http://mynameisgila.blogspot.com/2009/11/wanna-know-something.html
kamu urang klik jak link ni. then baca apa yg budak nia ni tulis. aku bukan nak salahkan sesiapa pun dan aku tak berpihak pada sesiapa pun. aku just nak korang sedar. aku pernah rasa seperti yang nia rasa cuma situasi yang berbeza. aku nak pesan kat nia... jangan dendam dengan perempuan tu. kalau nak marah kat dia, marahlah. aku tak kesah. cuma jangan berdendam dengan dia. sekali kau berdendam dengan dia selama-lamanya kau takkan dapat maafkan dia. ilmu yang kau perolehi tak berkat. kau taukan aku punya markah sains selalu rendah. hanya kerana ilmu yang aku perolehi tidak berkat.
kepada perempuan yang si nia maksudkan tu. saya nak kata kat awak. jangan putus asa. apa pun yang anak muridmu lakukan pada dirimu, tabahkan dirimu. aku tau awak pernah kena marah kat mak awak sebab awak menyatakan hasrat nak berhenti jadi cikgu. awak adalah orang yang bertuah sebab awak terpilih menjadi seorang cikgu. aku yakin awak ada naluri seorang guru. i hope you will be my sister soon.
nia.... dunia ini adalah satu medan untuk kita berjuang memilih antara syurga atau neraka. itu terpulang kepada individu tersebut untuk memilih. jangan terlampau mengikut hawa nafsu kita. jangan biarkan diri dikawal oleh nafsu. aku sayang kau nia. aku nak berikan yang terbaik untuk diri kau. cerita kali ini... membuatkan pipiku terasa panas. air mata mengalir dengan deras tanpa henti.
Ya Allah, ku mohon padamu jangan biarkan ada pena yang berwarna hitam mencalit hatiku. Ya Allah, andai aku sedar bahawa hari ini hari terakhirku untuk menatap wajah orang yang kusayangi, ampunilah segala dosaku. hati ini terus tabah untuk mengharungi dugaan tapi hambamu ini lemah. bantulah diriku. jangan biarkan diriku kecundang hanya kerana aku mengikut hawa nafsu. amin...
Sunday, November 8, 2009
perempuan itu.... guruku
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment