Monday, October 12, 2009

C.I.N.T.A

Pilihlah cara yang HALAL


Persoalan cinta tak pernah lekang dari menjadi perbualan remaja dan anak muda. Mungkin ramai yang memandang remeh. Bagi mereka yang suka bersosial, cinta dikaitkan pergaulan bebas, hubungan romantik, seks, memenuhi kehendak nafsu dan berbagai lagi definisi yang songsang dan menyedihkan. Bagi mereka yang Islamic dan syadid, cinta sering dikatakan jalan menghampiri zina, HARAM, melalaikan dan sebagainya. Aku bukanlah orang yang arif mengenai cinta tapi orang kata aku arif mengenai cinta. Tapi sebenarnya aku minat untuk mengetahui erti cinta yang sebenarnya. Oleh kerana minat itu, aku sering membaca buku mengenai cinta. Coretan aku kali ini tidak ada niat untuk mengutuk atau memerli sesiapa pun. Malah terus terang lagi bersuluh aku katakan, ini adalah hasil pengalaman insan yang tak pernah bergelumang dalam dunia cinta. Dalam erti kata mudah, tulisan ini adalah mengenai apa yang aku lihat di sekeliling aku dan apa yang sedang berlaku dalam dunia realiti ini.

Pertama sekali aku ingin menyentuh tentang definisi. Definisi cinta itu sendiri luas dan bersifat subjektif. Aku tidak setuju bila cinta dikaitkan dengan bercouple. kesilapan di dalam mendefinasikan inilah yang menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan antara HALAL dan HARAM. Love in Cinta, Coupling is Berpasangan. Bukankah itu jauh berbeza? Di mana persamaannya? Tidak semestinya kita bercouple wujudnya perasaan cinta dan kalau kita bercinta sekalipun tidak semestinya kita bercouple. Pening??? Keliru??? Tapi inilah yang kita perlu fikirkan.


CINTA ITU FITRAH

Mungkin sudah biasa kita dengar kata-kata keramat ini. Malah ia juga menjadi hujah untuk segelintir manusia menghalalkan hubungan. Aku tak kata bercinta itu salah? Cuma cara kita yang salah. Kenapa aku katakan bercinta tak salah? Aku nak tanya korang... Siapa yang mengajar kita bercinta? Allah yang mengajar kita bercinta. Itulah gunanya Allah wujudkan perempuan dan lelaki, saling berpasangan.

Cuba fikirkan.... bagi mereka yang bercinta dengan lelaki yang masih belajar. Korang rasa apa lelaki itu boleh bagi selepas kahwin nanti? Bagi anak... Korang nak bagi makan apa dekat bayi itu? Nak bagi pakai apa? Mungkin sekarang, couple awak boleh bagi hadiah yang mewah. Dari mana couple awak dapat duit? Itu semua hasil duit biasiswa couple awak!

Cuba fikirkan.... bagi mereka yang bercinta dengan lelaki yang kaya-raya. Duit itu duit couple awak atau couple ayah awak? kalau ayah couple awak takde, semua harta itu akan dibahagikan kepada adik-beradik dan couple awak. kalau couple awak ini dulu manja dengan harta. Jangan harap dia nak bekerja. Duit ayah couple awak habis, mana awak nak cekup duit?

INGIN TAHU

Salah satu sifat yang ada dalam diri setiap makhluk yang bergelar manusia, ialah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Perasaan ingin tahu nikmat cinta ini lebih hangat dan panas bila mana seseorang itu menjejak kaki ke alam remaja. Lebih-lebih lagi bila melihat rakan- rakan bercinta, timbul perasaan 'nak'.

Bila sudah tahu, timbul pula keinginan mencuba. Apa yang hendak dicuba? Percubaan dimulakan dengan 'ringan-ringan'. Dimulakan perbualan telefon yang singkat, kemudian berpanjangan. Dari perbincangan pelajaran, masuk ke soal hati dan perasaan. Lantas diatur pertemuan demi pertemuan. Melepaskan rindu katanya. Kemudian dicucuk syaitan yang mula menjadi 'menteri agama'nya untuk berpegangan tangan.


'Ah dosa kecil je' monolog couple awak bersendirian. Menyedapkan hati dengan maksiat yang dilakukan. Lepas tu, peluk-peluklah, ' Alah dia pun suka'. Dan berlanjutan seteusnya. Begitulah kita, walaupun diingatkan oleh Allah tapi kita sering lupa.

JALAN MUJAHADAH
WIRDANI

Bermula langkah kali pertama
Ketika terbuka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana

Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang
Tersemat di jiwa

Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana

Jalan mujahadah itu
berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah
Melawan arusnya

Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi
Cabaran kehidupan
Di alam remaja

Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran
Iman dan taqwa landasannya

p/s: sorrylah terlampau panjang entri kali ni. sebab aku suka tajuk ni. lagipun korang suka katakan aku ni jiwang karatkan...hehe. Entri ini khas buat mereka yang bercinta atau yang sedang break dengan couple korang.

0 ulasan: