Monday, May 10, 2010

BUAT IBU YANG TERCINTA



Dikaulah ibu yang ku sayangi,
Ibu yang sanggup bertarung nyawa,
Ibu yang sanggup berkorban,
Ibu yang mendidik anaknya,
Ibu yang penyanyang,
Ibu aku sayang padamu!

Masa nan berlalu,
Meninggalkan segala kenangan,
Anakmu kini telah berjaya,
Berjaya ke menara gading,
Di atas segala usahamu.

Wahai ibuku,
Aku takkan pernah lupa padamu,
Pada jasamu,
Belaian manjamu,
Kerana dirimu membuatkan aku berada disini,
Membalas segala pengorbananmu,
Untukku berikan sebuah kebahagiaan.
SELAMAT HARI IBU...

KARYA DARAYANI JOHARI

Wednesday, May 5, 2010

THINK!!!

Setiap detik membuatkan aku alpa. Aku rasa seperti kekurangan sesuatu. Ada yang tidak kena dengan diriku. Kadang-kadang membuatkan aku tidak senang duduk. Kenapa? Aku berfikir dan terus berfikir tapi aku tidak ketemu jawapannya. Jangan membuatkan aku tertunggu-tunggu. Aku tak suka tertunggu.

Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Dimana?
Inilah kata-kata yang selalu aku lemparkan kepada diriku sehingga membuatkan aku buntu. Selagi aku boleh berfikir aku mesti berfikir, itu prinsip aku. Mungkin aku suka berfikir disebabkan oleh satu buku yang bertajuk "Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti". Dalam buku itu, aku tertarik dengan cara ahli falsafah berfikir. Kadang-kadang susah untuk aku fahami.

Kenapa Mahsuri dan Jumrah macam marah pada aku? Apa salah aku? Kalau Jumrah mungkin aku tahu kenapa dia marah aku tapi Mahsuri macam tak masuk akal pula dia marah aku. Aku taklah suka sangat fikir tentang perkara ni tapi aku nak fikir juga sebab aku rasa diri ini yang bersalah. Nanti aku cuba selesaikan sendiri.

p/s: abang aku dapat masuk pergi UITM. Syukur dia tak lagi menyemak dalam rumah ni.

Tuesday, May 4, 2010

Buat sahabatku, Siti Khadijah Farahani Sabdin

Sudah lama aku simpan puisi ini. Baru hari aku mahu meletakkannya di dalam blog aku. Aku memang buat khas untuk sahabatku, Siti Khadijah Farahani yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Toh Puan. Semoga dirimu berjaya dalam PMR tahun ini.

SAHABATKU

Ku renung matamu
Ku baca apa yang tersirat di hatimu
Sudah lama ku kenal pada dirimu
Engkaulah sahabatku

Sahabat yang teguh pendirian
Bersamalah kita berjuang
Menegakkan kalimah ALLAH dimuka bumi
Kalimah yang menjadi pedoman setiap umat Islam

Duhai sahabatku
Teruskanlah berjuang
Jangan sesekali semangatmu patah
Sekali patah hancur lebur
Segala impianmu...
KARYA DARAYANI JOHARI
JANGAN COPY SESUKA HATI!

Sunday, May 2, 2010

Entah apa-apa...


Aku sedar siapa diriku. Hanya insan biasa yang hidup serba kekurangan. Hati yang kosong, tiada siapa yang sudi mengisinya. Kenapa ini berlaku? Hidup hanya diselubungi kegelapan. Hidup hanya bertemankan air mata.
Tiada siapa yang kenal pada diriku. Mereka hanya melihat diriku sebagai seorang pelajar yang hanya tahu menyanyi. Jika mereka tahu siapa diriku ketika aku di sekolah rendah pasti tiada siapa yang sudi berteman denganku.
Aku bukanlah seorang pelajar yang pintar. Aku pelajar yang suka hidup bersendirian kerana mengangap kawan itu tidak bermakna. Seorang pelajar yang pernah dihumban selipar tandas oleh pengawas. Aku tidak pernah rasa dihormati ketika itu. Aku hanyalah seorang yang hina dipandangan mereka. Aku tahu mereka kaya tapi jangan hanya kekayaan harta emak bapa kamu sombong.

HIDUP

Ya Allah
Aku sering alpa
Diriku hanyut dalam medan masa
Merentas segala onak duri

Aku keseorang
Aku gagal mencari sang mentari
Mentari yang tak kunjung tiba
Aku bosan untuk terus menunggu

Aku terus melangkah
Tanpa arah tuju
Tiada siapa yang sudi memimpin
Aku terus alpa
Alpa pada yang Esa!

Seketika
Aku menangis
Meratapi nasibku
Hidup yang serba kekurangan

Ya Allah
Engkaulah yang biasa merawatku
Engkaulah yang kusanjung dimuka bumi
Engkaulah yang memberikan daku nikmat
Sungguh, aku reda dengan segala takdir
Yang Engkau tentukan!

Karya Darayani Johari.
Jangan copy sesuka hati!
Mintak kebenaran daripada saya!