Sunday, February 28, 2010
sampai bila mahu marah aku???
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Tuesday, February 23, 2010
Teacher Christina teach me something today...
korang taukan aktiviti aku waktu pjk? hanya berjalan and cakap sorang2 and then you call me "OG marilah join". waktu tu pun teacher christina ajar pjk kan? kamu nampak tidak aku jumpa dia? korang mau tau apa aku talk dengan dia?
"kenapa?' teacher ask me.
"teacher, semua orang ada tanggungjawab tapi tidak semua orang ada rasa tanggungjawab. kenapa?"
"what? ulangbalik" so aku ulanglah apa yang aku cakap.
"sebab pertama adalah background seseorang. macam mana dia kena didik. sebab kedua 'aku x ingat'.
"bagi teacher, kenapa hati lebih penting daripada paras rupa?"
"yalah, hati tukan. kalau kita guna hati kita kan dapat menunjukkan diri sebenar seseorang".
"so, hati tu lagi betul daripada fikiran?"
"tidak (dlm keadaan ragu2 hendak menjawab). kamu nika bikin teacher keliru sudah".
" teacher dari mana teacher dapat, 'makanlah sebelum kenyang'?"
"teacher, just dengar2 orang cakap. kita ada ilmu kita kongsi. kita ada harta kita kongsi.just like that".
"ok, last. teacher rasa teacher kenal diri teacher? jujur"
" kadang2 ia, kadang2 tidak. bergantung pada alam sekeliling".
"kamu ndak payahlah mahu fikir tentang tu. just ENJOY".
"ok, thanks teacher".
teacher christina always want me to think n think. waktu dia mengajar pasti dia sampaikan sesuatu yang berharga. perkataan ENJOY tu memang trademark dia kalau sudah mau habis cakap ngan aku. bagi aku enjoy tu boleh tapi jangan terlebih enjoy. nanti binasa hidup. kalau tak caya kata2ku ini...korang cubalah. terkejut aku, ada jugak orang *tut* yang guna hadis nabi. aku gelar ini mesej bawah sedar sebab teacher christina dia tak tahu dia sedang guna hadis nabi. tidak tersangka aku. ini salah satu yang membuatkan aku respect ngan teacher christina. jenis yang suka berkongsi ilmu. aku memang rasa, teacher christina memilih seseorang bukan dari paras rupa tapi hati budi seseorang itu. i think teacher christina bukan jenis memilih tapi berhati-hati dalam memilih.tapi dalam memilih hati budi seseorang, teacher terlupa yang seseorag itu jugak perlu ada fikiran. seperti yang saya kata dulu, setiap orang ada otak tapi tidak semua pandai menggunakan akal.
"teacher ndak marah bahkan waktu teacher explain about orang mengandung saya pandang perut teacher?" wakakakawakakakakaka..... korang kasi ketawalh aku. aku just bayangkan. kalaulah aku sudah mengandung mesti aku gemuk. bukannya aku bayangkan teacher yang gemuk. Just be happy. I LOVE 2S 2010.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Thursday, February 18, 2010
Wajah baru..
sekarang aku sudah tukar wajah blog aku dan link blog aku. aku tukar sebab aku nak tukarlah hehehe. dulu aku pilih warna biru yang sangatlah mendamaikan hatiku ini. sekarang aku dah tukar... pergi warna hijau pulak. warna yang banyak sangat berjasa pada diri ini. inilah cara aku mengenang jasa. nama pun sudah aku tukar pergi raudhah sebab ada memori ketika aku disitu. aku pilih link ni http://www.kasihdiriku.blogspot.com/ bersempena trademark aku kat sekolah "kamu sayang aku kah?". kasih sayang merupakan perkara yang penting dalam kehidupan. tanpa kasih sayang hidup kita akan terasa kosong. jadi kita mesti saling sayang menyanyangi. aku tak berapa pandai pilih templat. so, aku just letak jer mana yang berkenan dihati. berjam jugak aku buat... dalam 1 jam setengah. kalau sudah baca harap berilah komen. komen2lah tentang blog aku ni. I LOVE 2S 2010......
