Akulah sebenarnya... pernah juga terfikir tentang orang yang dah berkahwin tapi masih belajar. Yelah... ada suami perlu jaga, kena study lagi. mana nak cari duit, takkan nak mengharap pada biasiswa. sape yang nak jaga anak kalau pegi kelas n kalau yang dua-dua ambil course yang sama lagi susah nak seimbangkan masa. aku fikir juga, yang ambik course medik sebab bagi aku course ni perlu tumpuan sepenuhnya sebab susah. MAYBE segala persoalan aku ni terjawab setelah membaca blog sepasang suamiisteri yang sudah ada anak dan mengambil course medik.. ikuti selanjtnya.
Tapi…Ada juga tapinya. Memang tak dinafikan, kahwin waktu masih belajar memang banyak kerisauannya. Risau pelajaran terganggu, risau duit tak cukup, risau tak boleh bahagikan masa, risau tanggungjawab yang makin bertambah, risau ber’anak’, risau itu dan ini, dan macam-macam kerisauan lagi. Ya, memang itulah cabaran rumahtangga. Nak mengemudi bahtera bukan mudah, pasti akan ada ribut taufan mahupun ombak besar melanda.
Semuanya bergantung pada kita untuk memastikan bahtera itu selamat hingga ke destinasi. Mereka yang belum kahwin pun banyak juga kerisauan, betul tak? Cuma kerisauannya lainlah sikit.
Formulanya,
1. Tentang duit, jangan jadikan itu kerisauan utama. Rezeki Allah sentiasa ada insyaAllah. Cuma kita pandai-pandailah mengurus kewangan, dan jgn lupa untuk fikir masa depan (means, kena ada saving untuk kecemasan).
2. Tentang study, saya tak rasa ini masalah. Sebabnya saya perhatikan kawan-kawan yang dah kahwin pun masih boleh perform. Di sini pentingnya pengurusan masa yang bijak. Potensi otak sikit pun tak terjejas dengan berkahwin.
3. Tentang anak, banyak kontroversi. Tapi anak itu kan rezeki. Kalau rasa masih belum bersedia, ambil masa. Tapi kalau dapat tu maknanya Allah tahu kita mampu.
4. Apa pun, rumahtangga bukan semudah ABC. Jangan expect yang indah-indah sahaja, bersedia untuk menerima pasangan kita seadanya.
Apa pun, perkahwinan ini bukanlah masa depan kita untuk beberapa tahun akan datang sahaja, tapi ia adalah hidup kita selama-lamanya..
Wednesday, February 3, 2010
Perkahwinan ketika masih belajar
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment