* ingin sekali cincin ini disarungkan ke jari tapi aku mengharapkan lelaki yang menyarungkan cincin ini setia pada diriku.
mengapa sejak akhir2 ni... airmataku sering mengalir. aku tidak mengerti tentang semua ini... adakah aku perlu benci pada lelaki??? apa yang aku lihat sekarang ni, merekalah yg menyeksa kaum hawa. kadang2 aku terfikir jugak apa salah kaum hawa pada kaum adam. kadang2 kaum adam sesuka hati mau kawin, then cerai sesuka hati. dan paling aku tak suka jika kaum adam hendak berpoligami, mereka tak bagitau ketika nak kawin isteri lain. sakit tau...apa salah kaum hawa sehingga kaum adam sanggup melakukan semua ini????
aku jugak hairan dengan kaum hawa. mereka tidak serik bercinta dengan kaum adam walaupun sering di sakiti oleh kaum adam. cikgu nadzeerah kata gila bercinta. mereka tidak sedar... mereka tidak ingat dan mereka sering dilukai. aku tergolong dalam kaum hawa tapi secara jujurnya aku tak pernah bercinta kerana aku takut bercinta. bagi aku biarlah cinta itu datang sendiri.
apakah pelik sebuah perkahwinan tanpa percintaan sebelum bernikah??? TIDAK. malah percintaan selepas kawin lebih suci. sesuci mawar yang harum. Allah lebih meredhai perkahwinan itu. tapi bagi mereka yang pernah bercinta dgn lelaki lain sebelum berkawin ada lebih banyak risikonya. contohnya:-
" sayang, abang pegi keje dulu. assalamualaikum" kata suamiku. kuhulurkan beg kejenya lalu ku ciumi tangannya.
" waalaikumussalam. hati-hati bawa kereta tu" balasku dengan senyuman yang manis terukir di bibirku.
kat pejabat
" apalah isteriku sedang buat..." monolog Azman sambil merehatkan fikirannya. persoalan ini sering bermain di fikiran Azman ketika meninggalkan isterinya di rumah. dia selalu meragui kesetiaan isterinya.
kat rumah
" alahai abang.... apa abang buat sekarang. keje atau dengan perempuan lain???" kata2 itu meluncur laju dari bibir seorang isteri yang meragui kesetiaan suaminya sendiri.
perkara diatas sering berlaku kepada remaja2 yang 'kawin koboi' ( kahwin sebab di tangkap khalwat) sering tuduh-menuduh tidak setia. kerana ' sedangkan dia berani melakukan perkara tidak senonoh dengan diriku. pasti dia sanggup melakukan perkara itu dengan lelaki lain '.
p/s: aku baru keluar dari hospital bukit padang...hehehe. aku bukan gila yer. aku ikut bapak aku bagi ceramah kat situ. aku ni kiranya menyemak jer. adalah jugak aku jumpa pengerusi PIBG sekolah kita. dia tu wakil pengerusi pelawat hospita bukit padang jer. Aku nak ucapkan selamat menyambut hari kesihatan mental sedunia. jangan kamu kadi orang yang kat bukit padang tu. belajar2 jugak jang over tau... bye. kepada kakak lia, jagalah anakmu sehingga menjadi seorang khalifah yang terbaik.
0 ulasan:
Post a Comment