To Ariey: kenapa ko tak update blog kau???? aku tangah tunggu berita hangat ko tu.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Wednesday, February 17, 2010
Happy Birthday to my friend
HAPPY BIRTHDAY TO....
NIA ELLYA... ANATHASIA... ANNABEL AND MY LOVELY. Aku tak tahu nak tulis apa. Aku just nak ucap happy birthday dan nak bagi korang kek (dalam mimpi korang jak)..
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Otak letak kat mana???
Manusia yang suka sangat buang bayi nikan... mmg takde akal. Tuhan berikan otak tapi tak pandai guna dengan betul. Maybe, mereka ingat bayi tu barang mainan. Suka hati jer nak buang sana sini. Bila buat pandai tapi nak jaga bayi tu tak pandai. Bila berzina tak tahu malu tapi ada anak luar nikah tahu malu.
Bayi tu tak buat salah pun dengan korang. kenapa korang ni jahat sangat kat bayi tu??? bayi tu tak buat salah pun. korang ni nama jer orang dewasa tapi otak letak kat lutut. Lain kali fikir dulu sebelum buat sesuatu. Ni tak, main lantak jer ikut suka hati. Korang ni memang xde perasaan.
kepada sesiapa yang still ada ibubapa bersyukurlah. jangan suka sangat mempertikaikan kasih sayang mereka. terutamanya kepada kawan2 aku yang sesetengah mereka suka sangat mempertikaikan kasih sayang ibubapa mereka. kakak aku pernah kata " kalau ibubapa tak sayang kat adik... kenapa sampai sekarang ibubapa adik still jaga adik???". jadi sayanglah ibubapa anda...
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Friday, February 12, 2010
Penatnya....
syukur alhamdulillah... kita cuti awal. tapi kalau pengetua bagi cuti awal aku rasa kalau nanti balik sekolah dia mahu kita tak langgar peraturan sekolah dan tidak mengambil cuti tambahan. jangan macam tahun lalu, semua rancangan yang kita rancang kena kasi batal sebab kita ni tak pandai menghargai. so, kita kenalah hargai jasa baik pengetua kita yang bagi kita cuti awal.
ok berbalik pad tajuk yang di atas. saja jer nak menulis tentang kepenatan meng'round' satu sekolah. kehulur kehilir pegang kamera. dari satu kelas ke kelas yang lain. pakai kamera sekolah. tema dia kerjasama, 1 malaysia dan (aku tak ingat satu lagi ni). aku paling suka bahagian sudut serasi kelas 2T. very nice.
tapi yang kesiannya, kelas 2A ni aku langsung tidak ambil gambar dorang sebab dorang teda buat kerja. tidak menepati tema pulak kalau aku ambil gambar mereka2 ini. ada juga yang bahagian baja kompos ni aku ambil gambar tapi tak banyak. yang bahagian pijak tin2 untuk dijual pun ada jugak aku ambil gambar.
ada jugak yang lucu ni, kan tema 1 malaysia.... jadi mahu cari pelajar india susah bah. aku pergi kelas 1E, ada budak ni rupa dia macam orang india. aku tanyalah "kau orang indiakah?" " tidakla, aku orang timur.".... hahahaha kuyakkkk bah waktu tu.
satu jam aku pusing tu sekolah. tempat terakhir destinasi aku ialah bilik SPBT dan waktu tulah habis bateri kamera. kesianlah kawan2ku yang kat bilik SPBT tu. lastly... aku memang penat satu pun kami tak belajar hari ni, cuma ada buat experiment kat makmal kimia. kepada kawan2 yang bnyk sngt aku mintak tolong tu, sorrylah. aku memang tak larat sudah tu. jalan pun tak betul sudah. thanks to my lovely friend. kamu sayang aku kah????
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, February 9, 2010
TIGER MENANG!!!.... fenomena yang memalukan sekolah
* Setiap perbuatan yg anda lakukan, ada yg melihat.
YEYEYE!!!! tiger menang. johan keseluruhan rumah merah!!!!!!!! johan perbarisan rumah merah!!!!!! gembira cikgu yusiah (ketua rumah merah). kesian kadet polis tahun ni dapat nombor dua. tahniah kepada bsmm kerana berjaya mendapat nombor satu.
Tapi walaupun sukan ini diadakan ada juga kejadian yang tidak menyedapkan mata aku ni memandang. Fenomena membawa 'abang angkat' (cikgu speedy yg gelar dorang ni abang angkat). Kalau 'abang angkat' dorang tu hensem takpelah. Ni macam pokok krismas aku tengok. ada rantailah kat leher, antinglah dorang ni pakai. pakai seluar pun terlondeh. rambut ada yang macam berus jamban, ada yang macam ultraman. naik heran aku dengan perangai 'abang angkat' mereka ni.
Ada yang dating dengan 'abang angkat' dorang bawah pokok, ada yang kat tangga. takde 'class' langsung. bawaklah pegi makan kat restoran ker. suka sangat mereka ni sembang2 dengan 'abang angkat' mereka. 'abang angkat' dorang ni pun, datang stadium naik bas mini..hahaha. budak form 1 pun sudah ada 'abang angkat'.
Yang paling aku kesian ni... pelajar2 islam yang buat perkara ni. nasib baik tahun ni aku BELUM tengok perkara yang menjijikkan. kalau aku ingat2 balikkan perkara tu mesti aku nangis. sudahlah satu kelas dengan aku. aku pun tak tahu nak buat apa lagi. dan aku tak nak dia jadi tut...tut...tut...(faham2lah).
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Monday, February 8, 2010
Permata hatiku...
"Engkaulah permata hati umi dan ayah. pengubat jiwa yang sepi. ketawamu sering membuatkan umi gembira. tatkala umi dilanda pelbagai rintangan aksimu membuatkan umi lupa seketika masalah umi.ketika ayahmu pergi berjuang engkaulah menemani umi. Engkaulah permata hati umi dan ayah."
1. " Kenapa umi dan ayah tak sayang saya?"
~ Kalau umi dan ayah tak sayang kamu dah lama umi dan ayah buang kamu.
2. " Kenapa ayah cari perempuan lain?"
~ Mungkin ayahmu berbuat begitu ada sebabnya kerana lelaki itu dikurniakan 1 nafsu 9 akal.
3. " Kenapa tiada seorang pun yang sudi mendengar kata hati saya?"
~ Mungkin umi dan ayah kamu sibuk.
4. " Pada siapa saya mesti meluahkan perasaan saya kalau umi dan ayah sibuk?"
~ ALLAh kan ada. ALLAH lah tempat mengadu kita selain manusia. ALLAH itu Maha Mendengar segala rintihan hambanya.
5. " Kenapa saya diuji?"
~ Kita diuji untuk mengetahui tahap iman kita.
6. " Apa yang ingin saya katakan pada umi dan ayah?"
~ Umiayah... saya tak nak kemewahan, saya nak kasih sayang dan perhatian dari umi dan ayah itu saja.
7. " Saat dirimu dilahirkan. Apa yang kamu ingin katakan?"
~ umi... terima kasih kerana sanggup mengandungkan dan melahirkan saya.
8. " Kenapa kasih sayang yang umi dan ayah berikan berbeza antara saya dan adik?"
~ Umi dan ayah tak membezakan antara kamu berdua, itu hanya perasaan kamu. Kamu tetap anak umi dan ayah.
9. " Apa yang selalu kamu doakan untuk umi dan ayah?"
~ Aku memohon agar ALLAH mengampunkan segala dosa umi dan ayah dan supaya umi dan ayah masuk ke dalam syurga.
10. " Apa harapan kamu?"
~ Saya nak merasakan menjadi seorang umi yang bertanggungjawab.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Friday, February 5, 2010
Siapa kaunseling siapa???
Alahai.... nak meletup aku punya mulut ni, menahan ketawa. Ada keslah.... budak form 1 sudah pandai menipu ibubapa, guru dan yang paling penting tipu diri sendiri. Kesian budak tu. nasib baik tak kena suruh berdiri kat atas pentas. kat dalam bilik guru pun ada pasal perkataan 'ngentot'. kesian cikgu kat sekolah tu sebab baru tahu tentang ni. budak2 yang kelas hujung2 tu ada yang sudah pandai buat. dan bagi mereka benda tu perkara biasa. setiap hari balik dengan lelaki... apa guna pergi sekolah kalau jual maruah???
Lepas tu ada guru kaunseling beri ceramah yang ringkas tentang 'tutur kata'. Sepanjang cikgu tu menceramah kami.. aku hanya menahan ketawa. korang pasti nak tahu kenapa aku nak ketawa, kan? because satu soalan yang berlegar-legar di ruangan fikiran aku tentang 'siapa yang perlu kena kaunseling guru atau pelajar?'. and semestinya aku akan katakan guru sebab tak lama lagi SETAN menjadi bahasa rasmi bagi guru-guru kat sekolah tu. Dari mana kami belajar semua tutur kata? dari mana kami mengenal abjad? jawapannya guru. seperti bak kata pepatah... kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari. kalau guru suka memaki pelajarnya lagi leser mulut dari cikgu. perkataan b***h yg digunakan oleh cikgu R. perkataan SETAN yang digunakan cikgu F. cikgu kaunseling tu bagi ceramah ttg tutur kata bagi aku apa yang dia cakap tu takde 'point' (manfaat) sebab mereka belajar dari guru-guru mereka sendiri. buang air liur cikgu kaunseling tu bagi ceramah jer. memang sesetengah guru kat sekolah ni tak layak kena hormat. buat apa hormat guru kalau guru tak hormat kita. Kalau nak orang hormat kita, kita mesti hormat orang tersebut terlebih dahulu.
kepada pk petang.... kalau nak cakap kat mikrofon tu tidak perlulah jerit2. bikin sakit telinga jak. bikin panas hati aku jak. suara anda cukup kuat untuk didengari pelajar kat dewan. tak payah nak pakai mikrofon awak tu... awak cakap benda yg kurang baik guna mikrofon 'inikah pelajar SM S******** yang berak bertaburan'. anda kata anda malu jika 'jiran sebelah' mengetahui tentang hal ini. jadi anda tak malu cakap kat mikrofon tu sehingga 'jiran sebelah' dengar? saya takde hak nak halang anda untuk berubah tapi saya berhak untuk bercakap. silakan berubah menjadi guru yang tegas tapi jangan sesekali berubah menjadi guru yang pemarah yang tak tentu pasal. perangai anda sekarang ni... sedang hinggap kat guru2 yang lain....
kepada kawan2 yang pernah mencabar aku... mungkin betul kata korang aku ni tak berani nak cakap depan cikgu. aku ni hanya berani kutuk belakang cikgu jer. aku sekarang ni sedang cuba mengawal perasaan marah aku ni. aku tak nak mcm dulu, cepat sangat marah dan meluahkan kata-kata dalam nada marah. sekarang aku nak cakap secara, baik lemah lembut tak nak lagi mcm dulu.
P/S: kepada cikgu chin fui moi yang aku sayangi. semoga cikgu cepat sembuh. betula kata cikgu, bekas pelajar sk sri gaya yang sudah berada di sekolah menengah pasti nak balik belajar kat sri gaya. lagipun saya rindu mahu belajar sama teacher. bestbah belajar sama teacher.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Wednesday, February 3, 2010
Kawan Baru...
Yeyeyeye... ada pelajar baru masuk kelas 2s. ishk macam budak-budak pulak. Nak kata baru... taklah baru sangat tapi aku rasa she still remember about me ^__^. She is... Nurhidayahtul. She is very dangerous for me... because she can read my eye. Then.. dia ajar lagi si Eva baca mata aku. MESTI pakai cermin mata hitam kalau pergi sekolah ni. Kenapalah si Hidayah tak bawak balik si Eugenie sekali. rindu pulak aku kat si Eugenie. Hidayah tadi kau memang pandai buat suprise!!!! sampaikan si khalilah jerit waktu jumpa kau. Aku taklah terkejut sangat sebab akukan ada 'orang-orang' yang memberitahu.... Just i'm very happy that you come back to here and welcome to 2s. Semoga berjaya di masa hadapan... GOOD LUCK! chaiiyookk.
p/s: aku memang tak reti nak tulis proper english. kalau ada yang korang tak faham tu buat-buat faham jelah. grammar aku 100% tunggak terbalik. Cuma kali ni, aku tertarik nak guna bahasa inggeris ni.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Perkahwinan ketika masih belajar
Akulah sebenarnya... pernah juga terfikir tentang orang yang dah berkahwin tapi masih belajar. Yelah... ada suami perlu jaga, kena study lagi. mana nak cari duit, takkan nak mengharap pada biasiswa. sape yang nak jaga anak kalau pegi kelas n kalau yang dua-dua ambil course yang sama lagi susah nak seimbangkan masa. aku fikir juga, yang ambik course medik sebab bagi aku course ni perlu tumpuan sepenuhnya sebab susah. MAYBE segala persoalan aku ni terjawab setelah membaca blog sepasang suamiisteri yang sudah ada anak dan mengambil course medik.. ikuti selanjtnya.
Tapi…Ada juga tapinya. Memang tak dinafikan, kahwin waktu masih belajar memang banyak kerisauannya. Risau pelajaran terganggu, risau duit tak cukup, risau tak boleh bahagikan masa, risau tanggungjawab yang makin bertambah, risau ber’anak’, risau itu dan ini, dan macam-macam kerisauan lagi. Ya, memang itulah cabaran rumahtangga. Nak mengemudi bahtera bukan mudah, pasti akan ada ribut taufan mahupun ombak besar melanda.
Semuanya bergantung pada kita untuk memastikan bahtera itu selamat hingga ke destinasi. Mereka yang belum kahwin pun banyak juga kerisauan, betul tak? Cuma kerisauannya lainlah sikit.
Formulanya,
1. Tentang duit, jangan jadikan itu kerisauan utama. Rezeki Allah sentiasa ada insyaAllah. Cuma kita pandai-pandailah mengurus kewangan, dan jgn lupa untuk fikir masa depan (means, kena ada saving untuk kecemasan).
2. Tentang study, saya tak rasa ini masalah. Sebabnya saya perhatikan kawan-kawan yang dah kahwin pun masih boleh perform. Di sini pentingnya pengurusan masa yang bijak. Potensi otak sikit pun tak terjejas dengan berkahwin.
3. Tentang anak, banyak kontroversi. Tapi anak itu kan rezeki. Kalau rasa masih belum bersedia, ambil masa. Tapi kalau dapat tu maknanya Allah tahu kita mampu.
4. Apa pun, rumahtangga bukan semudah ABC. Jangan expect yang indah-indah sahaja, bersedia untuk menerima pasangan kita seadanya.
Apa pun, perkahwinan ini bukanlah masa depan kita untuk beberapa tahun akan datang sahaja, tapi ia adalah hidup kita selama-lamanya..
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Tuesday, February 2, 2010
Pa&Ma
Pa&Ma... majalah ni bagus. aku suka baca majalah ni. banyak perkara baru yang aku tahu walaupun isi majalah ni untuk orang yang ada anak. But bagi akulah sesiapa pun boleh baca majalah tu. tak kira orang tu dah ada anak, dah kahwin or belum ingin melangkah ke arah alam perkahwinan. tapi aku cadangkan kepada ibu-ibu dan bapa-bapa atau yang dah berkahwin tapi belum ada anak untuk membaca majalah ini. tak rugi baca majalah ni. Kalau mak cik aku beli buku ni.. selalu aku pinjam. best cerita2 kat dalam majalah ni. aku minat sangat cara isi yang disampaikan. tidak membosankan. Korang belilah satu pasti mau lagi...
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan