* ingin sekali cincin ini disarungkan ke jari tapi aku mengharapkan lelaki yang menyarungkan cincin ini setia pada diriku.
Wednesday, October 28, 2009
Gila Bercinta
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Thursday, October 22, 2009
Ijam@Idham..hehe
Akhirnya nama dia pun muncul..... geramlah aku. Aku tak dapat siapakan nota sejarah. bukak jer buku sejarah muka dia kat depan aku. sukalah kena buat muka tembok depan cikgu yusiah... adakah aku pergi tulis kat folio geografi nama cikgu ijam... ishk2 kronik dah penyakit angau aku ni...hehehe. saja sesekali jiwang karat. cikgu ijam orangnya jenis yg menghargai sesuatu. dia hensem.... jangan jelous yer. aku suka cara dia berfikir.... labih kurang mcm aku berfikir. but aku nak cikgu ijam yang dulu, pelawak. tak macam sekarang membebel jer. sekarang kalau masa dia jak mesti aku murung tak mcm dulu ketawa jak. but aku still suka cikgu ijam. bukan cinta pada cikgu ijam tapi sayang mcm antara guru dan pelajar. cikgu ijam.... sy nak cikgu ijam yg dulu, please.............
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Wednesday, October 14, 2009
PPSMI
First I want to congrats to Tun Dr Mahathir. because he do something that's good for rakyat. walaupun it's take time to complete what Dr Mahathir wants. Bukan apa, rancangan untuk menukarkan pembelajaran math and science to english is good. di mana kebanyakkan buku math dan sains dlm bahasa inggeris. cuma dalam perancangan Dr Mahathir ada sedikit silap. kita tidak boleh terus mengubahcara percakapan kita 100% kepada bahasa inggeris. kalau kita guna half-half, bahasa inggeris dan bahasa melayu di campur. memang rosak bahasa kebanggan kita tu tapi kita dapat tukar bahasa tu secara perlahan-lahan. aku pun memang ada masalah dengan menggunakan bahasa inggeris untuk pembelajaran math dan sains. di sebabkan aku kurang memahami maksud perkataan itu dlm bahasa melayu sehinggakan apa yang cikgu cakap aku terpaksa translate ke dalam bahasa melayu. lagipun aku di rumah mmg menggunakan bahasa melayu.
satu punca lagi... kepada guru-guru yg tak fasih berbahasa inggeris mereka menganggap ini sesuatu beban. mereka memang pandai mengajar subjek math and sains but they not good english. sampaikan ada sesetengah guru mengajar menggunakan bahasa rojak. guru-guru ini dari mereka sekolah di ajar dalam bahasa melayu. ada guru ada yang mintak ajar cara menyebut sesuatu perkataan. sedih saya tatkala math dan sains ni di tukarkan pembelajarannya ke dalam bahasa inggeris 100%.
Aku kesal sangat.... kerajaan sudah menetapkan tahun 2010 PPSMI akan di hapuskan sepenuhnya. Apa nak jadi dengan dunia ni jadilah ko.... aku pun sekarang dah naik bingunggung.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Monday, October 12, 2009
Faridah Musa
dia ni pun jenis happy go lucky. that sifat aku suka. kalau tengok dari jauh dia nampak pendiam... kalau tengok dari dekat, masyallah. hari terakhir kita orang ada gambar2 n give present. dia kata dialah yang paling banyak dapat hadiah. tapi antara banyak2 hadiah tu... aku rasa ada satu hadiah yang istemewa. tak ramai guru dapat hadiah yang istemewa itu. hanya guru yang bertuah jer dapat.
aku pun naik heran. adik aku kata aku suka kawan ngan orang tua. tapi tak tua sangat dalam 20-an. aku jadi cepat boring kawan ngan rakan sebaya kecuali ngan Siti Khadijah Farahani. Kalau borak ngan Kakak Ida pun best. sporting. kdng2 sowt2 gak.
p/s: korang2 jangan heran kalau aku suka duduk kat luar bilik SPBT. Aku suka duduk kat situ. Tenang. Damai. bagai2 aku blh fikirkan kat situ.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
C.I.N.T.A
Persoalan cinta tak pernah lekang dari menjadi perbualan remaja dan anak muda. Mungkin ramai yang memandang remeh. Bagi mereka yang suka bersosial, cinta dikaitkan pergaulan bebas, hubungan romantik, seks, memenuhi kehendak nafsu dan berbagai lagi definisi yang songsang dan menyedihkan. Bagi mereka yang Islamic dan syadid, cinta sering dikatakan jalan menghampiri zina, HARAM, melalaikan dan sebagainya. Aku bukanlah orang yang arif mengenai cinta tapi orang kata aku arif mengenai cinta. Tapi sebenarnya aku minat untuk mengetahui erti cinta yang sebenarnya. Oleh kerana minat itu, aku sering membaca buku mengenai cinta. Coretan aku kali ini tidak ada niat untuk mengutuk atau memerli sesiapa pun. Malah terus terang lagi bersuluh aku katakan, ini adalah hasil pengalaman insan yang tak pernah bergelumang dalam dunia cinta. Dalam erti kata mudah, tulisan ini adalah mengenai apa yang aku lihat di sekeliling aku dan apa yang sedang berlaku dalam dunia realiti ini.
Pertama sekali aku ingin menyentuh tentang definisi. Definisi cinta itu sendiri luas dan bersifat subjektif. Aku tidak setuju bila cinta dikaitkan dengan bercouple. kesilapan di dalam mendefinasikan inilah yang menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan antara HALAL dan HARAM. Love in Cinta, Coupling is Berpasangan. Bukankah itu jauh berbeza? Di mana persamaannya? Tidak semestinya kita bercouple wujudnya perasaan cinta dan kalau kita bercinta sekalipun tidak semestinya kita bercouple. Pening??? Keliru??? Tapi inilah yang kita perlu fikirkan.
CINTA ITU FITRAH
Mungkin sudah biasa kita dengar kata-kata keramat ini. Malah ia juga menjadi hujah untuk segelintir manusia menghalalkan hubungan. Aku tak kata bercinta itu salah? Cuma cara kita yang salah. Kenapa aku katakan bercinta tak salah? Aku nak tanya korang... Siapa yang mengajar kita bercinta? Allah yang mengajar kita bercinta. Itulah gunanya Allah wujudkan perempuan dan lelaki, saling berpasangan.
Cuba fikirkan.... bagi mereka yang bercinta dengan lelaki yang masih belajar. Korang rasa apa lelaki itu boleh bagi selepas kahwin nanti? Bagi anak... Korang nak bagi makan apa dekat bayi itu? Nak bagi pakai apa? Mungkin sekarang, couple awak boleh bagi hadiah yang mewah. Dari mana couple awak dapat duit? Itu semua hasil duit biasiswa couple awak!
Cuba fikirkan.... bagi mereka yang bercinta dengan lelaki yang kaya-raya. Duit itu duit couple awak atau couple ayah awak? kalau ayah couple awak takde, semua harta itu akan dibahagikan kepada adik-beradik dan couple awak. kalau couple awak ini dulu manja dengan harta. Jangan harap dia nak bekerja. Duit ayah couple awak habis, mana awak nak cekup duit?
INGIN TAHU
Salah satu sifat yang ada dalam diri setiap makhluk yang bergelar manusia, ialah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Perasaan ingin tahu nikmat cinta ini lebih hangat dan panas bila mana seseorang itu menjejak kaki ke alam remaja. Lebih-lebih lagi bila melihat rakan- rakan bercinta, timbul perasaan 'nak'.
Bila sudah tahu, timbul pula keinginan mencuba. Apa yang hendak dicuba? Percubaan dimulakan dengan 'ringan-ringan'. Dimulakan perbualan telefon yang singkat, kemudian berpanjangan. Dari perbincangan pelajaran, masuk ke soal hati dan perasaan. Lantas diatur pertemuan demi pertemuan. Melepaskan rindu katanya. Kemudian dicucuk syaitan yang mula menjadi 'menteri agama'nya untuk berpegangan tangan.
'Ah dosa kecil je' monolog couple awak bersendirian. Menyedapkan hati dengan maksiat yang dilakukan. Lepas tu, peluk-peluklah, ' Alah dia pun suka'. Dan berlanjutan seteusnya. Begitulah kita, walaupun diingatkan oleh Allah tapi kita sering lupa.
JALAN MUJAHADAH
WIRDANI
Bermula langkah kali pertama
Ketika terbuka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana
Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang
Tersemat di jiwa
Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana
Jalan mujahadah itu
berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah
Melawan arusnya
Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi
Cabaran kehidupan
Di alam remaja
Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran
Iman dan taqwa landasannya
p/s: sorrylah terlampau panjang entri kali ni. sebab aku suka tajuk ni. lagipun korang suka katakan aku ni jiwang karatkan...hehe. Entri ini khas buat mereka yang bercinta atau yang sedang break dengan couple korang.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Thursday, October 8, 2009
Ada apa pada nama???
mak + bapak = mak long & pak long
mom + papa = mak ngah & pak ngah
umi + ayah = aunty aishah & abg idi
ibu + babah = aunty lila & abg cani
terima kasih kat ibu... sbb bagi idea nak tulis tajuk ni. hairan aku... knp ibu tiba2 panggil mak aku ' mak ' besanya dia panggil mak long. pelik2. aku apa lagi.. aku pun panggil dia ibu... sy cuba untuk tekankan ttg perasaan hormat terhadap seseorang individu.
cerita aku...
dulu... sebelum ada anak. anak2 buah blh panggil 'aunty' tapi lepas dah ada anak sy rasa lebih sesuai panggil dengan panggilan 'mak, mom,umi,ibu' or anything spy anak mereka panggil dgn panggilan itu. kadang2 ada anak2 yg panggil 'mak long' kepada maknya sendiri. betapa kurangnnya rasa hormat itu sdh. itulah kita kena tukar panggilan seseorang jika mereka mempunyai anak.
untuk org asing, biasanya kita akan panggil.. kakak, abg, pak cik n mak cik. tapi kdg2 ada jugak lelaki ni bikin geram (adalah ceritanya tu)...... sehingga membuatkan aku panggil semua lelaki asing pak cik tak kira dia muda or tua kerepot.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Monday, October 5, 2009
Bukan pada kuantiti tapi pada kualiti
Satu kata-kata yang berharga buat yg memahami maksudnya, 'bukan pada kuantiti tapi pada kualiti'. kata-kata ini aku ambil dari buku 'Aku Terima Nikahnya' hasil karya Hasrizal Abdul Jamil. aku tak nak terangkan maksud kata-kata ini yg berkait dgn perkahwinan tapi berkait dgn pembelajaran.
Semua guru memang pandai mengajar tapi mereka selalu merungut masa yg diperuntukkan tak cukup... sedangkan masa yg di berikan kerajaan melebihi. kita tak perlukan masa yg banyak bersama pelajar tapi apa yg kita ajar dapat pelajar terima. itu maksud aku. kita mengajar pelajar itu tapi hati kita tak bersama pelajar sehingga menyebabkan apa yg kita ingin sampaikan tidak tersampai.
Kita mengajar kena ada kualiti. Pekerjaan sebagai guru ini memerlukan jiwa, perasaan dan hati kita. bukan seperti zaman sekarang, bagi guru mengajar hanya cukup di kelas... antara pelajar faham atau tidak... kita sebagai guru kurang ambil pedulikan??? bukan aku nak kutuk cikgu tapi aku kesian... setakat ini aku hanya berjumpa beberapa guru yg aku rasa profesional di mataku. antaranya:-
1. Noor Adliah
2. Faridah Musa
3. Nadzeerah Ibrahim
4. Faidzal (ssh nak sebut nama dia ni)
Tatkala mereka mengajar aku dapat merasakan hati mereka bersama aku. mereka bersungguh-sungguh inginkan pelajar mereka berjaya. tidakkah guru itu merasakan nikmatnya tatkala....
"Alhamdulillah, aku dah berjaya. anak ayah sayang jom jalan. Eh...eh... itu cikgu ayah dulu" ucap Faiz yang kini bergelar usahawan yg termuda.
" Assalamualaikum, cikgu. apa khabar?" sapa Faiz sesudah sampai di hadapan wanita tua.
" Waalaikumussalam. awak saper? macam mana boleh kenal saya?" soal wanita tua itu... kebingunggan. dia cuba mengingati org yg berdiri di hadapannya.
" Saya cikgu, Faizal Hamdi. yang selalu cikgu denda sebab tak siap kerja rumah" dia cuba menolong mengingati.
" O.. dah besar panjang kamu, Faiz. kamu kerja apa skrg? ni sape pulak" tanyanya pulak sambil menundingkan jari ke arah anak Faiz.
" saya sekarang dah jadik usahawan... sy nak ucap terima kasih. mana mungkin saya mempunyai syarikat sendiri tanpa cikgu. ni anak saya, namanya Nurul Ain. sy ambil nama ni sempena nama cikgu" air mata Cikgu Ain tak terbendung lagi. satu persatu air matanya gugur. di salamnya tangan cikgu tua itu.
Tidakkah seorang guru itu merasa amat dihargai. seorang pelajar jugak tidak blh berdendam dengan guru. sekali saja pelajar berdendam... dia akan menyesal seumur hidup!!! Cikgu zaman sekarang memegang prinsip JERIS- Jasmani, Emosi, Rasional, Intelek dan Sosial. sosial... bermaksud komunikasi antara pelajar dan guru. di mana guru kena bijak dalam berkata-kata. jangan sakiti hati pelajar tersebut. nnt DIA AKAN MEMBERONTAK.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Sunday, October 4, 2009
Komunikasi antara guru dan pelajar
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan