Sunday, January 17, 2010

Kenapa Aku Masih Memegang Jawatan Ini

KENAPA AKU MASIH MEMEGANG JAWATAN INI????

Masa cuti tahun lalu aku sudah fikir. tidak mahu lagi pegang jawatan ini tapi entah kenapa aku masih pegang jawatan ini. binggung kepala aku. ini baru jawatan yang kecik belum lagi jawatan perdana menteri.

sebenarnya, aku takut nak pegang jawatan ini buat kali kedua. aku takut diriku ini lupa... siapa aku pada waktu dahulu. aku tidak pernah merasa gelak ketawa bersama rakan-rakan. tulah kalau korang suruh aku cakap kat orang pendiam aku berani kerana aku seperti mereka dahulu. aku tahu rasa sakitnya hidup seorang diri di dunia ini.

aku ingat masih kata-kata ini " jangan pendamkan sesuatu yang menyakitkan hati sendiri". kadang-kadang aku terpaksa meluahkan sesuatu yang menyakitkan hatiku walaupun tiada siapa yang sudi mendengarnya.

aku takut kerana jawatan ini.... aku lupa pada diriku. aku tak nak jawatan ini tapi aku tak nak susahkan cikgu amy untuk mencari pengganti aku. dulu... orang fikir aku tiada rasa tanggungjawab dalam diriku. aku tebus kekalahan dulu... aku ingin buktikan aku ni berada di kalangan pelajar yang bertanggungjawab.

aku tidak mahu dipinggirkan seperti dahulu. di buat seperti kuli. aku tidak mau ini berulang. aku tidak mau nama aku dipermainkan lagi. bagi aku nama itu berharga. jangan sesekali mempersendakan aku. aku ada maruah. jangan sesekali lempar aku dengan SELIPAR DARI TANDAS.

aku cuba untuk tidak lupa pada diriku yang sebenar. aku ingin rakan-rakanku menghormati aku. aku ingin mereka tahu bahawa diriku ini mempunyai maruah. aku tidak akan tunduk pada orang yang bersalah, itu janji aku.

0 ulasan: