Sunday, November 22, 2009

Jiwaku...

aku kadang2 tak faham dengan manusia di dunia ni. kadang2 membuatkan fikiranku tak tentu arah kerana memikirkan manusia2 di sekeliling aku. pelbagai kerenah mereka. pelbagai ragam mereka. aku terasa diriku ini tempat manusia2 meluahkan perasaan. aku tertanya-tanya, kalau aku ni tempat manusia meluahkan perasaan, dimana aku nak luahkan perasaan aku?? aku tahu aku jugak manusia biasa... aku perlukan seseorang mendengar rintihan hidupku. kadang2 aku ingin berlari di tepi pantai sambil menjerit sepuas hati aku. kadang2 aku buntu... aku tak tahu nak selesaikan masalah yang aku tahu cari masalah. aku tak tahu kenapa dengan diriku. korang selalu nampak aku happy tapi hati dan perasaan aku tiada sesiapa pun yang tahu selain ALLAH. aku tanya pada diriku, jahat sangatkah aku??? apa salahku sehingga ramai membenci aku. airmata ini terus-terusan mengalir.... aku cuba untuk menahan airmata ini daripada gugur... tapi aku tak mampu. aku tak kuat. aku tahu perjalan hidupku masih panjang.... tapi diri ini umpama kecundang di pertengahan jalan.

PUISI
airmata berguguran dipipiku,
entah apa yang ditangisi aku,
diriku masih lemah,
merangkak dalam melayari hidup ini,
hidup yang penuh suka duka,
hidup yang hanya berakhir dengan airmata,
aku tercari-cari erti kebahagiaan,
tatkala aku menghampiri kebahagiaan,
airmata ini kembali gugur,
airmata yang selalu berguguran di bumi,
airmata yang palingku benci,
aku terasa bodoh kerana menangisi lelaki,
lelaki yang pernah mengecewakan diri ini,
aku sukar untuk menerima kehadiran orang bernama lelaki,
kerana mereka aku hidup menderita,
aku benci mereka yang berasal dari kaum adam,
kini... hidupku dipenuhi kebencian,
sukar untuk aku memaafkan lelaki,
ya allah, kembalikan semangatku,
semangatku yang hilaang kerana kecewa,
ya allah, jangan lagi membuat diri ini menderita,
sesengguhnya... diri ini tahu bahawa hanya ada seorang adam yang tercipta untukku.

0 ulasan: