Wednesday, July 1, 2009

Cikgu Praktikal

Assalamualaikum...
maybe bagi korang tajuk ni tak best... tapi aku tetap nak cerita...hehehe. tengahari tadi masa aku nak hantar surat sakit si reyneilda. aku jalanla sambil senyum2 lepas tu ada sorang cikgu praktikal ni (ajar sidang pagi) aku memang tak kenal dia, dari ums "dapat surat dari boyfriend ker?" cikgu tanya. jadi aku pun jawabla "takla cikgu" . alahai... teknologi moden sekarang cikgu buat apa nak pakai surat2 ni 'low class' ler. waktu chek fizikal (perkara yg membuang masa ni) cikgu sejarah dtg ( cikgu praktikal gak. nama dia Faridah Musa) dia srh pegi lab. aku pun mengambil kesempatan tanya dia " cikgu kenal tak, cikgu praktikal yg hari ni dia pakai baju warna hijau... tudung putih n kulit dia hitam manis?" aku ni tau sangat. "ooo... yg pendek2 tu? dia tu housemate cikgu"... aku pun bagitau apa yg terjadi tadi tengahari tu...hehehe. waktu time dia mengajarkan kls kita orang mcm biasa bising. tiba2 cikgu marah... semua diam. aku seperti biasa senyum2 dalam diam. "takla... cikgu main2 jak" satu kelas pun ketawa, aku pun sama. cuma aku perasan kat akhir kata2 marah dia tu ada suara serak yg menandakan dia nak nangis. sebelum dia nak mula mengajar pun dia tarik nafas... maknanya dia tu betul marah kat kami. Aku ni selalu kesian kat ciku praktikal... mereka ni selalu kena pijak oleh pljr2 pintar. besala... pelajar kls pintar ni adalah yg tak respect cikgu but 'I HATE THAT HABITS'. kebiasaannya kls pertama ni pelajarnya petah sangat bercakap. sebenarnya... guru ni boleh di bawa berkawan tapi ada batas2nya. kadang bila di fikirkan balik salah cikgu jugak tak tegas... saya nak guru yg TEGAS bukannya GARANG. teda sape2 yg suka cikgu marah macam singa. sape yg suka???????.. ckp kat aku. cikgu2 ni terlampau mengikut prosedur2 kat dalam buku (maybe belum ada pengalaman)... buku tu hanya rujukan, cara mengajar terpulang kepada cikgu. aku nak lihat 'adakah cikgu Faridah akan menggunakan taktik yg selalu di gunakan oleh guru yg tak profesional untuk penilaiannya?'. kita tunggu dan lihat apa yg akan berlaku. ada gak cikgu ni suruh pelajarnya berlakon... jadi dpt markah tinggilah, result yg keluar. ada jugak cikgu yg tak sampai setengah jalan nak putus asa...

kepada para pendidik yg baru renung2kanlah kata2 ini...

"Apabila kamu telah keluar menjadi seorang pendidik, tanamkan dalam minda kamu bahawa, setiap pelajar adalah sangat berpotensi untuk berjaya. Jangan pandang pelajar melalui kacamata semata2 sama ada mereka pandai atau sebaliknya tapi lihat merek sebagai permata yg akan bersinar jika kita benar2 mendidik"

"Jika kita menganggap kerjaya guru sebagai beban, maka jadilah ianya beban. Jika kita menganggap ianya adalah suatu ibadah maka jadilah ia sesuatu yg wajib kita laksanakan. Jika kita menganggap ianya sesuatu yang menyeronokkan maka jadila ia perkara yg menyeronokkan"

*Renung2kanla mutiara kata ini

0 ulasan: