Aku minta maaf tentang yang aku marah-marah tak tentu pasal dengan kamu semua. Aku bukan nak marah, cuma secara jujurnya aku tak dapat kawal emosi aku. Ya, aku mengaku aku melakukan kesalahan itu.
Mungkin sebab dari tengahari lagi aku dengar satu lagu sehingga menyebabkan rinduku pada seseorang membuak-buak. Itulah aku tak nak ikut menari sebab ada lagu yang membuatkan rindu bertandang dalam hatiku. Kalau aku nak halau rindu tu, aku perlu telefon orang tu. Kalau nak telefon orang tu bukannya murah.
Walau apapun memang aku yang salah pada kamu dan MEMANG KAMU JUGA BERSALAH. Ya, kamu salah sebab tak jalankan tugas kamu. Hari-hari mahu kena suruh macam dulu-dulu. Itu tanggungjawab kamu, laksanakanlah. Bukannya susah. Ada dikalangan kita ni, ada orang gaji di rumah tapi perlu ingat... orang gaji kamu tiada di sekolah nak tolong kamu bersihkan kelas.
P/S: Jangan lupa siapkan sudut berfokus. Kamu semua hanya diberi sehingga bulan 2. Kalau tidak siap. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Ariey kau update blog kau tu dengan cerita yang gempak bah...
Saturday, January 30, 2010
Aku mohon maaf kepada kawan-kawanku
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment