Cantik sangat tajuk ini bagi aku. Aku geram tengok guru-guru yang kurang ajar ini. Aku pegang satu prinsip 'kalau kita nak orang hormat kita, kita mesti hormat orang tu terlebih dahulu'. Aku rasa ada sesetengah guru ini perlu kena ajar cara tegur pelajar dengan sopan-santun dan berkata-kata dengan baik.
Aku rasa tak salah guru itu berubah sikap menjadi seorang yang tegas tapi janganlah jadi orang yang pemarah. Memang patut pun cikgu-cikgu dekat sekolah aku tu berubah sikap. Yalah, sekarangkan sudah ada pengatua baru yang pada pandangan aku sanagt hebat dan aku yakin dia boleh mengubah sikap kita.
Adakah patut seorang guru memanggil pelajarnya SETAN? Bukan niat aku nak mengkritik guru ini. Cuma guru ini perlu belajar untuk berkata-kata dengan sopan. Balik-balik keluar perkataan SETAN. Aku rasa cikgu ni tiada kerja lain daripada menyebut perkataan ini. Ada sesetengah pelajar, perlu ditegur cara mereka tapi tegurlah dengan baik. Jangan sampai suatu hari nanti anak cikgu pula yang kena panggil SETAN. Aku tak nak perkara ini jadi turun-menurun seperti diwarisi.
Bolehkah seorang guru menolak kepala pelajar, hanya kerana malakukan kesalahan kecil? Aku nampak cikgu itu buat depan pentas. Menolak kepala pelajar hanya kerana pelajar melakukan kesalahan yang remeh-temeh. Kesal sungguh aku dengan perbuatan guru-guru aku dekat sekolah.
Andai aku menangis hanya kerana perbuatan guruku. Mesti kamu tak percayakan? Sungguh... aku nak sangat guruku yang dahulu. Hanya kerana berkawan dengan seseorang penyakit ni merebak. Makin lama penyakit ini merebak. Akhirnya, perkataan SETAN menjadi perkataan rasmi dekat sekolah tu dan acara menolak kepala pelajar menjadi satu rutin guru-guru.
Saturday, January 30, 2010
Guru perlu masuk kelas sopan-santun dan budi bahasa
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Aku mohon maaf kepada kawan-kawanku
Aku minta maaf tentang yang aku marah-marah tak tentu pasal dengan kamu semua. Aku bukan nak marah, cuma secara jujurnya aku tak dapat kawal emosi aku. Ya, aku mengaku aku melakukan kesalahan itu.
Mungkin sebab dari tengahari lagi aku dengar satu lagu sehingga menyebabkan rinduku pada seseorang membuak-buak. Itulah aku tak nak ikut menari sebab ada lagu yang membuatkan rindu bertandang dalam hatiku. Kalau aku nak halau rindu tu, aku perlu telefon orang tu. Kalau nak telefon orang tu bukannya murah.
Walau apapun memang aku yang salah pada kamu dan MEMANG KAMU JUGA BERSALAH. Ya, kamu salah sebab tak jalankan tugas kamu. Hari-hari mahu kena suruh macam dulu-dulu. Itu tanggungjawab kamu, laksanakanlah. Bukannya susah. Ada dikalangan kita ni, ada orang gaji di rumah tapi perlu ingat... orang gaji kamu tiada di sekolah nak tolong kamu bersihkan kelas.
P/S: Jangan lupa siapkan sudut berfokus. Kamu semua hanya diberi sehingga bulan 2. Kalau tidak siap. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Ariey kau update blog kau tu dengan cerita yang gempak bah...
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Sunday, January 17, 2010
Kenapa Aku Masih Memegang Jawatan Ini
KENAPA AKU MASIH MEMEGANG JAWATAN INI????
Masa cuti tahun lalu aku sudah fikir. tidak mahu lagi pegang jawatan ini tapi entah kenapa aku masih pegang jawatan ini. binggung kepala aku. ini baru jawatan yang kecik belum lagi jawatan perdana menteri.
sebenarnya, aku takut nak pegang jawatan ini buat kali kedua. aku takut diriku ini lupa... siapa aku pada waktu dahulu. aku tidak pernah merasa gelak ketawa bersama rakan-rakan. tulah kalau korang suruh aku cakap kat orang pendiam aku berani kerana aku seperti mereka dahulu. aku tahu rasa sakitnya hidup seorang diri di dunia ini.
aku ingat masih kata-kata ini " jangan pendamkan sesuatu yang menyakitkan hati sendiri". kadang-kadang aku terpaksa meluahkan sesuatu yang menyakitkan hatiku walaupun tiada siapa yang sudi mendengarnya.
aku takut kerana jawatan ini.... aku lupa pada diriku. aku tak nak jawatan ini tapi aku tak nak susahkan cikgu amy untuk mencari pengganti aku. dulu... orang fikir aku tiada rasa tanggungjawab dalam diriku. aku tebus kekalahan dulu... aku ingin buktikan aku ni berada di kalangan pelajar yang bertanggungjawab.
aku tidak mahu dipinggirkan seperti dahulu. di buat seperti kuli. aku tidak mau ini berulang. aku tidak mau nama aku dipermainkan lagi. bagi aku nama itu berharga. jangan sesekali mempersendakan aku. aku ada maruah. jangan sesekali lempar aku dengan SELIPAR DARI TANDAS.
aku cuba untuk tidak lupa pada diriku yang sebenar. aku ingin rakan-rakanku menghormati aku. aku ingin mereka tahu bahawa diriku ini mempunyai maruah. aku tidak akan tunduk pada orang yang bersalah, itu janji aku.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Friday, January 15, 2010
Ketua Kelas
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Jangan Marah
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Thursday, January 7, 2010
Pengetua Sekolahku Hebat n macam2 lagi
Pertama kali aku sampai di sekolah tahun ni.... aku sangat2 tidak terkejut kalau pengetuaku buat rombakan/perubahan. segala perubahan yang dia lakukan setakat ini aku sokong 200%. bagai2 perubahan yang dia lakukan. adalah jugak budak2 kata dia ni jahat but for me dia tak jahat just tegas.
kenapa kamu mau aku jadi ketua kelas. bagilah orang lain jadi ketua kelas. aku tau tu... ada yang mau jadi ketua kelas. if tiada yang mau.... aku boleh jadi ketua kelas TAPI aku yang bagi calon2 untuk jadi penolong. aku tak mau macam dulu...... bikin sakit aku jak.
adik aku masuk stella maris..... guru kelas dia cikgu nadzeerah.hahahaha. punya main berlagak adik aku tu. boleh2 dia mau kasi jatuh martabat aku....puiii. teengok dulu bah siapa aku.
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Saturday, January 2, 2010
Tahun Baru...
Tahun baru..... gula naik harga.hahha. selalu aku dengar "tahun baru azam baru". aku ni jenis tak kesah tahun baru pun tahun barulah. ianya umpama hari yang biasa saja. yang aku tahu, aku tak sabar2 nak pergi sekolah. nak tengok kehebatan pengetua kita sekarang. aku yakin dia hebat dan baik. satu lagi aku nak tahu sangat sape yang ganti ustazah hamidah. rindu sama ustazah. ooooya... selamat bertugas kepada semua guru stella maris terutamanya kepada kakak aku kat kl tu. aku harap perangai si strawberry berubah.... aku tahu dia ada naluri seorang guru. kepada kawan2 kita jumpa nant kat sekolah dengan satu perubahan yang hebat!!!!!!
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan
Sweet 17
tajuk ni aku ambil dari kata2 abg aku yg kedua, ammar. tulah yg dia ckp kat abg sulungku sempena hari lahir dia yang ke-17, 31 Disember. happy birthday abang. aku tengok abang aku makin hensem. sekarang rambut dia pendek.... sedap mata memandang. first time aku tengok dia potong rambut dia macam ni. takla aku sakit mata lagi tengok dia punya rambut yang panjang. dan aku berharap dia dapat A untuk semua subjek dalma SPM. dia dah mendaftar untuk kursus kat CIDB tempa pak cik aku kerja.
P/S: adalagi berita gembira. alhamdulillah tahun depan aku masuk kelas 2S. i hope muslinah also masuk kelas yang sama dengan aku. aku harap jugak takde gaduh2 lagi macam dulu. "seorang guru mempunyai perancangan dan seorang guru besar mempunyai perancangan lebih besar dari orang bawahannya". RINDU AKU KAT CIKGU IJAM
Tulus Ikhlas Raudhah 0 ulasan