bijak dalam berkata-kata. jangan sakiti hati pelajar tersebut. nnt DIA AKAN MEMBERONTAK.
Monday, October 5, 2009
Bukan pada kuantiti tapi pada kualiti
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment