Cantik sangat tajuk ini bagi aku. Aku geram tengok guru-guru yang kurang ajar ini. Aku pegang satu prinsip 'kalau kita nak orang hormat kita, kita mesti hormat orang tu terlebih dahulu'. Aku rasa ada sesetengah guru ini perlu kena ajar cara tegur pelajar dengan sopan-santun dan berkata-kata dengan baik.
Aku rasa tak salah guru itu berubah sikap menjadi seorang yang tegas tapi janganlah jadi orang yang pemarah. Memang patut pun cikgu-cikgu dekat sekolah aku tu berubah sikap. Yalah, sekarangkan sudah ada pengatua baru yang pada pandangan aku sanagt hebat dan aku yakin dia boleh mengubah sikap kita.
Adakah patut seorang guru memanggil pelajarnya SETAN? Bukan niat aku nak mengkritik guru ini. Cuma guru ini perlu belajar untuk berkata-kata dengan sopan. Balik-balik keluar perkataan SETAN. Aku rasa cikgu ni tiada kerja lain daripada menyebut perkataan ini. Ada sesetengah pelajar, perlu ditegur cara mereka tapi tegurlah dengan baik. Jangan sampai suatu hari nanti anak cikgu pula yang kena panggil SETAN. Aku tak nak perkara ini jadi turun-menurun seperti diwarisi.
Bolehkah seorang guru menolak kepala pelajar, hanya kerana malakukan kesalahan kecil? Aku nampak cikgu itu buat depan pentas. Menolak kepala pelajar hanya kerana pelajar melakukan kesalahan yang remeh-temeh. Kesal sungguh aku dengan perbuatan guru-guru aku dekat sekolah.
Andai aku menangis hanya kerana perbuatan guruku. Mesti kamu tak percayakan? Sungguh... aku nak sangat guruku yang dahulu. Hanya kerana berkawan dengan seseorang penyakit ni merebak. Makin lama penyakit ini merebak. Akhirnya, perkataan SETAN menjadi perkataan rasmi dekat sekolah tu dan acara menolak kepala pelajar menjadi satu rutin guru-guru.
Saturday, January 30, 2010
Guru perlu masuk kelas sopan-santun dan budi bahasa
Tulus Ikhlas Raudhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment