Monday, June 28, 2010

Mereka BUKAN Jahat!!

Hari ini, aku nak kongsi dengan kamu semua tentang remaja. Ada sesetengah remaja dilabelkan sebagai budak jahat.  Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah, adakah mereka ini benar-benar jahat atau hanya nakal? Jahat dan nakal merupakan perkataan yang berbeza dan mempunyai maksud yang berbeza.

"Kau dari dulu sampai sekarang memang jahat. Tak boleh ubahkah perangai kau tu?" kata seorang wanita. Bagi saya remaja yang suka keluar malam, suka pergi kelab malam, dan sebagainya bukannya remaja yang jahat dan tidak ada maruah. Mereka hanya keliru! Keliru dalam memilih jalan yang benar. Seperti yang saya pernah saya kata sebelum ini,  manusia ini diberi pilihan memilih antara dua. Kalau salah memilih anda masih mempunyai peluang kerana di hujung perjalanan seseorang pasti adanya cahaya. Jangan sia-siakan peluang anda!

Remaja ini silap memilih kerana tiada sesiapa yang sudi membimbing. Kita ambil contoh yang mudah. Hisap rokok itu salah dan pelajar yang menghisap rokok itu jahat.


Kebiasaanya pelajar yang menghisap rokok ini mempunyai masalah ataupun tertekan. Bagi mereka hisap rokok ini dapat mengurangkan tekanan, ya memang betul. Rokok juga merupakan senaman tetapi merbahaya!

Kita tidak dapat paksa untuk seseorang berubah tetapi kita boleh ajak mereka untuk berubah. Kalau kita ajak pasti akan timbul keinginan untuk berubah. Jika seseorang sudah ada keinginan untuk berubah maka proses untuk berubah itu lebih senang. Banyak cara kita boleh buat orang berubah. Cuma ada satu cara yang aku suka guna. Dengan cara mendekati, mendengar rintihan mereka dan menyuruh mereka mengeluarkan perasaan benci dalam hati mereka. Cara ini sangat berkesan.

Aku bukan budak yang baik. Aku hanya yang sedang-sedang sahaja. Bohonglah kalau aku cakap aku tak pernah merokok. Merokok tu memang pernah tapi tiada kegembiraan yang aku dapat. Kebiasaannya, rokok LA merupakan rokok yang terlaris dikalangan pelajar kerana harganya yang murah yang merupakan rokok seludup. Walaupun kerajaan mengharamkan penjualan rokok 14 batang gejala rokok tidak akan di dapat dibendung di kalangan pelajar. Rokok yang paling sedap rokok Dunhill memang sedap! Cuma mahallah dari rokok LA.

Thursday, June 17, 2010

Kehidupan Sebuah Realiti

Hidup dalam fantasi. Hidup dalam angan-angan. Hidup dalam penipuan. Semua itu bukanlah sebuah kehidupan yang aku inginkan. Sebuah kehidupan bukan seperti cerita dalam sebuah novel tetapi kehidupan ini merupakan satu perjalanan. Kadang-kadang kita hidup dalam khayalan, angan-angan, fantasi dan penipuan! Jangan biarkan usia kita di sia-siakan.

Kehidupan merupakan sebuah realiti. Kehidupan ini merupakan satu perjalanan, perjalanan menuju ke sesuatu tempat  yang merupakan sebuah kebahagiaan tetapi dalam perjalanan itu pasti adanya rintangan dan halangan. Kita tidak boleh lari dari semua rintangan itu. Kita kena tempuhinya dengan menggunakan apa jua cara. Setiap manusia menginginkan sebuah kebahagiaan tetapi hanya kegelapan yang menghampirinya tapi anda perlu ingat bahawa kebahagiaan PASTI menjelma.

Jangan kita hidup dalam sebuah penipuan dan jangan kita memasang angan-angan yang takkan mampu kita kecapi. Tiada keseronokan yang akan kita dapat jika hidup dalam sebuah penipuan. Contoh hidup dalam sebuah penipuan;-
"Aku tak pernah sayang pada dia apatah lagi jatuh cinta dengan dia. Aku tak cinta pada dia! Aku tak cinta pada dia! Tapi kenapa airmataku menitis tatkala melihat dia berpelukan dengan teman karibku. Aku benci pada dia!" berbicara seorang wanita kepada dirinya sendiri. Wanita yang pernah dilukai seorang lelaki.

Dialog diatas menunjukkan bahawa dia menipu pada dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan hidup dalam sebuah penipuan! Wanita itu sebenarnya cinta pada lelaki itu tetapi dia menafikan kerana hatinya sudah hancur. Wanita itu telah tertipu dengan cinta seorang lelaki. Secara ringkasnya, ' bibirku mengatakan aku bencin pada dia tapi hatiku berkata aku sayang, cinta dan rindu padanya' itulah sebenarnya maksud yang aku ingin sampaikan.

Manusia ini suka memasang angan-angan, " Aku nak kahwin Tan Sri", " Aku nak tinggal di istana". Andai itu yang selalu kamu tuturkan aku ingin bertanya padamu, dapatkah engkau berkahwin Tan Sri? Layakkah kau tinggal di istana? Jika jawapan bagi soalanku ialah tidak, maka hapuskanlah segala angan-angan.

Di dalam ini, banyak yang perlu kau tempuhi. Jangan sesekali berputus asa. Cabar dirimu! Jangan menjadi seorang manusia yang lemah dari segala segi kerana aku yakin bahawa setiap manusia ini mampu untuk hidup di alam realiti.

Wednesday, June 16, 2010

1 Malaysia


RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

" 1 Malaysia" merupakan satu slogan untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum tetapi ada juga yang tidak suka pada slogan ini. Ada sesetengah manusia suka memandang ke arah negatif. Contohnya,  Apalah slogan ini pun nak tiru dari negara Israel dan negara Indonesia, 1 Malay ( Inggeris) Sia ( Saya) bermaksud 1 Melayu iaitu saya dan banyak lagi kritikan tentang slogan ! Malaysia.

Di sini saya ingin mengajak seluruh warga Malaysia berfikir kearah positif. 1 Malaysia, bukan hanya slogan biasa tetapi satu mesej yang sangat bermakna untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan untuk menghapuskan sifat perkauman. Saya ingin melontarkan satu persoalan, "Mahukan anda sejarah 13 Mei berulang lagi?". Sebagai manusia, aku tidak ingin sejarah 13 Mei berulang lagi. Hentikanlah sifat perkauman.

Kadang-kadang aku hairan. Kenapa anak-anak kecil sudah ditanam sifat membenci sesebuah kaum?. Mereka itu belum boleh berfikir secara rasional. Anda sebagai ibubapa yang membentuk peribadi anak-anak anda. Anak-anak inilah yang akan memimpin negara. Mahukah anda mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai sifat benci sesuatu kaum?. Cina, Melayu, India dan sebagainya adalah rakyat Malaysia.

Kadang-kadang di sekolah, di pejabat, di pasar dan terutamanya di kedai kopi. Rakyat Malaysia bercerita tentang slogan ini, '1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' slogan yang diilhamkan dari Perdana Menteri kita untuk membawa kearah kebaikan. Aku ingin mengucapkan taniah buat Perdana Menteri kita diatas segala pembaharuan yang telah beliau lakukan demi rakyat Malaysia. Beliaulah Bapa 1 Malaysia!

Hentikan sifat perkauman ini! Jangan turunkan sifat benci sesuatu kaum kepada anak-anakmu! Jangan sehingga sejarah 13 Mei berulang lagi baru anda ingin menyesal!

Ubah


Diubah, mengubah, berubah dan terubah perkataan ini berlainan maksud tetapi datangnya daripada satu perkataan iaitu 'ubah'. Di sini saya ingin berkongsi satu kata-kata:-

 " Aku ingin mengubah diri ini menjadi lebih baik daripada hari ini, tapi aku takkan dapat diubah jika diri ini tiada keingin berubah tetapi aku takkan terubah dengan tersendirinya"


Kenyataan di atas bermaksud kita boleh mengubah diri kita jika ada keinginan tapi kita perlu ingat bahawa kita takkan berubah jika tiada usaha. Setiap manusia itu mempunyai keinginan untuk berubah tapi tak semua manusia berjaya berubah kearah kebaikan. Kita mempunyai akal jadi kita kita perlu guna dengan sebaiknya. Saya kategorikan perubahan ini kepada dua iaitu berubah kearah kebaikan dan berubah kearah keburukan. Manusia ini mudah berubah kearah keburukan tetapi sangat susah berubah kearah kebaikan. Kenapa ini berlaku? Ini berlaku disebabkan manusia itu telah dikawal oleh nafsu bukannya akal yang mengawal dirinya. Contohnya, kita bernafsu untuk makan tetapi apabila sudah kenyang kita masih makan sedangkan akal mengatakan tidak baik untuk kesihatan jika makan berlebihan bermaksud diri ini sudah dikalau oleh nafsu bukannya akal yang mengawal kita.

Berbalik kepada tajuk diatas, jadi akal perlu mengawal kita. Berubah kearah kebaikan sangat senang cuma pada pandangan manusia ianya sangat susah. Jika sudah dipandang susah maka susahlah ia. Dalam perjalanan mengubah diri kearah kebaikan kita memerlukan keinginan untuk berubah dan usaha yang gigih. Ada seorang manusia, dia punya keinginan untuk berkahwin tetapi dia tidak  berusaha untuk mencari teman hidupnya sehinggalah dia menjadi seorang andartu. Kita jangan jadi seperti dia kerana dia telah mensia-siakan peluang hidup yang tuhan telah berikan. 

Tanamkan dalam diri niat untuk berubah. Teruskanlah berubah. Ada satu ungkapan yang selalu mencabar diriku untuk berubah " Jangan kau berubah semata-mata kerana seorang manusia yang akan pergi meninggalkan dikau tapi berubahlah kerana ALLAH". Ungkapan yang penuh makna buat diri ini. Jangan tunggu sesuatu berlaku dalam hidup anda barulah anda hendak berubah. Jadikanlah diri anda lebih hebat daripada hari ini! Anda perlu tahu bahawa diri anda ini sememangnya hebat!

Andai anda sayang pada diri anda, BERUBAHLAH! 

Wednesday, June 9, 2010

Jangan kata dia pelik!

Alhamdulillah. Aku sudah sampai di rumah dengan selamatnya. Hari Ahad aku sudah sampai di rumah. Keesokkan harinya aku ikut bapa aku pergi Kudat 2 malam. Tiada apa-apa sangat yang aku nak cerita.

Berbalik pada tajuk yang diatas. Kadang-kadang ada orang suka kata " Kau peliklah...". Persoalannya sekarang, kenapa kita kata dia pelik? Kalau diri anda mengatakan si Dia itu pelik, anda mesti tahu bahawa pada pandangan si Dia anda ini pelik. Kesimpulannya, anda dan si Dia adalah pelik!

Setiap manusia mempunyai sikap, tabiat dan perilaku yang berbeza yang membuatkan kita ini pelik di pandangan manusia.Ada juga beberapa faktor yang membuatkan diri kita ini pelik pada pandangan seseorang individu iaitu agama, adat, amalan seharian dan lain-lain. Contohnya, " Ayah, kenapa hari-hari kita makan nasi tapi adik makan bubur?" tanya Amir. Ayat ini menunjukkan bahawa makan bubur itu pelik pada pandangan Amir.

Sebenarnya, kita ini sama-sama pelik!



Pelikkah Jellyfish ini?